November 6, 2006

Info


Lokasi : Ruang printing opis.
Aku, Nerd, Poyo.

Nerd: Semalam ada staff perempuan kena histeria kat kuarters.
Aku : Yer ker. Teruk ker. Staff mana?
Poyo : Kuarters blok mana?
Nerd : Tak tau. Itu jer info yang aku ada.

Semua bersurai.
Aku keluar gi bagi nota yang di print pada satu lecturer lain.

Lima minit kemudian di lokasi yang sama.
Aku, Geek, Otai.

Geek : Semalam ada staff perempuan kena histeria kat kuarters.
Otai : Teruk orang cakap, satu malam tak tido. Menjerit jerit. Staff department X kat kuarters A.
Aku : Sapa kasi tau korang?
Otai : Poyo.
Aku : Huh!

Cuba bayangkan macam mana versi citer ni akan jadi bila time nak punch card pukul 4.15 pm nanti.

22 comments:

Tok Rimau said...

Evolusi sebuah cerita sungguh mengagumkan. Aku ada tengok lopak atas batu besaiz dulang. Ini di katakan tapak kaki Hang Tuah oleh orang tempatan.

Ambo said...

Jam 4.15pm : Sumer staff balik baca Yaasin..

Anonymous said...

huh.. agaknya nanti kuar pulak citer.. masa budak perempuan tu histeria.. siap sebut2 nama kau, mazudi..
muahahahha...

*jangan marah.... :D

tumismenumis said...

tok rimau,
Aku dah mula merasa kagum dah ni.

syady,
Aku tengah tunggu announcement la ni.

nieys,
Terimagine aku.Caner eek kalau betul betul kluar citer cenggitu.

kingbinjai said...

wahahahaha

Ambo said...

Info tambahan, dengar citer ada 80 ekor jin yang merasuk staff JP tu.. 3 ekor dah memeluk Islam. La ni tengah tunggu Ustaz dari mana tah untuk mengusir jin² tu.. Semoga staff tu cepat pulih.. Hehehe..Sabtu petang ni pakat² maghi la umoh ambo deh..

blackpurple @ jowopinter said...

Menyambung2 cerita ni memang seronok, tambah lagi kalau cerita mengarut dan sensasi......hahaha

debikdebuk said...

Dulu,tak silap aku tahun 1994 masa tu abah aku balik dari umrah. Abah aku dimasukkan ke hospital sebab demam kuat dan ada beberapa orang datang rumah aku pakai kopiah sebab diorang ingat abah aku dah meninggal ketika tiba di Malaysia. Mana diorang dapat cerita ek???

1 September 2006, abah aku meninggal in real...Al-Fatihah...

Unknown said...

cerita dari mulut ke mulut mmg biasanya banyak yg di tokok tambah...hehe

tumismenumis said...

Binjai,
Lawak ker? Aku sirius nih.

Rashady,
Aku ada dengar orang menjerit malam tadi.

bp,
kebanyakan orang ada sifat cenggini la. Aku ingatkan TV3 jer.

debik,
Ada mender mender yg tak sepatutnya disensasikan tapi disensasikan, begitula jadinya.

Alfatihah untuk ayahanda awak.

yus,
Pernah main game tu tak. Sorang baca satu ayat, pastu pass kat 10 orang. Orang ke 10 akan menceritakan mender yg 5% saja sama ngan ayat asal. 95% lagi adalah tambahan sendiri.

Titicaca said...

ko tunggu sikit masa lagi akan jadi " Aku dengar Mazudi kena histeria.." hahahahhaa...

Pandang Dengar Diam said...

Beb aku suka templete nih macam mana nk buat pun tak tahu ajar ler.....

ZaKiN said...

hohoho.. semalam bnak kumen.. tak sempat la plak..!! tang histeria nih aku nak percaya pon susah.. aku rasa tekanan kot.. aku tak paham sangat apa itu histeria sebenarnya...?? hehehe

kakLuna said...

so,apa yang terjadi selepas 4pm?nak gak tau..syok dgr citer2 misterius camni...

Kemat said...

template baru ini cute laks..
setiap cerita kan tampak lebih menarik dengan penambahan adegan2 yg tak disangka2..tapi jgn keterlaluan dan lri dri motif sebenar

adadia said...

layout baru. minimalis.

ontahsapo said...

patutlah kau panggil dia poyo...

Anonymous said...

sekurang2nya nanti 4.15 petang mesti ko dapat tau dari mana dapatnya punca histeria tu...muahahahha

tumismenumis said...

ttcaca,
Mungkin jugak tu.

cuaca,
Ini free template. Link kat area Kredit.

zac,
Histeria ni tak sama sakit dia ngan orang sakit perut sebab makan cili bila kengkawan tak kejut utk makan. Hahah.

kak luna,
Semalam ada jugak gi jenguk dari jauh orang tu. Kesian. Agak teruk dan dah ada orang yg berubat.

kemat,
Maksud awak cerita yg ditambah dengan special effect? Memang menarik.

adadia,
Yup. Minimalization.

OS,
Memamg poyo pun.

MamaRisyia,
dapat dah punca dia. Agak misteri jugak.Haha.

Unknown said...

hehe :D

er.. en. mazudi, nama saya ada bintang * ye.. hehe :D

Anonymous said...

apsal kat nama aku takder bintang?



dari entri ko pasal histeria ni dah jadi pasal bintang pulak.. hebat kannnnn haha

tumismenumis said...

Kenit,
Ko pun dah mula mengevolusikan cerita eek. Citer pasal bintang kat sini

btw, * = baru update blog.

Rambai,
Tu la pasal.