July 30, 2006

Hobi


Tadi petang boss call kasi tau yang ada pegawai dari Dungun yang datang ke KK. Boss call sebab dia orang plan nak naik Gunung Kinabalu. So, dia ingat aku orang yang tau camana nak arrange mender ni sebab aku dah banyak kali naik. Boss aku tak tau apa apa pasal ni.

Malam tadi kami keluar makan kat KK, ambik dia orang kat Le Meridien Hotel pastu bawak gi makan kat Anjung Senja. Sambil sambil makan aku citer la kat dia orang macam mana prosedur nak naik gunung semua. At last aku yang kena uruskan juga sebab besok weekend, opis Kinabalu Park kat KK tutup, hari Isnin dia orang punya flight.

Citer punya citer, sampai la ke part kenapa orang suka naik gunung.

Boss : Apa sebenarnya yang korang dapat berjalan kaki jauh jauh naik gunung ni?

Pegawai : Tah la, macam orang bodoh ada jugak aku rasa. Naik gunung tinggi tinggi, jalan jauh jauh, bukan dapat apa pun, letih ngan sakit badan ada la. Tapi aku kalau lama tak naik, macam gian pulak.

Aku : Yer la. Rasa nya apa yang buat gian saya naik gunung ni pasal apa yang saya boleh lihat kat atas sana, dia punya bau, dia punya rasa, itu la yang best dan takleh nak citer kat orang lain.

Boss : Alaa, sama ngan orang main golf juga. Tak ker giler. Pukul bola sorang sorang, pastu gi carik bola tu sorang sorang, abis pusing padang nak carik lubang. Giler!

Dan gelak besar la kami kat situ dengar statement boss aku.

Tiba-tiba, tah dari mana mana.

Encik X : Saudara, sebenarnya saudara semua ni silap. Sebenarnya golf ni.....bla bla (berhujah la dia tentang kebaikan main golf dengan menggunakan istilah istilah pelik yang digunakan dalam permainan golf tu yang kami semua tak paham.)

Pegawai, Boss, Aku : Senyum, angguk dan buat bodoh.

Moral : Jangan memperkecilkan hobi orang lain kalau kita tak minat, nanti ada orang dari meja sebelah akan naik angin.

15 comments:

dk said...

best apa hiking ni....selain berjalan2 dpt gak possing2 bergambar....

main golf pun best gak... mengajar kita bersabar dan mengawal tenaga... hehehe

weAr said...

naik gunung memang bes..
men golf..tatau ar kt ner besnyer..

len orng len citarasa..

Lan Rambai said...

hanya orang yg buat sesuatu perkara tu yg paham apa nikmatnya dia buat benda tu... aku penah sampai kinabalu park jer... nak panjat.. malas rasanya hahaha

blackpurple said...

Nama pun hobi...Kalau dah hobi orang tu macam tu, hak dia la ka......Hobi yang nampak tak berfaedah bagi kita, berfaedah mungkin pada dia... hehehe

MaNiQ KaYaNgaN said...

Hehehe.. Yerlah jangan perkecilkan hobi org lain.Kang orang gelak hobi kiter mau baling ngan telo tembelang..ekekke..!!

Mazudi said...

dk : tu la. setiap hobi tu mesti ada kelebihan dia.

wear : Sama la kita. Best naik gunung.

Lan : Aku rasa tahun ni kena naik lagi aku nih.

bp : Ya. Nanti jangan kutuk hobi orang lain eek.

maniq: Sabor...sabor.

Aku Bukan Bidadari said...

paling tak suka pi jalan2 dlm hutan..geli kat pacat, gigit dek nyamuk, tapi kalo sesekali masuk hutan best..

**Tiara pernah masuk hutan bwa ridsect dok sembur kiri kanan..kena marah ngan kengkawan heheh mencemar udara..so lepas tu takdak sapa ajk pi jalan2 dlm hutan dah.

MAMARISYIA said...

keskeskes...kalau abah MR dia cakap bagusnya main golf ni mengajar cara memberi 100% penumpuan pada sesuatu perkara...kitaorg anak beranak...Yelah Bah...janji bahagia...apapun len kali ckp pandang2 muahahahha

Nieys said...

lain orang lain hobinya. tak boleh la kita memperkecilkan hobi orang lain. sama juga, dulu saya ada kawan yang sangat rapat dengan saya. dia terlalu sukakan aktiviti outdoor.. saya, takdelah suka sangat (mungkin sbb tak fit) tapi saya layan je dia bercerita, tengok gambar.. sampai satu masa bila saya ajak dia tengok wayang, dia kata "selama hidup abang, abang tak pernah tengok wayang. kalau kamu nak tengok.. kamu tengoklah seorang... bla.. bla.." dan bila saya ajak dia main boling. dia kata, "abang tak suka boling. permainan tak menguji minda.."

terdiam saya sambil menahan sakit di hati... tak elok kan.. kalau tak suka pun bukan bermakna benda tu tak bagus.. cuma sbb kita tak suka je.. kalau kita nak orang hormati kita..kita pun kenalah hormati orang jugak..

kemat said...

aku x suka main golf..tapi hiking memang pebret..cuma Kinabalu lum sampai..kepingin sngt

yani said...

tengok ada gambar lobster.. ingatkan citer pasal lobster tu.. ghupenya kisah pasal hobi.. ;)

Mazudi said...

Tiara : Boleh jugak kalau nak bawak ubat nyamuk yg lingkaran tu, ikat kat pinggang.hihi.

MR : Kita tak pandang orang, ingatkan orang tak pandang kita. Tak rupanya.

nieys : Betul tu. Sabor jer la.

kemat : Kena naik tu Kinabalu, lain dari yang lain.

yani : Lobster tu dekat kedai kami makan hari tu la, besar sangat. Boss kata makan ayam bakar jer la, so lobster tu selamat la kat situ utk diambik gambar.

Tok Rimau said...

Moral: Untuk gembira, kita harus boleh memtertawakan diri sendiri.

ontahsapo said...

yer setuju... tak semestinya hobi kita tak ditertawakan...

Mazudi said...

Tok, ..hmm.. betul jugak, kenapa kita suka ngan hobi kita, dan org lain pulak tak suka.

OS : Tu la pasal.