July 23, 2006

Kiulu


Kiulu adalah satu kampung dekat Tamparuli. Penduduk dia orang dusun. Kat sini ada satu sungai yang cantik dan sejuk air dia, dipanggil Sungai Kiulu. Kat sini juga famous dengan white water rafting selain dari Sungai Padas.

Dulu aku selalu buat aktiviti student kat sini. Bawak student camping pastu organise aktiviti macam bengkel, motivasi atau camping biasa untuk suka suka. Awal awal dulu tak banyak kemudahan yang ada dan tak banyak aktiviti yang dibuat kat sini. So ada juga kemudahan prasarana yang ada kat situ kami yang sumbangkan. Ini macam signboard, tempat rehat dan tanam tanam pokok.

Sekarang tempat ni dah ramai yang datang. Banyak aktiviti dari Unit Ko-kurikulum sekolah Sabah yang buat kat sini. Mild Seven pun ada ambik trek sini untuk Mild Seven Outdoor Quest.
Sekarang juga dah ada Kiulu 4M Challenge yang dia buat secara tahunan. Tempat yang bagus juga untuk mountain bike.

Semalam aku bawak anak anak gi mandi kat sini. Dah banyak kemudahan yang ada nampaknya. Pondok tempat rehat dah banyak. Dah ada stage yang dia orang buat untuk buat persembahan. Ada juga nampak dia orang tengah buat tempat penginapan. Padang pun dah terjaga, rumput pendek dan bersih.

Bangga pulak nampak pokok ceri yang kami tanam dulu dah besar dan terjaga. Signboard yang kami pasang dulu pun masih ada kat situ.

Macam biasa jugak Syafique masih takut masuk sungai.

8 comments:

Azhar Ahmad said...

Wah2 cantik sungainya. Anyway, bila disebut Tamparuli, teringat satu lagu di Sabah. Saya lupa plak! Anak Incik Mazudi fobia dengan sungai ke?

Mazudi said...

Lagu "Jambatan Tamparuli". Yer kan, Tamparuli memang sinonim ngan lagu tu.

MaNiQ KaYaNgaN said...

takde buaya ka?? ekekke.. kiter fobia sungai gak.. penah jatuh sungai dan hampir tinggal nama jer wakakka..

bunga rampai said...

Membalas kunjung kiranya. Terima kasih bertandang ke blog saya. Salam perkenalan di alam maya.

Harapan moga sungai itu masih tidak dicemari.

yani said...

bestnye.. lama tak mandi sungai

Aku Bukan Bidadari said...

cantiknya sungai..err takder buaya ke? Maksud saya buaya betul bukan buaya mcm datuk K ops !!!!

Mazudi said...

maniq_kayangan: Phobia? Nanti boleh geng ngan anak aku, orang mandi, dia tukang jaga tuala.

bunga_rampai: Kami pun nak tengok sungai kiulu tu jernih sampai bila bila.

yani: Sampai jugak akak kat blog saya eek. Thanx.

aku_bukan_bidadari: Buaya? Takder dengar citer plak.

blackpurple said...

Kat KL ni manalah nak dapat sungai spt itu..Sg Klang? SG Gombak? Huh..

.teringat dulu2 masa kecik mandi parit kat Muor..hehehe