October 18, 2006

Bintang

Semalam tengok movie Korea ni kat Kirana. Lama tak layan citer Korea, macam menarik jugak.

Tajuk dia Byul (Bintang). Citer pasal sorang lelaki suka kat satu doktor hewan. Hari hari pergi beli makanan anjing dia kat kedai awek tu. Tiap tiap hari juga berharap agar anjing dia sakit supaya awek tu boleh rawat anjing dia dan dia boleh duduk lama kat kedai doktor tu. Satu hari anjing dia bergaduh dan kena warding kat klinik awek tu. Dia pun suka hati.

Satu hari dia ajak awek tu gi tengok wayang, tapi awek tu tak datang datang, ada tragedy pulak berlaku bila dia frust dan mabuk lepas tunggu awek tu tak datang. Pastu dia mintak tukar jadi penjaga , apa tu, pencawang telefon ker yg kat atas gunung tu, jauh dari orang. Tinggal dia sensorang kat situ, until one day awek tu gi cari dia. Panjang pulak kalau nak citer.


Pernah tak dalam satu satu masa anda memilih satu bintang supaya suatu masa yang lain bila anda dalam keadaan mandom, anda akan cari bintang tu pastu ingat balik kenapa anda pilih bintang tu.

Pernah dulu bila aku buat satu aktiviti yang memerlukan kami berjalan jam tiga pagi, sewaktu kami berhenti rehat kat atas trek kat sebelah pencawang telefon, aku suruh student aku pilih satu bintang kat langit dan pilih satu kawan kat sebelah dia. Aku cakap, suatu masa nanti, bila awak dalam keadaan blues, awak cari balik bintang yang awak pilih tu dan cuba ingat kat kawan awak tu dan masa kita buat aktiviti ni.

Selepas beberapa lama aku jumpa balik salah sorang student dari team tu yang dah grade dan bercerita:

Student,
Saya dah kerja kat satu company servis dan maintenance kapal kat port dengan satu student encik jugak.

Aku,
Sapa?

Student,
Kawan yang saya pilih bila incik suruh saya pilih bintang kat Gunung Kokol dulu.

Aku,
Ko tau kenapa saya suruh buat begitu? Sebab tempat yang kita berenti tu ada hantu raya yang menjaga pencawang telefon kat situ. Orang yang bertugas kat pencawang tu pun tak sanggup lagi nak tinggal kat situ. Bila ada aktiviti pilih bintang cenggitu, at least tak la saya seriau sangat.

15 comments:

Lan Rambai said...

aku tengok bintang2 kat langit tu sama jer hahaha... camna nak pilih???

debikdebuk said...

cit...dah kena tipu student ko tu.

ad3ck said...

kesimpulan, student ko tuh dpt keje ngn member dier
1. disebabkan kuasa memilih bintang tuh, ataupn
2. disebabkan dier da dimasuk dek hantu raya tuh..muahaha!

hayad said...

alaa...rugi plak tak tgk citer tuu..huhu.mcm best jerk!

gitartong said...

layan blues dan tgk bintang. menarik juga.

kingbinjai said...

wahahahaha sadis betul kau nie

Mazudi said...

rambai,
Sebab ko bukan dalam keadaan blues

debik,
hihi.. at least ada xtvt bila time rehat.

ad3ck,
aura kedua duanya kot.

hayad,
citer dia slow,bit funny dan ringan.
Tak yah risau, astro akan selalu ulang ulang.

gitartong,
Boleh buat lagu ni bro. hihi.

binjai,
yer la. Memang dari dulu aku sadis aar.

blackpurple said...

Aku tak sempat nak tengok la...




Zudi...Slmt Hari Raya utk kau sefamili..

Maaf zahir dan batin atas segala keterlanjuran samada di dalam entri atau di kotak komen sepanjang berblogging......

Sikenit Comel-AminBakish said...

haha :D

naif betul student tu...

masa saya sekolah, saya pernah pergi camping. Dalam camping, saya pernah kena denda. Kawan2 saya juga. Denda kami: kira bintang di langit sambil berbaring atas padang. Semua sibuk mengira, saya sibuk tido.. :D

weAr said...

`Byol`?...apsal x penah tgk lak citer ni.aha.citer korea smer jiwang maut..tp bes.ayat2 dier,cairrr...(awek2 smer cun.tgk live,lagi cairr...haha.-erk,pose2.)

dulu rakyat malaysia suker ngn hindustan.skrng da beralih ke korea jepun lak..pasni?

Titicaca said...

hek eleeeh..aku ni beria ingat ko nak jiwang karat...kena karut ropanya...

Mazudi said...

bp,
Tak sempat takper. Pas pasni mungkin sempat.

Selamat Hari Raya jugak kat kau.

Kenit,
Awak memang suka tido sejak zaman sekolah lagi eek?

Wear,
Aku rasa citer ni tahun 2003 nyer kot. Kalau ko tengok lagi best eek sebab ko paham bahse dia.

titicaca,
Zaman nak jiwang aku dah abis la beb. hihi.

night queen said...

he..he... 'blogger' yang problem rupernyer.. ingatkan blog u tadi.. he..hee...

tipu untuk kebaikan takper.. bayangkalah klu depa tau tempat tue ada penunggu,,.. apa jadi ekkk..

Mazudi said...

night queen,
Sib baik aku takder ambik gambar masa tu, kalau ada, mungkin aku boleh email gambar utk ko tempek kat blog ko. hihi.

Azhar Ahmad said...

Bley layan citer jepun.. ek! Huhuhu.,

Apapun, selamat hari raya...