July 18, 2006

Allergy


Weekend hari tu Makcik Atai ada datang rumah. Dia bawak lauk apa semua datang masak kat rumah kami. Ikan, sotong dan macam macam lagi yang dibawak. Lepas masak dan makan dia orang pun balik semula ke Kinarut.

Malam tu ibu terperasan ada dua tiga biji macam ruam kat muka Faez. Aku ingatkan biji gatal kena gigit nyamuk, so buat biasa jer la. Pagi semalam Faeiz bangun awal nak terkencing. Bila angkat baju dia nak bukak seluar, dah ternampak biji biji kaler merah kat dada dia.

Memang kita orang punya first expectation campak dah.

Ibu call nenek dia kat Tawau. Dia orang panggil kerumut. Cara nak kasik keluar dia: Jangan mandi, minum air kelapa pastu pakai baju kaler gelap dan warna yang terang terang dilarang sama sekali. Kalau nanti dah abis keluar satu badan, disuruh pulak mandi air rebusan daun peria supaya tak berparut.

Pastu aku call pulak kat nenek dia di Kelantan. Dia orang pulak panggil Bunga Rambai. Cara
nak kasik hilang, dia cakap, jangan kasik mandi pakai sabun, jangan cakap dengan dia kuat kuat, takleh makan telur dan mender berminyak. Pastu disuruh minum air kelapa time ruam tu dah penuh kat badan.

So semalam Faeiz tak mandi satu hari dan di pakaikan dengan baju kaler hitam. Petang tu aku gi beli air kelapa muda untuk dia minum sebab petang tu ruam dah macam penuh kat badan dia. Yang best Faeiz dapat minum setengah gelas jer, yang balance dia ibu dia tolong abiskan.

Hari ni bawak Faeiz gi klinik Tuaran. (Ingatkan dari semalam nak bawak, cari surat beranak tak jumpa pulak, pagi ni baru jumpa). Masa tu memang confiden dengan campak atau kerumut atau bunga rambai tu la. Doktor suruh buat blood test. Nak tengok ya atau tidak. Selepas buat test tu baru tau Faeiz sebenarnya allergy dekat sesuatu yang dia makan. Doktor kasik ubat untuk disapu kat seluruh badan Faeiz, sambil tu sempat jugak dikasik faeiz minum ubat cacing kat hospital tu tadi.

Baru ibu teringat, rupanya sotong yang dimasak oleh makcik Atai hari tu. Bukan sotong biasa, tapi macam sotong kurita tapi saiz nyer kecik.

Terima kasih untuk petua dari nenek Tawau dan nenek Kelantan.

4 comments:

Aku Bukan Bidadari said...

Iskk..siannya...
sotong kurita tu kan besar??
ada yg kecik gak ek?
rasa camenr sotong tu sedap ke?

Mazudi said...

Sotong kurita ker tu yang badan dia bulat pastu sesungut dia bersambung ngan badan tu. Ada yang kecik saiz dia. Hari tu dia masak tak potong pun badan dari sesungut tu, dengan isi isi perut sekali dimasak kicap. Sedap lagi sotong yang biasa tu.
Ker awak panggil sotong apa ni?

zac said...

Sotong kurita kecik erkk..?? Hari nih baru dengar..ekekke.. mungkin la. Aku rasa yang badan dia bulat tue kot..wakakakka...

Mazudi said...

Heheh..ada nama lain ker untuk spesis sotong kurita yang kecik ni?