July 30, 2006

Hobi


Tadi petang boss call kasi tau yang ada pegawai dari Dungun yang datang ke KK. Boss call sebab dia orang plan nak naik Gunung Kinabalu. So, dia ingat aku orang yang tau camana nak arrange mender ni sebab aku dah banyak kali naik. Boss aku tak tau apa apa pasal ni.

Malam tadi kami keluar makan kat KK, ambik dia orang kat Le Meridien Hotel pastu bawak gi makan kat Anjung Senja. Sambil sambil makan aku citer la kat dia orang macam mana prosedur nak naik gunung semua. At last aku yang kena uruskan juga sebab besok weekend, opis Kinabalu Park kat KK tutup, hari Isnin dia orang punya flight.

Citer punya citer, sampai la ke part kenapa orang suka naik gunung.

Boss : Apa sebenarnya yang korang dapat berjalan kaki jauh jauh naik gunung ni?

Pegawai : Tah la, macam orang bodoh ada jugak aku rasa. Naik gunung tinggi tinggi, jalan jauh jauh, bukan dapat apa pun, letih ngan sakit badan ada la. Tapi aku kalau lama tak naik, macam gian pulak.

Aku : Yer la. Rasa nya apa yang buat gian saya naik gunung ni pasal apa yang saya boleh lihat kat atas sana, dia punya bau, dia punya rasa, itu la yang best dan takleh nak citer kat orang lain.

Boss : Alaa, sama ngan orang main golf juga. Tak ker giler. Pukul bola sorang sorang, pastu gi carik bola tu sorang sorang, abis pusing padang nak carik lubang. Giler!

Dan gelak besar la kami kat situ dengar statement boss aku.

Tiba-tiba, tah dari mana mana.

Encik X : Saudara, sebenarnya saudara semua ni silap. Sebenarnya golf ni.....bla bla (berhujah la dia tentang kebaikan main golf dengan menggunakan istilah istilah pelik yang digunakan dalam permainan golf tu yang kami semua tak paham.)

Pegawai, Boss, Aku : Senyum, angguk dan buat bodoh.

Moral : Jangan memperkecilkan hobi orang lain kalau kita tak minat, nanti ada orang dari meja sebelah akan naik angin.

July 27, 2006

Situasi


Salah satu subjek yang aku kena ajar semester ni ialah Aplikasi Komputer untuk semester satu. Subjek pasal penggunaan asas komputer seperti MSWord, MS Excell dan Powerpoint. Pagi tadi dah start masuk kelas dan kena buat intro pasal komputer ni la, dia punya sejarah, apa yang ada kat dalam komputer dan macam macam lagi yang basic basic tu.

Disebabkan student untuk kelas ni ramai pastu kena buat kat lab computer, so aku berkongsi mengajar dengan satu pensyarah lain. Pada masa pembahagian subjek kat lecturer, kadang kadang orang yang bagi subjek tu tak tengok background kita. Main bubuh jer.

Pensyarah : Aku tak berapa boleh ajar subjek ni nih.
Aku : Ala senang jer, semua pun yang basic basic jer ni.
Pensyarah : (Ambil nota kat meja aku, buka dan baca)
Aku : Tengok la, benda biasa yang ko dah selalu pakai jer pun.
Pensyarah : Reboot ni apa? Hoh, Spreadsheet ni lagi la, mender nih?

Last semester, dalam situasi yang lain.

Aku dipaksa untuk menyertai perlawanan badminton antara staff kat Politeknik ni. Aku kena main double dengan satu lagi kawan yang lain yang ada ranking dalam badminton kat tempat ni.

Kawan : Kau jangan risau. Main jer, bukan susah pun, shuttle datang ko tebas jer la.
Aku : Aku sejak dari tingkatan dua dulu lagi tak pernah main badminton ni.
Kawan : Ala yang penting ko boleh pukul jer.
Aku : Kalau nak servis, aku kena duduk sebelah mana eek? Point dia caner kira eek kalau main beregu ni?

Dan perlawanan tu pun berjalan, dan kami kena main empat game, dan keempat empat game tu pun kami kalah, disebabkan oleh aku yang tak dapat nak tebas shuttle tu dalam apa jua posisi dia datang. Ada perasaan yang teruk sangat kat dalam hati aku. Mana dengan kena marah kat kawan tu lagi.

