July 24, 2006

Prasarana


Last semester kami propose ke pihak admin untuk adakan beberapa kemudahan pelajar kat jabatan kami. Mintak disediakan satu ruang student center kat tempat yang kami cadangkan. Pagi tadi boss cakap partially dah approve dah cuma tunggu duit. Selain dari student center tu diselitkan jugak dengan projek untuk tanam pokok kat sekitar jabatan kami ni.

Aku : Boss, kenapa kita tak tanam jer pokok durian ker, mangga ker, jambu ker kat area ni boss.
Boss : Tak boleh. Dah ada dalam general order yang kawasan jabatan kerajaan macam ni takleh tanam dengan pokok yang mengeluarkan hasil.
Aku : Kenapa boss?
Boss : Tak tahu. Itu orang dulu dulu punya citer.

Aku pun terpikir. Apa logiknya eek, sampai keluar G.O untuk mender yang simple macam tu. Sebab tu la semua kawasan ni ditanam dengan pokok yang tah apa apa.

Mungkin alasan dia, kalau dia tanam durian kat kawasan tempat kerja macam ni, kalau durian tu berbuah 15 tahun kemudian, dan pada masa tu dia dah pencen, maka dia takleh merasa la buah durian yang dia tanam. So, bagus kalau buat G.O supaya jangan tanam pokok yang mengeluarkan hasil. Mungkin la!

Kenapa kita selalu beri alasan "tak boleh" sebelum sesuatu benda tu dilaksanakan?

8 comments:

zac said...

Yerlah kan.. sepatutnya tanamlah pokok mangga ker,rambutan, cempedak dan macam2 lagilah... Tak yah susah2 beli kat pasar malam.. Muhahhaaha..

weAr said...

kwsn sekolah bnyk pohok tanjong&spesis yg bsr2.
apa slhnya berbakti kpd yg akan dtng?

Azhar Ahmad said...

Berbeza di UTM Skudai. Semua pokok dicantas dan digantikan dengan pokok buah-buahan. bayangkan bulan lepas, buah mangga bergayutan sepanjang 5 km perjalanan dari kolej ke kolej.!

Rontol said...

ehe...kalo ak la...ak tanam padi terus ehehe..
m'sia ni mmg pelik sket...zaman dulu punye peraturan byk yg dh x relevan...tu pun nk ikut lg...x tuka2 ades

cuaca said...

U mana tu?yg kat KK tu ker yg landscape tercantik tu ker?

Aku Bukan Bidadari said...

boleh wat litar lumba motor tu..korner dia menarik hehehee..cantik lah..mungkin org tu pandai tangkap gambar kut (puji ikhlas ni)

Mazudi said...

zac: Itu yang aku nak cadangkan tu...

wear: Pokok tanjung? tak berantu ker? hihi.

azhar: Seronok la makan mangga free. Takder pulak masalahnya kan.

rontol : Itu la, sekali buat undang undang, sampai kiamat kena ikut.

cuaca: Bukan U tu. U tu ada jugak pokok kelapa. Tapi tak tau ada buah ker tak.

Tiara: "Orang tu" tuh aku ler. Hihi..bangganya.

imi said...

kalo cam2, Uitm Arau lagi terrer sebab kat sana ada pokok getah. walaupun buahnya xleh dimakan, tapi skg ni harga getah nya bleh tahan. UiTm pun kawasan governement gak... bukan dari segi tumbuhan jer, lembu pun ada dorang ternak..tp depend ah atas lembu tu, kalo sihat, berhasil lah, kalo tak.....so, kesimpulan nya... bukan sumer tempat governement xleh tanam benda yang membuahkan hasil!