November 24, 2006

Hilang


Lokasi : Giant.

Ayah tanya ibu, ibu tanya ayah : "Mana Syafique?"
Ibu jawab : "Bukan ngan ayah ker?"
Ayah jawab : "Bukan ngan ibu ker?"

Ibu nampak pucat, ayah nak marah ibu.
Ibu tinggal adik ngan Faeiz sama ayah, gi cari Syafique. Ayah tengok ibu. Melilau ibu cari Syafique, last last ibu jumpa Syafique kat kaunter. Ada orang kat kaunter tu yang jaga Syafique.
Ibu pimpin tangan Syafique yang berair mata dia dan mulut yang bebek.

Syafique nampak ayah, terus peluk ayah. Ayah peluk dan pujuk Syafique.

Lokasi : Dalam kereta.

Ayah:
Syafique pergi mana sampai hilang?

Syafique:
Syafique gi tengok tempat mainan mainan.

Ayah:
Pastu?

Syafique:
Syafique jumpa kawan. Syafique tanya kawan. Mana ayah. Mana Ibu. Mana Angah. Mana adik Daniel. Kawan tak mau cakap. Cewek polis angkat Syafique, dia cakap, jangan nangis nanti bising.
Cewek polis angkat Syafique letak atas kerusi.

Ayah:
Haha. Tu la sapa suruh pandai pandai jalan sendiri tak nak ikut ayah ngan ibu.

Ibu:
Hampir hampir dorang nak wat announcement dah tadi. Bila ibu sampai tu, staff kat situ dah angkat tangan ngan orang kat dalam bilik tu cakap, tak payah, dah datang dah ibu dia.

Moral : Ibu jangan konfiden Syafique ada ngan ayah, Ayah jangan konfiden Syafique ada ngan ibu bila gi shopping dan bila ayah ngan ibu berpecah.

18 comments:

cuaca said...

hehe..hehe...nasib ba...cewek polis tu yg angkat, kalau lah pela'u yg angkat pasti ke seberang...hope korang next time extra careful...

Aku pernah naik Gen2 ko kan Mazudi...

Titicaca said...

masa kecik dulu memang paling takot kalau ilang kat pasaraya..rasa cam besar giler pasaraya tu...tapi pasal hilang ni, Debik lagi arif sbb dia pernah hilang kat stadium..satu stadium tgk dia nangis..wakakaka..

MaNiQ KaYaNgaN said...

hohoho.. nasib ada cewek polis kalo tak.. mana2 ntak dia pergi. Tapi budak sekarang berani erkk.. kalo shopping.. mak abah ke lain.. meka ke lain.. kalo kita dulu2.. ngekor jer mana mak abah pergi..

Amboii.. posing.. dasyattttttttttt hohohoho.. cian ibu tak tersenarai dalam gambor.. ekekke!!

hayad said...

dlu anak sedara saya ilang gak ms shoping dgn mak ayah adik2 dia, cari2 satu pasaraya xde...dah nk lapor polis dah..sekali blk umah tgk dia ada tunggu dpn pagor.

Bila tye, dia kata " fitri cari2 mak abah xde, fitri balik la umah jln kaki"

Sabo je la

nieys said...

nasib baik le dapat jumpa balik..

weAr said...

ayah ibu kena gantung handset kt tengkuk syafique..

13may said...

peh...mesti haru punya....

kingbinjai said...

uh uh kecut perut dibuatnya kan?

ad3ck said...

ilang kat shopping kompleks takper lagi..sbb ade announcement..

klu kat taman permainan ker?

per pon tingkatkan level berhati-hati lain kali..

blackpurple said...

Akan datang kena pakaikan alat immobilizer kat anak-anak kalau jenjalan kat tempat orang ramai atau tempat2 sesak.....kalau hilang senang nak trace..hehehe

Sikenit Comel-AminBakish said...

kenapa ibu nampak pucat pastu ayah nak marah ibu,.. apa kata kalau ayah nampak pucat, ibu yang nak marah ayah... sebab ibu nak gi shopping, ayah la kena jaga anak.. hehe :D pepun syukur, syafiq selamat...

maaf ye en. mazudi, peace!! :D

debikdebuk said...

ko kijam titicaca... bocorkan rahsia aku... malu giler... masa tu aku kecik comel2 gitu lagi laaaa....

kasutVINCCI said...

wei....mau luruh jantung bila anak hilang. Kalau sorang boleh la pimpin tgn (tp kalau dah besar depa tak mau kan?), kalau ramai mmg mata kena cekap dan pantas. Alhamdulillah syafiq selamat.

mazudi said...

cuaca,
Next time kena ikat syafique kat pinggang.
Hihi, penah naik. Sama ngan ko punya la jugak.

titicaca,
Waa.. ada pengalaman eek.

zac,
kalu ibu tersenarai jugak, sapa yg nak tekan kamera tu.

hayad,
Lagi la suspen kalau sampai habis tak jumpa cari. Sib baik balik rumah dulu, tidak ke balai polis dulu.

nieys,
Yer. Tapi berdebar dia tuhan jer la yg tau.

wear,
Akan dipertimbangkan ler. Bagus jugak tu.

13may,
Haru beb! Haru.

KingBinjai,
Mau nya tak. Sib baik kejap jer cari terus jumpa. Cuba kalau setengah jam mencarik. Lagi haru.

ad3ck,
Tu la, pasni kena tambah sistem keselamatan lagi.

bp,
Aku tengah consider gadget yg ada gps tu ni. hihi.

sikenit,
Tapi kat rumah, ayah kena marah jugak kat ibu.

debik,
Ilek aar, time kecik kecik ko cam hero tau kalau wat hal yg cenggini.

kv,
tu pun mata memang tak lepas dari perati kat dia. Ilang jugak.

zino said...

kisah yg sama pernah berlaku kat kami satu masa dulu hehe.. mengelilau gak le mencari hehe

lan said...

lepas ni mesti si syafique tu tak berani dah nak melilau sorang2 tak tentu pasal

lanrambai said...

komen lan tu aku.. lanrambai

LediAgli said...

cewekk pulisss ? fuhhh bess..