Hari ni, aku paham situasi pensyarah pembantu aku ni. Aku biarkan dia bertenang dan aku masuk kelas sorang sorang.

July 26, 2006

Cerita

Masa tengah meeting Penyelaras Kelab dan Persatuan Ko-Kurikulum tadi sorang kawan tegur aku sebab aku keluarkan kamera. "Hati hati sket ngan Mazudi ni, nanti esok gambar kau keluar kat internet". Bila meeting dekat nak abis dia datang kat aku bertanya, "Apa citer kau nak tulis kat blog kau hari ni? Caner ko boleh ada idea nak cerita eek?"

Teringat aku kat satu kawan. Dia orang IT, ngajo kat kolej IT dan berjiwa IT. Dia ni kira tempat aku rujuk bila coding script aku huru hara. Bagi orang IT ni, blogging tu kira dia punya lifestyle kot.
Cerita ni berlaku sebulan lepas.

Geek: Aku takder blog.
Aku : Ok.
Geek : Tadi aku dapat satu resume mamat ni, apply kijer kat kolej aku. Budak IT gak.
Aku: Ok.
Geek : Aku search kat google, dan terjumpa la blog dia kat myspace.
Aku : Ok.
Geek : Kau tahu apa. Dia suka clubbing. Hampir semua bar dan club kat KK ni dia tahu. Pastu ada jugak gambar dia yang tengah enjoy ngan awek. Macam macam jenis awek dan ramai pulak tu.
Aku : Ok

Dua minggu lepas, sambil makan goreng pisang kat Likas.

Geek : Aku dah interview budak tu.
Aku : Ok
Geek : Nampak baik dan pandai pulak.
Aku : Ok
Geek : Hari isnin ni dia start kijer.
Aku : Hmm...

Kan dah dapat satu lagi cerita.

July 25, 2006

Matematik


Hari ni start Program Intensif Matematik untuk pelajar baru semester satu. Bergegas datang ofis pagi pagi tadi nak bagi nota kat lecturer untuk edar kat student. Program ni bertujuan untuk pengukuhan matematik dia orang. Apa yang diajar adalah modul modul yang simple peringkat sekolah menengah dulu.

Selepas pukul 10.00 tadi sorang lecturer masuk bilik aku dalam keadaan yang tensen dan nak smoking.

Lecturer : Teruk la. Dari mana dia orang ni datang tah. Sapa cikgu dia tak tau.
Aku : Kenapa?
Lecturer : Nak kira campur nombor pecahan pun takleh. Tu tak masuk lagi tolak ngan darab.
Aku : hiyaa...abis macam mana nak belajar math untuk engineering ni?
Lecturer: Esok esok kau tengok la, nak tukar titik perpuluhan pun tak pandai tu.
Aku : Mati laa.

Sapa yang salah dan sapa yang jadik mangsa.
Dari 50 student dalam satu kursus tu cuma ada kurang dari 10 orang yang mathematic SPM dia dapat 5 kebawah. Yang lain 7 ngan 8. Disebabkan nak memperbanyakkan kemasukan pelajar, ini jadi dia. Mungkin juga passing mark time SPM dulu diturunkan graf dia. Tak tau la.

Satu masa nanti bila budak budak ni graduate, ada ker orang nak ambik pekerja yang bila ditanya (1/4 + 1/2) kena cari calculator dulu baru boleh bagi jawapan.

Mati laa.

July 24, 2006

Prasarana


Last semester kami propose ke pihak admin untuk adakan beberapa kemudahan pelajar kat jabatan kami. Mintak disediakan satu ruang student center kat tempat yang kami cadangkan. Pagi tadi boss cakap partially dah approve dah cuma tunggu duit. Selain dari student center tu diselitkan jugak dengan projek untuk tanam pokok kat sekitar jabatan kami ni.

Aku : Boss, kenapa kita tak tanam jer pokok durian ker, mangga ker, jambu ker kat area ni boss.
Boss : Tak boleh. Dah ada dalam general order yang kawasan jabatan kerajaan macam ni takleh tanam dengan pokok yang mengeluarkan hasil.
Aku : Kenapa boss?
Boss : Tak tahu. Itu orang dulu dulu punya citer.

