November 30, 2004

The Day Of Misleading

Sepatutnya pagi tadi kena jaga exam dekat dewan exam. Baru keluar bilik nak pergi, Nizam sekat tengah jalan mintak tukar dengan dia sebab petang dia ada meeting. Ok lah. Tukar dengan dia.

Sebelum keluar bilik nak gi jaga exam tu dah nampak dah orang Takaful Nasional ada kat opis tengah cerita dengan Samsul. Bila masuk balik (dah tak jadik nak gi jaga periksa), teringat nak buat Insurans kat Faeiz, so panggil dia masuk opis apply la pulak insuran kat Faeiz. Ambik Juvana punya polisi, coverage 50K dengan monthly payment RM50, potong Angkasa. Umur Faeiz 21 tahun baru dia boleh keluar duit tu, sebelum tu tiga tahun sebelum umur 21 tahun dah boleh keluar dah separuh.

Pukul 2.15 jaga exam. Kertas Tek Woksyop sem 2. Jaga dengan satu lecturer baru dari JMSK.
Tengah jaga exam tu ada pergi ambik kertas dan borang kat UPLI. Listname yang mana dah dapat. Ada fazidah suruh buat surat Lapor diri jugak.

Sepatutnya ada meeting JPP hari ni pukul 4.30pm, tapi nampak semua orang dah penat, so postpone pergi esok pukul 2.30pm. Apa agenda dia pun tak tahu.

November 29, 2004

Achieve a Target

Memang dari semalam dah set dalam mind, dah tulis kat pda yang hari ni ada tiga subjek yang kena siapkan, satu report workshop, dua penambahbaikan kurikulum SKM dan tiga list name untuk order jacket. Alhamdulillah dua dari tiga target tu dah dapat achieve, tinggal lagi listname untuk jacket tu belum buat. Lama dah tu.

Tadi pagi Carole sms nak buat meeting JPP petang ni pukul 4.30, nak tak nak reply "OK" jer la.
Tapi baru sekejap tadi call balik cakap nak postpone pergi esok pulak. Ok gak sebab memang dah penat sangat dah hari ni. tak larat dah ni.

Actually hari ni birthday Ibu. Kesian apa pun takder buat untuk dia. Last year ada gak suprise dengan beli kek besday kat dia. Tadi tengahari dia call cakap suruh balik lunch awal lagi sebab sempena besday dia ni dia masak best. Mmm..ada nasi tomato ker apa tu yang campur dengan kismis ngan sayur campur semua tu. Pastu dia buat telur masak asam manis dan ada dua benda lagi. Kesian. Tengokla kalau ada free esok ker nak gi beli kek or anything yang boleh kasik suprise dia.

November 26, 2004

Lunch For Thought.

Hari ni macam last day untuk marking all those assignment and what so ever. Semalam tengok notice board ada meeting petang ni pukul 230pm. Sure dia nyer agenda pasal assessment student la tu.
Dalam pukul 10.00 gitu wife call suruh balik awal sebab dia masak best pulak hari ni. Tapi tu la, ada satu lagi lab report yang student belum hantar, dan tak check, nampak macam kena tunggu semua lab report tu sampai, pastu key in markah pastu baru boleh balik.
Last last pukul 1200 gak boleh balik. Macam biasa laa, kalau janji tak ditepi akan ada orang yang tarik muka. Tapi takper sebab bila nampak kat meja makan tu, memang best pun dia masak. makan sampai ngantuk pastu macam malas nak gi semayang jumaat.


Ayam Masak Kurma + Ayam Goreng + Sayur Campur

November 25, 2004

Mark The Future

Alhamdulillah....Petang ni at least siap gak marking assignment ngan kuiz Material Tech.

Tadi tengahari masa nak balik motor rosak plak, nak start tak cranking pun. Ada problem ngan battery kot, ingatkan minyak abis, tapi bila check ada lagi sikit, kalau macam nak naik sampai gi kuarters tu rasa macam ada lagi tu. Terpaksa jalan kaki balik lunch kat rumah. Tak penah penah jalan kaki. Petang datang pakai keter. Abis dua dua transport ada kat opis laa ni. Caner nak bawak balik tah.

Driving liscence dah dua ari due dah. TAdik bini suruh gi renew lesen tengahari ni, abis caner kalau esok ada meeting orang nak check assessment student, nak tak nak kena siapkan marking paper ni semua. Aduss...naik keter takder lesen laa lagi ari ni.

Revisit The Old Metallurgy lab


Muka mandom selepas abis buat lab

Ingatkan macam biasa jer lab metallurgy tu. Last two night make an appointment to the student that today at 10 ada lab, even next week dah start final. He he. Then student datang for the experiment la. Buat material microsturucture exp. Dah on m/c, dah campur material, tunggu tunggu temperature heat mounting m/c tak turun turun. Check check air takder. Satu building cari mana punca air takut takut kalau ada valve yg tertutup ker apa ker. Sampai abis tak jumpa. Hampehs. Terpaksa kena kasik alasan kat student lagi.

Terus cancel lab. Suruh budak buat report according to teori sesikit.

Faeiz



Jumpa balik gambar faeiz yang dulu dulu

November 24, 2004

A Visit to KKIP

A visit to KKIP..kota kinabalu Industrial Park. As good as expected. A litle knowledge bout the place.
Sepatutnya ada banyak kerja lain nak kena buat selain dari visit KKIP ni, abis semalam baru dapat surat.Abis pun dah pukul 1.30pm.
Tengok palm, jam dua ada meeting dengan student. Mentor. Tak balik rumah.
Call Ibu bagi tau, bunyik macam tak puas hati je tu.
Sepatutnya hari ni sample jacket ngan T-Shirt polibriged dah sampai. mana ni madeq.