February 26, 2006

Hutan Simpan Kawang


Dah lama tak keluar pergi berkelah dengan family. Tak bawak Syafique ngan Faeiz pergi satu tempat, bawak bekal pastu ber leisure. HAri ni kena gi hantar barang kat rumah kak Ani, kakak wife aku. Lepas tu suruh dia call adik dia, Atai, kat IKBN,Kinarut tanya dia kiat mana Hutan Kawang. Agak bernasib baik sebab dia pun memang plan nak pergi ke sana hari ni. Bersama ngan kawan kawan husband dia yang kijer kat IKBN. So, conform jer laa untuk terus ke sana.

Disebabkan dari rumah tadi tak prepare nak gi picnic, so apa apa pun tak bawak la. Terpaksa pergi shopping dulu kat BESTMART, Putatan. Beli baju mandi Syafique, Faeiz ngan ayah dia ni. Beli towell dan segala nyer tu. Lagi makanan ngan minuman lagi.

Sampai kat rumah Atai dah pukul 12.00 lebih dah. Dia orang pun baru abis prepare nak jalan. Siap ngan bawak nasik ngan lauk siap. Kira memang fully prepared la nak gi picnic.

Sampai kat Hutan Kawang, Kinarut tu pada masa yang dah sesuai untuk lunch. Dia orang buka tikar, prepare ngan makanan segala. Aku bawak Faeiz ngan Syafique turun sungai mandi.

Tempat dia memang laa tak gempak sangat, tapi yang best sebab ada orang yang jaga. jabatan Perhutanan Daerah Kota Kinabalu. So, nampak terjaga la. Ada chalet dan beberapa kemudahan asas yang lain macam tandas ngan pondok yang disediakan. Pastu takder anjing.

Sungai dia kecik jer. Kalau kat kampung kat Kelantan tu, lebih kurang sama ngan jeram kat dalam kebun getah ayah aku jer. Tapi dah tempat orang jaga dan ada kemudahan cenggitu, nampak best la. Nama dia kalau ikut kat pamplet yang dikasik tu Pusat Sejadi Hutan Kawang.

Lepas mandikan Syafique ngan Faeiz yang macam biasa akan menangis bila kat dalam air, kami naik untuk makan, pastu turun lagi sekali untuk mandi second round. Kali ni dia orang mandi ikut makcik Atai dia orang pulak.

Jam dua lebih gitu baru balik ke KK balik.

February 15, 2006

Parking di H.Q.E

" Tidak Dibenarkan Parking Di sini
Kecuali Staff HQE Sahaja
Faham. T.Q"

Dua hari lepas mertua masuk hospital kat Queen Elizabeth (HQE). Seja hari tu wife selalu hantar makanan kat bapa dia kat sana, especially untuk makan tengahari. Hari ni dia minta tolong hantar dia untuk bawak makanan kat sana sebab problem dengan parking.

Memang confirm kat sana payah parking. Dia punya public parking nun sejauh dekat 800 meter dari hospital, kena naik bukit lagi, pastu ward yang mertua aku duduk tu jauh ketengah lagi, total up semua mau dekat 1.3KM kena jalan.

So, untuk memudahkan cara, aku just hantar dia untuk bawak naik makanan tu dan tak parking. Ada satu area taman kat bawah bangunan ward tu, so pusing pusing jer kat situ sampai wife turun balik. Mau dekat 15 kali pusing taman tu. Bukan nyer besar sangat, macam round about jer. Situ pun ada parking tapi semua untuk staff HQE jer. As mention by this sign board.

February 14, 2006

Saman

Semalam wife bawak balik surat tiga keping surat saman. Surat tu dihantar ke kedai dia sebab alamat loan Gen-2 tu kat kedai dia. Tiga saman tu. Semua pasal speed trap. Matila.


Pagi tadi gi check kat rilek.com, memang confirm la. Table kat atas tu dari rilek.com. Semua pun pasal speeding.

Baik korang check saman korang.