Aku pun terpikir. Apa logiknya eek, sampai keluar G.O untuk mender yang simple macam tu. Sebab tu la semua kawasan ni ditanam dengan pokok yang tah apa apa.

Mungkin alasan dia, kalau dia tanam durian kat kawasan tempat kerja macam ni, kalau durian tu berbuah 15 tahun kemudian, dan pada masa tu dia dah pencen, maka dia takleh merasa la buah durian yang dia tanam. So, bagus kalau buat G.O supaya jangan tanam pokok yang mengeluarkan hasil. Mungkin la!

Kenapa kita selalu beri alasan "tak boleh" sebelum sesuatu benda tu dilaksanakan?

July 23, 2006

Kiulu


Kiulu adalah satu kampung dekat Tamparuli. Penduduk dia orang dusun. Kat sini ada satu sungai yang cantik dan sejuk air dia, dipanggil Sungai Kiulu. Kat sini juga famous dengan white water rafting selain dari Sungai Padas.

Dulu aku selalu buat aktiviti student kat sini. Bawak student camping pastu organise aktiviti macam bengkel, motivasi atau camping biasa untuk suka suka. Awal awal dulu tak banyak kemudahan yang ada dan tak banyak aktiviti yang dibuat kat sini. So ada juga kemudahan prasarana yang ada kat situ kami yang sumbangkan. Ini macam signboard, tempat rehat dan tanam tanam pokok.

Sekarang tempat ni dah ramai yang datang. Banyak aktiviti dari Unit Ko-kurikulum sekolah Sabah yang buat kat sini. Mild Seven pun ada ambik trek sini untuk Mild Seven Outdoor Quest.
Sekarang juga dah ada Kiulu 4M Challenge yang dia buat secara tahunan. Tempat yang bagus juga untuk mountain bike.

Semalam aku bawak anak anak gi mandi kat sini. Dah banyak kemudahan yang ada nampaknya. Pondok tempat rehat dah banyak. Dah ada stage yang dia orang buat untuk buat persembahan. Ada juga nampak dia orang tengah buat tempat penginapan. Padang pun dah terjaga, rumput pendek dan bersih.

Bangga pulak nampak pokok ceri yang kami tanam dulu dah besar dan terjaga. Signboard yang kami pasang dulu pun masih ada kat situ.

Macam biasa jugak Syafique masih takut masuk sungai.

July 21, 2006

Tamak


Hari ni ada pendaftaran modul untuk student lama. Semalam dapat surat suruh jaga pendaftaran student ni kat library.

8:30 :Sampai tempat pendaftaran tu, makan karipap dengan kek lapis yang disediakan.
8:45 : Onn laptop dan login ke sistem pendaftaran modul tu.
8:50 : Turun bawah cari port nak smoking.
9:05 : Naik balik dan tengok semua laptop dah ada orang yang jaga, laptop yang aku onn kan tadi pun dah diambil.

Saya : Sapa yang jaga kat computer ni?
Kawan : Aku! Jangan ngada ngada nak ambik. Sapa suruh datang lambat.
Saya : (Diam, dalam hati :"kena marah ker ni?")

9:30 : Pendaftaran bermula. Aku takder kerja nak buat.
9:35 : Secara diam diam balik opis layan blog kawan kawan.
11.30 : Datang balik tempat pendaftaran, tunjuk muka, nanti orang cakap aku takder plak.

12.00 : Pendaftaran tamat.

Kawan : Mana boleh dia buat macam ni, 4 jam aku direct kat pc tu, nak kencing pun takleh.
Saya : Yer la.

Pesan atuk aku : "Buat kerja jangan tamak".

July 20, 2006

Sesi Julai 2006


Minggu ni start kerja balik. Rasa macam hidup balik sebab cuti baru ni banyak masa yang memboringkan selain dari balik kampung seminggu tu. Tapi, at least banyak jugak masa boleh spend dengan family. Sayangi keluarga.

