July 13, 2006

Pokok Bebaru

Masa start masuk dan tinggal kat rumah aku kat kuarters Politeknik ni dulu tahun 2002, pokok ni dah ada kat situ. Masa tu kecik lagi, masih ranting. Tak tau pulak kalau dia memang ditanam kat situ atau secara tak sengaja dia tumbuh dengan subur kat situ sebab cuam dia jer sebatang dari spesies ni yang ada kat situ. Location dia memang betul betul kat depan pintu rumah aku. Memang tiap hari tengok dia.

Masa dia remaja dulu memang selalu mengharapkan dia cepat besar supaya teduh sikit kat depan tu sebab kat situ tempat parking, dan sebagaimana yang diketahuai umum parking kat sini takder porch dia, cuma ada lot jer, siang malam, hujan panas terpaksa ditanggung oleh kereta. Agak ok jugak sebab pokok ni cepat juga membesar dan rendang dia lebih kalau dibanding dengan pokok lain yang ditanam.

Sekarang pokok ni dah besar. Boleh panggil dewasa dah. Walaupun tak tinggi tapi dia rendang. Dan dahan dahan dia tu dah semakin hampir dah ngan balkoni rumah aku. Aku suka parking lot yang bawah pokok ni. Parking lot ni kira corner lot la, hujung sekali dan dia dekat ngan tangga naik rumah aku. Dah la corner lot, bawah pokok lagi tu, rasa macam berprestij pulak.

Dua tiga minggu lepas orang dah tak suka lagi parking kat situ, termasuk aku. Burung ciak yang beratus ratus ekor start untuk rampas kuasa dan jadikan tempat parking dia bila malam. Banyak sangat sampai kalau time maghrib tu bising betul. Semua cari parking yang bagus untuk dia orang tidur kat atas pokok tu. Pokok lain yang kat sebelah tak pulak dia orang buat port.

Apa yang jadikan dia tak best ialah, bila pagi pagi nak gi kijer, kereta yang parking kat bawah tu penuh dengan taik burung ciak. Mau tak mengamuk tuan dia. Aku pun dah mula carik parking lain yang jauh sikit dari taik burung tu. Parking tu dah tak best lagi.

Hari ni pokok bebaru ni dah nampak keluarkan bunga dia. Pagi tadi warna kuning, petang ni dah jadi macam oren pulak sikit.

Macam nak pujuk kita orang suruh parking kat bawah dia lagi.

3 comments:

zac said...

Baru ari nih aku kenal pokok bebaru.. aik.. tak kan aku yang buta pokok2 kot..ekekkeke

Mazudi said...

Aku pun ingat ingat lupa masa ayah aku ajar jenis jenis pokok kat kampung dulu.Check kat wikipedia ada pulak species ni. Betul la tu.

Seema said...

Boleh saya dapatkan tempat mana pokok bebaru ni terdapat? I memerlukan keratan pokok ini.Lokasi mana?