August 1, 2006

Take 5


Kelas start pukul 8.00 pagi hari nih. Harapkan nota yang sama dari semester lepas dan masuk kelas dengan konfiden. Lama dah tak buat kelas dua jam macam ni, kering jugak tekak. Nasib baik pagi sebelum datang tu wife sediakan bihun goreng yang special dia tu.

Sampai jam 9.00am gitu dah tak larat nak menjerit kat dalam kelas, suruh student take 5. Dengan gembiranya dia orang keluar ambik angin kat koridor. Aku pulak dengan tanpa rasa bersalah masuk opis kejap smoking untuk mengurangkan rasa payau kat tekak.

Perjalanan ke opis ambik masa 7 minit termasuk tegur kawan kawan masa berjalan dan kena tanya itu ini dengan kawan time tu. Smoking kat opis ambik masa 5 minit untuk abiskan. Perjalanan balik ker kelas ambik masa 3 minit lagi sebab ambik shortcut, nak lari dari kawan kawan yang menegur. Total masa untuk take 5 aku jadi 15 minit.

Masuk kelas, tanya student "dah abis 'take five' awak?"

Pernah masa student dulu, bila lecturer suruh take 5, keluar dan masuk tandas untuk smoking. Kena pulak kawan kasik rokok "Gudang Garam Surya" tu, ambik masa 20 minit untuk abiskan. Bila dah abis, kawan kawan yang lain semua dah masuk kelas , dan aku masuk cafe.

*Amaran Oleh Kerajaan Malaysia: Merokok Membahayakan Kesihatan."

p.s: Kalaulah student aku baca entry ni, susah nak buat "take 5" lagi ni.

16 comments:

cuaca said...

YES!!! Suka dengan text line yg 2nd last tu. Tapi ramai yang tidak sedar lagi ROKOK itu MEMBUNUH.

MAMARISYIA said...

bak kata perokok tegar rokok tu nyawa...

MaNiQ KaYaNgaN said...

Pelikkan walaupon tau merokok membahayakan kesihatan tapi ramai gak yang merokok..kes "Aiman tak kisah" ler nih..ekekke

Rontol said...

Errr...name pembunuh itu rokok??

Mazudi said...

cuaca_ Dari start org belajar isap rokok lagi amaran tu ada kat kotak rokok, tapi tak sedar sedar jugak.

MR_ Yer, Sanggup bergadai nyawa demi sebatang rokok.
Pasni dia jadi: Sanggup bergadai rokok demi sebatang nyawa.

maniq_ Yer la, heran betul.

rontol_ Yer kot, ada lagi nama glamer dia, Dunhill, Marlboro dsb.

Nieys said...

huh.. kalau jadi student.. seronok gak ada lecturer yg kasik take 5 jadi 15 minit.. hehehe...
*tapi, jangan amalkan selalu yer encik lecturer... :)

Aku Bukan Bidadari said...

Bukan ke rokok boleh menguruskan badan? ada sesiapa yang setuju ngan fakta ni? wahai perokok sekalian?

Mazudi said...

nieys_ awal semester ni bole lagi buat, ujung ujung nanti siap la, direct ngajor dua jam nonstop, silibus tak abis.

tiara_ aku takder kurus pun, lagi boroi ada.

blackpurple said...

Aku memang tak merokok sejak azali lagi..Agaknya memang takde gen perokok...ha ha..

Nieys said...

aku bukan bidadari,
sapa kata rokok blh kuruskan badan? heheh.. ramai yang kata.. tapi yang kelako nyer.. org yg kata nak kuruskan badan dengan rokok biasanya lagi kembang ada la.. hahaha.. :D

kalau isap "dam" Nieys percayalah blh kurus.. hahaah.. *tapi jangan amalkan...bahaya..

Nieys said...

blackpurple..

u sama la cam my husband.. tapi yg pelik family dia including my FIL kuat smoking.. tapi dia mmg tak suka walaupun dah penah try.. hehe.. sebenarnya ikut orang kan.. ada yang suka... ada yang tak suka..

over expose la pulak Nieys hari ni.. kalah tuan rumah.. hehe.. :D

ontahsapo said...

istilah take 5 tu rasanya dah kena ubah.. tukar kepada.."kita isap rokok dulu...!"

Nieys said...

ya.. nieys setuju dengan ontahsapo.. bermula dengan sebaris ayat di hujung cerita.. dari mula sampai habis komen pasal mende alah ni.. :)

Aku Bukan Bidadari said...

nieys - huh, nasib baik tak percaya dengan fakta tu, sebab tanya kawan tiara naper ko hisap rokok dia kata merokok leh kurus.. geee..

Mazudi said...

bp_, Bagus la. Jangan la cecuba, bahye.

nieys_, thanx..support baik punyer.

OS_, Yer, bagi perokok take 5 tu kira time utk merokok, bagi yg tak merokok, time tu tidor atas meja.

tararossstudios said...

A beautful piece.

And, I love the music on your blog.