So start awal minggu hari tu dengan registration student baru, setengah hari jugak kat sana. Time table pun hari Selasa baru ni dah dapat. Nampak macam pelik sikit sebab ada hari yang ada kelas sampai jam 5.15pm, hari Isnin ngan Selasa. Computer Application sampai tiga kelas kena ambik campur satu kelas Material Tech. Total semua sekali 15 jam.

Semalam dapat paper work dari JMSK dia orang suruh buat Intensif Matematik kat student baru on 24 dan 25 Julai ni. Pagi tadi dah setel ngan schedule lecturer yang kena buat kelas intensif tu. Boss pun dah endorse, dah tampal pun.

Next two week, 3 - 4 Ogos, Syahrulazmin suruh buat kursus untuk Metallurgy Testing, complete dari Heat treatment sampai hardness testing, insyaallah. Semalam dia suruh aku cadangkan date untuk kursus ni dan dah proposepun. Harap-harap takder problem.

Well, blog pun dah ada skin baru. Ambik setengah hari jugak semalam nak setup dan masukkan semua yang ada dari template yang lama dulu.

July 18, 2006

Allergy


Weekend hari tu Makcik Atai ada datang rumah. Dia bawak lauk apa semua datang masak kat rumah kami. Ikan, sotong dan macam macam lagi yang dibawak. Lepas masak dan makan dia orang pun balik semula ke Kinarut.

Malam tu ibu terperasan ada dua tiga biji macam ruam kat muka Faez. Aku ingatkan biji gatal kena gigit nyamuk, so buat biasa jer la. Pagi semalam Faeiz bangun awal nak terkencing. Bila angkat baju dia nak bukak seluar, dah ternampak biji biji kaler merah kat dada dia.

Memang kita orang punya first expectation campak dah.

Ibu call nenek dia kat Tawau. Dia orang panggil kerumut. Cara nak kasik keluar dia: Jangan mandi, minum air kelapa pastu pakai baju kaler gelap dan warna yang terang terang dilarang sama sekali. Kalau nanti dah abis keluar satu badan, disuruh pulak mandi air rebusan daun peria supaya tak berparut.

Pastu aku call pulak kat nenek dia di Kelantan. Dia orang pulak panggil Bunga Rambai. Cara
nak kasik hilang, dia cakap, jangan kasik mandi pakai sabun, jangan cakap dengan dia kuat kuat, takleh makan telur dan mender berminyak. Pastu disuruh minum air kelapa time ruam tu dah penuh kat badan.

So semalam Faeiz tak mandi satu hari dan di pakaikan dengan baju kaler hitam. Petang tu aku gi beli air kelapa muda untuk dia minum sebab petang tu ruam dah macam penuh kat badan dia. Yang best Faeiz dapat minum setengah gelas jer, yang balance dia ibu dia tolong abiskan.

Hari ni bawak Faeiz gi klinik Tuaran. (Ingatkan dari semalam nak bawak, cari surat beranak tak jumpa pulak, pagi ni baru jumpa). Masa tu memang confiden dengan campak atau kerumut atau bunga rambai tu la. Doktor suruh buat blood test. Nak tengok ya atau tidak. Selepas buat test tu baru tau Faeiz sebenarnya allergy dekat sesuatu yang dia makan. Doktor kasik ubat untuk disapu kat seluruh badan Faeiz, sambil tu sempat jugak dikasik faeiz minum ubat cacing kat hospital tu tadi.

Baru ibu teringat, rupanya sotong yang dimasak oleh makcik Atai hari tu. Bukan sotong biasa, tapi macam sotong kurita tapi saiz nyer kecik.

Terima kasih untuk petua dari nenek Tawau dan nenek Kelantan.

July 15, 2006

Istilah


Syafique akan duduk depan PC ni at least 2 jam sehari. Apa yang dia buat ialah main game kat cartoon network. Banyak game yang dia tahu dan dia dah pandai ajar kita balik. Banyak jugak term pasal IT yang dia tahu.

Semalam kat depan PC bila aku buat kerja.

Syafique: Ayah main game apa tu?
Ayah : Ayah bukan main game, ayah buat kerja pejabat.
Syafique: Ooo.. ayah main game kerja pejabat.

Semua benda yang boleh dioperasikan dengan PC ni dia anggap sebagai game.

