November 17, 2006

Bisnes


The Regency Tanjung Tuan Resort Port Dickson

Jumpa kawan kawan lama time study yang sama sama kena attend meeting. Ada dari Utara, selatan, Pantai Barat dan Pantai Timur.

Exhibit A

Incik Selatan:
Dah berapa anak?

Aku:
Tiga. Dalam puasa baru ni dapat lagi sorang.

Incik Selatan:
Alhamdulillah. Dah ambik insuran untuk yang kecil ni?
Bagus kalau ambik awal awal ni, tak banyak sangat kena bayar monthly.
Kalau nak aku ada jual polisi untuk education anak anak.

Aku:
Nanti la. Tunggu gaji dulu. Kalau ok, aku call kau.


Exhibit B

Incik Utara:
Pakai kereta apa kat sana?

Aku:
Gen2 jer. Naper.

Incik Utara:
Berapa minyak sebulan ko spend untuk minyak?

Aku:
Tah ler takder aku kira pulak. Tengok la berapa banyak aku jalan.

Incik Utara:
Ko pernah dengar tak ada satu pil ni yang boleh jimat minyak. Aku pakai ni dari Utara sampai PD ni, baru RM60. Save minyak ni.
Aku bagi ko satu sampel ni, balik try la. Kalau ko rasa ok, kontek la aku.
Aku tengah cari ejen sekarang ni, ko boleh run mender ni kat KK ni, takder orang lagi kat sana.

Aku:
Nanti la. Tunggu gaji dulu. Kalau ok, aku call kau.

Exhibit C

Incik Timur,
Ko pegang jawatan apa kat KK?

Aku:
Pensyarah biasa jer. Kenapa?

Incik Timur:
Ko ambik la jaga makmal ker satu. Nanti kalau nak service apa apa boleh kontek aku. Aku buat servis ngan maintenance mesin ni. Nanti kalau ko ada job kat sana ko kontek la aku. Ada la percent untuk ko nanti.
Aku cadangkan ko suh bini ko tu gi daftar kompeni kat sana, pastu boleh la ko jadi agen aku kat sana. Sama sama cari makan la.

Aku:
Nanti la. Tunggu gaji dulu. Kalau ok, aku call kau.

**************
Aku balik KK dengan bawa bersama form untuk ambik ujian jadi ejen insuran, sampel pil jimat petrol dan bisnes card company service dan maintenance mesin.

Nampaknya semua orang dah berbisnes. Aku jer yang sentiasa tunggu gaji.

20 comments:

Alex Lacey said...

ni pergi kursus ke buat aper ni? kuase ek memasing...bila dah gaji nanti nak cakap apa plak? hehhehehe...

debikdebuk said...

Aku suka nak cari duit lebih sebab aku pecaya 9/10 rezki tu memang dari bisnes. Tapi aku tak pandai bab bisnes ni... Ko try dulu. Nanti la. Tunggu gaji dulu. Kalau ok, aku call ko.

razlizahazleen said...

enche mazudi..kalau pil tu berkesan,jgn lupa promote kat saya yer..pastu saya blehla promote kat abah saya.abah saya takde tunggu gaji, mesti dia kena beli..mmuahahah

weAr said...

bisness?mulut keno manis..

cuaca said...

kena cari sket beb duit sampaingan supaya ketika sesak kita ada tempat juga nk ngadu....Hujung Januari aku ke Tawau lagi sajer balik untuk 5 hari.

kakLuna said...

encik mazudi nak merasa daging ros negeri Perak tak,saya ada amik tempahan,nak cari ejen nih..kot2 la leh export ke sabah bah..

hehehe...

lawak je.tak bisnes pon.

nagacute said...

biasa la tu incik mazudi.. jarang org skrg nk harapkan gaji semata2.. at least ada la side income... selain suka2 leh gak tambah sket poket money, rite? tp utk life cm kita kt borneo ni, kalo ada side income lg mayuk beb! hehehe

saya ada jual prepaid online? nak try? hahaha

kingbinjai said...

ooo ooo aku pun tunggu gaji juja sob sob sob

hayad said...

bisnes yg en mazudi designkan websitenyer tu amacam?

mcm best je pil jimat petrol tu

blackpurple said...

Zudi, kau ada rasa lemah-lemah badan tak balik kerja....kalau ada contact aku ekk..aku ada ubat kuat nak offer kat kau...

hahaha..

Rontol said...

Salam!

huhu lame xmsk blog ni...sorryla agak sibuk (-;

design br ehhh

Mazudi said...

kak wan,
Bila dah gaji nanti, cakap tunggu la nak setel bil dulu.

debik,
nanti la aku try dulu, pastu ko masuk bawah aku eek. hihi.

lizaleen,
Ok. nanti kita sesama la buat duit eek.

wear,
hmm.. patutla org bisnes ramai kena kencing manis.

cuaca,
kalau singgah KK nanti call aku eek.

kakluna,
Daging ros tu apa.
Nampaknya saya kena buka supermarket ni, semua suh jadi ejen.

nagacute,
Nampak nya aku kena try la ni. Nak juga merasa yg masyuk tu.

kingbinjai,
Apa apa pun, kena tunggu gaji dulu.

hayad,
Yang tu tuan dia dah ambik.
Pil tu nanti saya try dulu, kalau ok, nanti kasik tau awak.

bp,
aku dengar ubat kuat kalau dari Muor memang berkesan, tambah tambah kalau jawa nyer buatan. Nanti la, kalau ok nanti aku call ko.

rontol,
memang ko selalu tenggelam timbul. Aku memang selalu masuk kakiblog.

kasutVINCCI said...

napa ek? Kv ngan hubby kalo jumpa kawan2 lama (masing2 la) mesti ada citer pasal bisnes. Yg tak tahannya org lelaki boleh jual pakaian dlm wanita. Hohoho..
Kv jer la yg makan gaji sajor. Hehehe

MaNiQ KaYaNgaN said...

wakakaka.. aku nih ada penyakit tak banyak cakap biler org pelawa.. biler meka cakap.. "ko try lah.. nanti ko tau hasilnya.. " aku akan cakap.. "ok,aku ambik.." hohoho.. pastu baru la aku nyesal kalo semuanya dusta semata-mata.. hehehehe..

ad3ck said...

arr, kan ader hikmahnye boss suruh g PD. dapat jumpe kawan lame..:)

Am said...

wah banyak business menunggu mazudi tu, nampaknya kalau Am nak apa2 nanti boleh cari mazudi sahajalah ya hehehe

zwitterion said...

salam..hehe.bila lagi nak berbisnes ni?

night queen said...

bisnes .. bisnes... janji untung dah ler.. klu rugi.. errrrkk..

Lan Rambai said...

pil jimat minyak tu kalau kita yg makan.. jadi pil kuat tak? haha

kalau jadi.. senang nak jual tu haha

Mazudi said...

bzKV,
Mungkin sebab ramai orang dah tak cukup lagi makan gaji.

zac,
ko ambik satu pil jimat minyak ni zac, aku try macam ok jer ni.

ad3ck,
Yer la. Hikmah ni.

am,
Ha'aa la. Banyak dah org ajak jadi ejen ni. Nak tunggu gaji jer ni.

zwitterion,
Tunggu gaji.

night queen,
aku rasa aku dah banyak yg rugi dah.

lan rambai,
takder aku try makan pulak. Ko ambik la satu sampel, pastu try, kalau ok kasi tau aku.