February 13, 2006

Kill The Time


Semalam gi mancing lagi. Tempat yang sama. Tapi semalam pakai umpan umpun-umpun, beli kat Sembulan. Punya la mahal sekarang menatang tu, sepulh ringgit setompok, mintak ngan dia beli beli separuh jer, lima ringgit.

Sampai kat tempat mancing tu nampak kereta dah penuh. Tah laa dia orang ni, samada orang yang biasa datang situ atau orang yang baru nak try kat tempat tu. Kalau orang yang biasa dah ngan tempat tu takkan dia tak tahu tempat tu mana ada ikan, pastu batu banyak pulak tu. Lain laa kalau aku yang gi mancing tu cuma nak kill the time jer.

Sampai tu dalam pukul 11.30 am dah. Masa tu air surut kot. Tunggu situ sampai pukul 2.30pm dapat la jugak tiga ekor ikan yang tah apa apa species cam dulu tu. Gambar kat sebelah tu ikan yang berjaya dipancing la tu. Dahla pakai umpan cacing tu yang cukup senang tercabut, kalau campak tu for sure bila angkat balik memang dah tercabut dah umpan. Mana dengan sangkut kat batu lagi.

Memang betul laa, mancing ni salah satu cara nak menguji kesabaran kita.

February 11, 2006

Playlist


Well, last week try to include this cool add-in kat left side of my blog. Menjadi dan nampak best pulak. Mean, lagi banyak masa pakai untuk tengok video tu kat blog ni. Last two days, try nak ubah playlist tapi tak menjadi, mungkin server problem kot, coding macam tak menjadik.
Hari ni try lagi sekali dengan playlist yang sama, menjadi pulak.

The Playlist:

01. All Star (by Smash Mouth)
02. Cold (by Crossfade)
03. Collide (by Howie Day)
04. Hand In My Pocket (by Alanis Morissette)
05. Here Without You (by 3 Doors Down)
06. Iris (by Goo Goo Dolls)
07. Look What You've Done (by Jet)
08. Meant To Live (by Switchfoot)
09. Push (by Matchbox Twenty)
10. Someday (by Nickelback)
11. The First Cut Is The Deepest (by Sheryl Crow)
12. The Reason (by Hoobastank)
13. This Love (by Maroon 5)

Lagu ni dilistkan sama dengan lagu yang aku burn kat CD last year untuk pakai kat dalam kereta. Old School Rock

Playlist ni ada kat sini
Enjoy!!

February 9, 2006

Mengidam Pizza


Dua hari lepas wife aku ajak gi makan pizza, tapi tak layan. Malam tadi bawak dia orang gi makan pizza.

Tiga hari lepas wife aku pergi jumpa doctor sebab dia batuk batuk, nak ambik ubat. Balik tu dia bagitau dah nam minggu pregnant. Hihi...tambah lagi satu laa ni. Kalau dah nam minggu, meaning bulan sebelas laa kot dapat adik si Faeiz.

So malam tadi kasik dia makan pizza, mengidam laa kot tu.
Kalau Uchop baca ni sure dia tergelak. Masa keluar dengan dia hari tu confident jer cakap tunggu dulu, kasik Faeiz ngan Syafique besar sikit lagi.

Dah rezeki nak buat macam mana. LOL.

February 7, 2006

Anjing


Aku dibesarkan dikampung dengan culture yang menganggap anjing adalah binatang yang tak boleh nak bagi muka. Masa kecik kecik dulu anjing tak ramai kat kampung, so kalau ada anjing yang tersesat sekor dua masuk kampung, memang pendek umur dia.

Bila awal awal masuk ke Politeknik ni dulu tahun 2002, anjing memang dah ramai dibiakkan kat sini oleh orang filipin yang kerja buat Politeknik ni. Dia punya keturunan anjing tu memang sampai sekarang ada kat sini. Lagi pula species menatang ni memang cepat biak. Jadi banyakla anjing yang sentiasa berkeliaran kat kawasan politeknik ni. Kat mana mana jer ada anjing.

