November 29, 2006

Retro 2


Ibu tanya aku lagi, "Charlie's Angel tu dulu ada main kat tv ker?"

TV warna start siarannya pada tahun 1978, to be exact 28 Disember 1978. Aku sempat tengok pelancaran dia yg dibuat oleh Tun Hussein Onn. Selepas dia buat ucapan, dia tekan satu butang pastu keluar kaleidoskop yang berpusing pusing tu kat tv, lepas tu logo baru rtm keluar. Biarpun dia lancar TV warna kat situ dengan segala mender tu, aku tetap juga nampak hitam putih sebab tv hitam putih. Banyak tahun jugak lepas tu baru aku dapat tengok tv yang berwarna.

Rumah pertama yang ada TV warna kat kampung aku ialah rumah Jeman 'Limah. Rumah dia dekat belakang surau kat kampung. Cerita yang teringin sangat aku nak tengok dalam versi warna adalah cerita Incredible Hulk. Teringin sangat aku nak tengok macam mana hijau nyer Hulk tu bila dia bertukar. Satu cara yang aku kena buat ialah, kena cakap ngan mak ngan ayah aku yg aku nak gi semayang kat surau pada malam Incredible Hulk tu main. Bila sampai jer kat rumah Jeman, orang kampung dah penuh sampai ke tangga. Kita yang masih lagi budak ni, terpaksa kena terendap rendap kat pintu. David Banner (yer ker gini eja nama dia) akan jadi Hulk dua kali jer dalam satu siri. Dan sempat la jugak aku tengok kat situ for the first time nya baju dia koyak dan jadi hulk dalam versi warna. Tapi, time tu dia jadi hulk pada waktu malam, badan dia tak nampak pun hijau, tapi warna biru, sebab malam kan.

Selepas pelancaran siaran warna oleh rtm, rasanya banyak program program melayu yang dibuat. Ada banyak program berbentuk hiburan yang muncul. Ada Puspawarna, satu program nyanyi nyanyi yang akan dihoskan oleh satu artis popular semasa. Artis dia macam Yusliza Hussein, Rafeah Buang, Uji Rashid, Hail Amir, Malik Ridzuan. Dato' Shake pun sempat kot ngan program ni.

Bintang rtm adalah satu program yang sungguh popular. Jiran aku akan beli URTV tiap tiap bulan untuk tahu pasal artis artis Bintang RTM. Aku masih ingat bila Sudirman nyanyi lagu Sijali jali kat final bintang rtm. Rumah aku penuh ngan anak anak dara kampung yang berkumpul untuk tengok pertandingan tu. Jamal Abdillah ngan Ramlah Ram menang tu pun aku rasa aku sempat tengok.

Selain dari rancangan berbentuk hiburan cenggitu, ada juga program berbentuk ujiminda. Tekaria adalah salah satu program berbentuk sedemikian yang pertama disiarkan. Ayah aku cukup suka ngan rancangan ni, pastu dia juga akan panggil aku ngan adik adik aku untuk tengok sama. Format dia aku dah lupa tapi apa yang aku masih ingat ialah dia ada satu slot untuk penonton di rumah. Kalau tak silap dia akan tunjukkan satu gambar yang close up, pastu dia suruh penonton teka apa mender. Pastu kena kumpul kumpul jawapan dia, sampai abis musim. Ada kawan kat sekolah yang suka kumpul soalan dia dan cari jawapan. Bila dah abis sampai episod last, kami ambik soalan dari dia beserta dengan jawapan, pastu buat poskad sendiri dari manila kad, tampal stem, pastu hantar. Setiap sorang mahu ada 10 keping kot yang hantar. Stem untuk poskad baru 15 sen. Tapi tu la, sorang pun antara budak kelas aku tu takder yang mengena.

bersambung....

18 comments:

blackpurple said...

Ingat-ingatkan baik cerita dulu dulu sayu ada...kelakar pun ada ekk....

Dulu masa kecik2 suka jugak baca majalah URTV dengan VARIAPOP emak aku punya...

Aku baca BUJAL, GILAGILA, GELIHATI & WAKDOJER jer...

Hahaha

kakLuna said...

a'ah..sayu jugak la..teringat masa dulu2 tv rosak 2 tahun..nak nengok 'tayangan gambar melayu' tpaksa la menumpang kat umah jiran..

tekaria tu hos dia ahmad tarmimi saregar kan?ingat2 lupa la format dia camne..more jutaria tu ingat la..hehehehe

nieys said...