July 13, 2006

Pokok Bebaru

Masa start masuk dan tinggal kat rumah aku kat kuarters Politeknik ni dulu tahun 2002, pokok ni dah ada kat situ. Masa tu kecik lagi, masih ranting. Tak tau pulak kalau dia memang ditanam kat situ atau secara tak sengaja dia tumbuh dengan subur kat situ sebab cuam dia jer sebatang dari spesies ni yang ada kat situ. Location dia memang betul betul kat depan pintu rumah aku. Memang tiap hari tengok dia.

Masa dia remaja dulu memang selalu mengharapkan dia cepat besar supaya teduh sikit kat depan tu sebab kat situ tempat parking, dan sebagaimana yang diketahuai umum parking kat sini takder porch dia, cuma ada lot jer, siang malam, hujan panas terpaksa ditanggung oleh kereta. Agak ok jugak sebab pokok ni cepat juga membesar dan rendang dia lebih kalau dibanding dengan pokok lain yang ditanam.

Sekarang pokok ni dah besar. Boleh panggil dewasa dah. Walaupun tak tinggi tapi dia rendang. Dan dahan dahan dia tu dah semakin hampir dah ngan balkoni rumah aku. Aku suka parking lot yang bawah pokok ni. Parking lot ni kira corner lot la, hujung sekali dan dia dekat ngan tangga naik rumah aku. Dah la corner lot, bawah pokok lagi tu, rasa macam berprestij pulak.

Dua tiga minggu lepas orang dah tak suka lagi parking kat situ, termasuk aku. Burung ciak yang beratus ratus ekor start untuk rampas kuasa dan jadikan tempat parking dia bila malam. Banyak sangat sampai kalau time maghrib tu bising betul. Semua cari parking yang bagus untuk dia orang tidur kat atas pokok tu. Pokok lain yang kat sebelah tak pulak dia orang buat port.

Apa yang jadikan dia tak best ialah, bila pagi pagi nak gi kijer, kereta yang parking kat bawah tu penuh dengan taik burung ciak. Mau tak mengamuk tuan dia. Aku pun dah mula carik parking lain yang jauh sikit dari taik burung tu. Parking tu dah tak best lagi.

Hari ni pokok bebaru ni dah nampak keluarkan bunga dia. Pagi tadi warna kuning, petang ni dah jadi macam oren pulak sikit.

Macam nak pujuk kita orang suruh parking kat bawah dia lagi.

July 11, 2006

Classic Movies on Google Video

Disebabkan sekarang ni cuti, so banyak sangat masa untuk memboringkan diri.
Semalam banyak surf kat Google where at last led me to this Google Video.

Sebenarnya ada beberapa movie klasik yang full length kat Google Video. Kita boleh tengok movie ni dengan free sebab dia punya copyright dah due. Macam buku buku klasik tu jugak la.

Kat bawah ni list movie yang setakat ni aku tahu boleh tengok dengan free.

Try la click.

Night Of The Living Dead (1968) - (1 hour, 35 minutes)
The Iron Mask (1929) - (1 hour, 12 minutes)
The Outlaw (1943) - (1 hour, 55 minutes)
Dressed To Kill (1946) - (1 hour, 11 minutes)
The Amazing Adventure (1936) - (1 hour)
The Mark Of Zorro (1920) - (58 minutes)
Gunsmoke Ranch - The Three Mesquiteers (1937) - (52 minutes)
The Man Who Knew Too Much (1934) - (1 hour, 15 minutes)
The Phantom Of The Opera (1925) - (1 hour, 46 minutes)

Boleh la layan pasni kat opis petang petang sementara nak tunggu hujan berenti.

July 10, 2006

Piala Dunia


Ini kira game yang kedua aku tengok dalam World Cup 2006. Tak berapa layan sangat. First game dulu Itali vs Australia.

Rasa macam dah suka pulak.

Mungkin sebab banyak mender yang melibatkan emotional dalam final game semalam. Sorang player Italy tu aku nampak kasik main main ngan rambut satu player French untuk tunjukkan sportmanship kot. Sweet pulak. Pastu, sejurus sebelum sepakan penalti tu, dua dua goalies berlaga kepala, peluk kat leher masing masing macam mintak goodwill. Touching pulak kat situ. Susah nak nampak kelakuan yang macamtu kalau kat situasi yang biasa.

