November 2, 2006

Jujur

Gambar Hiasan. Ini bukan student dalam entry ini.

Kelas pertama dihari pertama kerja lepas cuti raya.

Student:
Incik, saya belum lagi buat surat untuk incik.

Aku:
Surat apa pulak?

Student:
Saya dah dua kali berturut turut tak masuk kelas time bulan puasa baru ni incik.

Aku:
Kenapa?

Student:
Saya kalau kelas petang takleh attend sebab takleh nak elak dari tidur la incik. Memang rutin hidup saya kalau petang mesti tidur.

Aku:
Tak payah la buat surat. Awak buat surat ker tak buat ker, sama jer. Malah kalau awak buat surat, lagi sakit hati rasanya.

Student:
Ooo. Takper la incik. Selamat hari raya. Maaf Zahir batin.

... dan kami pun bersalam salaman.

Dalam hati aku, "Adakah aku secara jujurnya boleh memaafkan student ni?"

8 comments:

hayad said...

maafkan je lah..kasi can di bln syawal :p

Lan Rambai said...

tidur itu penting utk kesihatan.. maka.. ko ampunkan jelah.... budak tu pun jujur apa... ngaku tidur dan belum buat surat haha

Aku Bukan Bidadari said...

isk pemalas betul

nieys said...

Sesangat le jujurnya.. muahahaha... kelako tul.. :D

ad3ck said...

ko tgk avatar lanrambai tuh..kan tgh tido..haha!

utk kebaikan, bagi hukuman/denda yg sesuai..bukan per, takut nnt menjadijadi plak kes budak tuh tak masuk klas..

Mazudi said...

hayad,
Zahirnya aku dah ampunkan dia.

Rambai,
Ko memang sokong kalau org yg suka tido tido ni eek? Avatarpun dah tido. Hihi.

Tiara,
Ko jangan tiru perangai cenggini eek.

nieys,
Jujur biar bertempat. kalau tak boleh buat org sakit hati.

ad3ck,
hahaha .. gelakkan lanrambai.
Takperla. tak payah aku nak denda denda. Marah dalam hati jer.

kingbinjai said...

ha ha lurus bendul ke apa budak tu? kau maafkan lah dia kot kot dapat saham di akhirat esok

LediAgli said...

hahak... secare jujurnya... aku nak bagitaw.. kalu lecturer cakap centu kat aku.. konpem riso markah tercalar..

kalu lecturer suh ketok ketampi lagi okey dari terlalu direct centu..

*pengalaman dari pelajar ponteng 3 bulan.. nguah nguah