TV warna start siarannya pada tahun 1978, to be exact 28 Disember 1978. Aku sempat tengok pelancaran dia yg dibuat oleh Tun Hussein Onn.

huh... detailnya.. sempat gak awak nengok pelancarannya mazudi yer.. saya masa tu baru je 5 bulan 4 hari.. hehehe... :D
tapi lama gak umah saya tengok TV hitam putih sebab rumah saya pakai TV yang ada langsir cam awak cakap tu..

kingbinjai said...

"good morning angels"

"good morning kingbinjai"

ho ho ho

jones said...

:)

debikdebuk said...

Semua benda ko ingat... Masa umur setahun dulu ko ingat tak?

ad3ck said...

ku lahir2 da tv warna..so takder ar kumpul ramai2 cam kat umah Jeman tuh ehehe..klu Jeman wat bisnes maser tuh untung gak eh..

Lan Rambai said...

hebat-hebat.... kalaulah sekarang ni TV stat kul 5 petang.... pasti takder masalah aku nak suruh anak aku masuk tadika tahun depan!

Am said...

baru Am tahu ada perlancaran TV warna ni, Am ingat dulu memang dah ada sejak azali hehehe

wah macam buat kajian terpenrinci sebelum tulis entry ya mazudi hehehe, terima kasih atas infor tu ya

MaNiQ KaYaNgaN said...

walaupon masa aku lahir tv dah berkaler tapi aku tetap tak tgk tv.. sekali sekala menumpang rumah jiran.. paling suka bintang RTM macam incik mazudi cakap... tapi bintang RTM sekarang tak syok.. tak macam dulu.. Serupa juga dulu ada hiburan minggu ini.. sekarang dah Zoom In.. tapi aku perasan sesuatu yang aneh.. kat tv3 sekarang takde rancangan yg menarik..

Sikenit Comel-AminBakish said...

detailnye.... kuat ingatan en. mazudi nih..cayalah.. :D

weAr said...

kenangan aper pula yg akan dibawa syafique n faiz dizaman mazudi bergelar datuk..(ishk.ejaan skrng pening.datuk(berpangkt)=datuk(berumur)..)

Mazudi said...

BP,
Haha.. aku ingat tu buku BUJAL,
BAMBINO, SALINA.

kakluna,
Yer. More Jutaria pun aku hantar poskad jugak.

nieys,
muda nyer awak.

kingbinjai,
Don't make me angry,
you don't like when i'm angry.

jones,
:-)
Jones mana ni eek.

debikdebuk,
Bahyer oo kalau boleh ingat sampai kita umur setahun.

ad3ck,
Takder pulak dia meniaga. Tu la, kalau jual tikam tikam tu pun boleh kaya oo.

lan rambai,
Aku rasa sebab aku tak pernah ponteng sekolah time tu pun sbb tv start pukul 5.

am,
Sama sama. Semua mender mesti ada tarikh start dia.

zac,
Ooo.. awak ni kira salah sorang anak dara yg suka tengok bintang RTM tu la eek.

sikenit,
cayalaa...

wear,
Mungkin game racing yg dorang main sekarang ni kot. Pastu time tu dia akan cakap game racing tu dah klasik dah.

cuaca said...

Aku tak kisah sangat pasal TV tuh..yg aku sentap aku dah berapa kali ke Sabah tapi tak pernah nak amik picture view macam ko! *nangis*

LediAgli said...

hahak... i don hv eni idea wat yu toking round ebot.. kekeke.. time tu aku lom dilahirkan.. jangan marahhhh

zino said...

salam kenal..

teringat zaman memula TV di perkenalkan dulu.. menumpang tengok rumah jiran.. dah jadi macam panggung wayang.. ramai org kampong yg datang tengok.. dia caj 20 sen hehe

kasutVINCCI said...

tv kaler mak kv tu sampai kv nak habis skolah menengah baru rosak. Gi hantar kedai siam dgn siam2 tu hilang. Sediah woo. Nostalgia tu.

me! said...

bilo nok sambung cerito lamo plok ni?
sedap plok baca kisah geng geng otai peradong ni..kui kui..

nanti cerita kisah tangkap ular selepad balik jumaat plok deh!
permintaan ni...