When they lose, they kneel on the ground in agony of defeat. When they win, they hug and run screaming around the field.

Next World Cup ni, kalau umur panjang, aku akan tengok semua game.
Every single game.

July 9, 2006

Baharin Che Ajid


He's my classmate masa dekat KuIttho dulu. Sama sama orang Kelantan.

Last week dia bawak family dia (wife tak bawak) ke Brunei sebab adik dia ada kat sana.

Tengahari tadi dia call time tengah sedap sedap makan, cakap dia ada kat Segama, KK. Mau tak terkejut. Lepas makan proceed gi KK dan jumpa ngan dia. Ramai rupanya, dia orang dari Sarawak, drive ke sini pastu tinggal kat rumah sedara dia orang kat Beufort.

This guy is also my good old friends. Time kat KuIttho, bilik dia sebelah ngan bilik aku dan ada banyak makanan.

One thing yang takleh lupa pasal dia, tertangkap ngan Reddy, lecturer Engineering Economy, sebab ada dua kertas jawapan yang bernama Baharin Che Ajid, dan jawapan dia tu pulak sama ngan aku nyer kertas.

July 4, 2006

Back To KK


Dah seminggu kat Tawau, hari ni balik semula ke KK.

Bertolak dari Kg. Jawa, Tawau jam 8.30am. Kali ni banyak tempat yang berenti pulak.

Travel dari Tawau - KK ni ada lima fasa sebenarnya. Saja reka sendiri fasa ni supaya tak boring time travel tu.

1. Tawau ke Lahad Datu - kat sini pun dah singgah kejap cari ATM machine.
2. Lahad Datu ke check point di simpang ke Sandakan/Lahad Datu - Biasa singgah sini untuk isi minyak.
3. Check point tu ke Telupid - Yang ni paling boring dah boleh bikin mengantuk.
4. Telupid ke Ranau - Yang ni terasa sangat lama sebab dah exhausted
5. Ranau ke KK - Jalan ni masa datang rasa kejap jer, tapi bila nak turun balik, bosan yang amat, membrek jer kijer.

Sampai KK dalam 5.30 pm.

July 3, 2006

Embak Kebun


Atuk ada kebun kat Wakuba Gading, somewhere kat tepi highway airport Tawau. Ada satu rumah kat sana yang atuk suruh satu embak tinggal untuk jaga kebun dan ada ternakan dia.

Hari ni sambung cari kambing sampai ke tepi laut, Batu Payung nama pantai tu, jalan depan lagi jumpa ngan tempat orang ternak udang dalam sangkar. Sampai tah mana mana kampung yang atuk bawak. Tapi tak jugak jumpa. Hari ni jalan dua kereta, atuk bawak Ninja dia, kami just follow dari belakang.

Lepas tak jumpa kambing, atuk terus bawak gi tamu kat area kebun dia tu. Beli kuih ngan makanan lain sebelum singgah kat rumah embak kebun dan makan semua tu. Embak kebun pun ada masak untuk kami.

July 2, 2006

Cari Kambing


Syafique dah di akikah masa balik Kelantan dulu. Faeiz belum lagi. Ibu dia dah lama kasik tau kat nenek Tawau untuk cari kambing untuk akikah Faeiz. Kebetulan kakak ibu pun nak buat jugak, campur lagi ngan adik ibu, si Kenon buat nazar nak kenduri satu kambing, so total kambing yang nenek kena prepare ialah lima ekor.

Sementara kami balik ni, nenek ajak cari kambing. Mula mula ikut mak cik Leleng gi cari kat kampung dia di Kongsi 10 sana. Jumpa satu makcik tu, diskas diskas ngan nenek, last last nenek naik kereta dengan jawapan yang mengecewakan.

Pastu gi lain tempat lagi, sebelah airport lama, tu takder jugak. Pastu singgah kat dua tiga kampung lain lagi takder jugak. Last last abis satu hari hari tu dengan takder jumpa kambing jantan yang cukup umur.

"Memang banyak dugaannya kalau nak buat mender baik ni" kata nenek.