July 27, 2006

Situasi


Salah satu subjek yang aku kena ajar semester ni ialah Aplikasi Komputer untuk semester satu. Subjek pasal penggunaan asas komputer seperti MSWord, MS Excell dan Powerpoint. Pagi tadi dah start masuk kelas dan kena buat intro pasal komputer ni la, dia punya sejarah, apa yang ada kat dalam komputer dan macam macam lagi yang basic basic tu.

Disebabkan student untuk kelas ni ramai pastu kena buat kat lab computer, so aku berkongsi mengajar dengan satu pensyarah lain. Pada masa pembahagian subjek kat lecturer, kadang kadang orang yang bagi subjek tu tak tengok background kita. Main bubuh jer.

Pensyarah : Aku tak berapa boleh ajar subjek ni nih.
Aku : Ala senang jer, semua pun yang basic basic jer ni.
Pensyarah : (Ambil nota kat meja aku, buka dan baca)
Aku : Tengok la, benda biasa yang ko dah selalu pakai jer pun.
Pensyarah : Reboot ni apa? Hoh, Spreadsheet ni lagi la, mender nih?

Last semester, dalam situasi yang lain.

Aku dipaksa untuk menyertai perlawanan badminton antara staff kat Politeknik ni. Aku kena main double dengan satu lagi kawan yang lain yang ada ranking dalam badminton kat tempat ni.

Kawan : Kau jangan risau. Main jer, bukan susah pun, shuttle datang ko tebas jer la.
Aku : Aku sejak dari tingkatan dua dulu lagi tak pernah main badminton ni.
Kawan : Ala yang penting ko boleh pukul jer.
Aku : Kalau nak servis, aku kena duduk sebelah mana eek? Point dia caner kira eek kalau main beregu ni?

Dan perlawanan tu pun berjalan, dan kami kena main empat game, dan keempat empat game tu pun kami kalah, disebabkan oleh aku yang tak dapat nak tebas shuttle tu dalam apa jua posisi dia datang. Ada perasaan yang teruk sangat kat dalam hati aku. Mana dengan kena marah kat kawan tu lagi.

Hari ni, aku paham situasi pensyarah pembantu aku ni. Aku biarkan dia bertenang dan aku masuk kelas sorang sorang.

8 comments:

Alex Lacey said...

buat lawatan balas...Mazudi ni lecturer jugak ek? boleh tukar2 notes nanti....

cuaca said...

kalau benda basic insyallah aku pun leh ada kerej kosong tak as basic application computer lecturer..heheheh

HTML pun boleh jugak..ini basic ker?

weAr said...

tak tahu,tak minat,jgn paksa??

Mazudi said...

Alex Lacey: Thanx. Yer saya, mengajar gak.

cuaca: Aku ni boleh ngajor yg basic basic jer beb. Pasal perjawatan ni aku lemah sket aa, tak tau.

weAr: Hmm..tu la. Dari dulu lagi aku setuju ngan kau tu.

Azhar Ahmad said...

Wahhhh sungguh ramai lecturer di alam blog maya. Bulan 11 nanti saya join ek!

blackpurple said...

Huh... kau ni 'tangan bangku' rupanya...hehehe...

Mazudi said...

azhar : Welcome to da club.

bp : Bukan jer tangan yang "bangku", kaki, perut, telinga, kepala, segala gala. Lama betul tak bersukan.

IMI said...

pernah terjadi gak kat aku... memang dari kecik buta pasal sukan..yang paling boleh main pun just jongkang jongkit jer, tu pu kadang kadang kalah..
masalah buta sukan ni xleh nak sorok, orang akan tau gak yang kita ni buta sukan...
AKU(seorang yang xtau paper pasal sukan:pernah satu ketika time sekolah dulu, dorang tengah rancak citer pasal sukan, jadi aku mencelah ler, carlos verlderama pemain yang rambut mop tu terrer main bola.pemain bolivia,penah masuk piala dunia USa94...dorang bantai gelak sebab aku cakap pasal bola...
ZUHARIRI(seorang yang sangat arif tentang dunia sukan):dia cakap pada masa akan datang piala dunia akan di adakan setahun sekali....dan semua orang termangu dan menganggukkan kepala tanda setuju....
Aku rasa fakta aku lagi betul... Ntahlah...