Pernah satu masa ada sekor anjing ni pergi buat port kat depan pintu rumah aku. Firstly mungkin dia sakit, so selalu tidur kat depan pintu rumah aku. Habis cara untuk halau dia, dengan batu, dengan kayu, dengan mulut semua tak pakai. Balik jer ada kat rumah. Sampai ada sekali dah masuk dalam area rumah. Sakit nyer hati bukan main. Pukul anjing tu dengan batu sampai terkencing kencing kat dalam rumah. Dah satu lagi masalah nak kena samak. Setelah dekat dua bulan lebih anjing tu kat situ, last last lari jugak. Itupun sebab ada satu lagi geng anjing lain yang lebih berkuasa kat situ halau dia. Kalau tak rasa nya sampai sekarang rumah aku tu jadi port dia.

Dah banyak kali ada operasi tangkap anjing dibuat kat area ni. Tapi tu la, tak habis habis jugak. Last week rasa nya ada lagi bunyi anjing kena tembak. Dah kurang dah sikit sekarang ni. Tengok laa dua tiga minggu lagi ada la lagi yang keluar bawak anak kecik lima nam ekor lagi. Nak tunggu next operasi semua anak kecik tu dah besar dan terus biak.

Dalam banyak banyak anjing dan banyak banyak orang yang tinggal kat sini yang tak bagi muka kat anjing tu, ada jugak golongan orang yang melindungi anjing anjing tu. Orang melayu yang
beragama islam lagi tu. Siap kasik makan dan masuk dalam rumah. Sampai tahap time orang buat operasi, siap sound orang yang buat operasi tu supaya jangan tangkap anjing. Ada jugak yang hidup bersama anjing.

Mungkin aku dilahirkan dalam budaya yang tersalah anggap tentang anjing.

February 3, 2006

Uchop Accident

Dua hari lepas dapat sms dari Uchop "check ur email". Esok nyer tu try check email kat gmail, takder pulak mail dari dia. Malam tadi dia call, cakap dia eksiden. Terkejut jugak, ingatkan time tu tuh dia tengah kat tempat eksiden, rupa rupanya dua hari lepas time dia sms tu.

Kereta dia lompat divider gi duduk kat tengah tengah round about kat jalan Tuaran sana. Time tu hujan dia cakap, tayar belakang lari, tetiba dah ada kat tengah tengah round about. Dia takder apa apa, tapi kereta kena tarik pakai tow car laa jugak dia cakap.

Dia email gambar eksiden rupanya. So kat bawah ni gambar pada masa kejadian laa kot. Enjoy! hihih.








R.O.C.K


Dua minggu lepas wife aku ada beli CD Rock Mamat khalid tu. Tah macam mana, apa hantu dia tah, dua hari sekali mesti tengok citer tu. Best giler. Tah ler, mungkin citer ni dibuat untuk orang yang remaja dia dalam era Rock dulu tu. Tahun 1985 sampai tahun 1992 tu kira time remaja aku la tu.

Bila citer ni di bikin, memang boleh buat kita recall balik semua mender time tu. Dressing dia, style cakap dia, tapi citer ni tak pulak cakap lu gua eek. Yang best, mana dia boleh dapat T-shirt Loudness, DIO, Search yang dulu dulu tu semua. Siap ngan poster Twisted Sister, Whitesnake pun ada. Kalau ada jual kat mana mana sure aku beli lagi tu.

Last week time keluar ngan Uchop gi AGEL tu, dia pun cakap ada beli citer ni jugak. Tergelak ngan dia atas kereta bila recall balik citer tu pastu compare dengan apa yang kami buat time tu. Masa tu kat ITM, Rock jugak laa. Memang ada pakai seluar dengan plastik baru boleh masuk. Tak caya tanya Smokey. Smokey...komen please.

Anak aku Syafique sampai boleh hafal dah lagu Dari Sinar Mata, BPR tu. Ada cd tu kat dalam kereta, kalau dah start pasang takleh tukar, lagu tu dari start naik kereta sampai turun kereta. Semalam wife aku beli gitar plastik mainan, balik rumah terus pasang lagi sekali citer ROCK. Jadi rock sekejap kat atas katil.

What a good old time huh!