Era Rock
Pertengahan 80an adalah era Rock. Time ni aku dah remaja dan dah pandai mengikuti perkembangan muzik tanah air. Semua orang kat sekolah nak jadi Rock. Kalau nak jadi Rock, dressing pun semua kena Rock. Kalau nak tahu camana dressing budak budak Rock korang tengok la cerita ROCK Mamat Khalid tu.
Tak banyak kat TV time tu yang expose pasal Rock ni. Masa tu Tok Mat jadi menteri penerangan. Sikit sikit banned, sikit sikit gam. Rockers yang keluar kat TV biasanya akan di ikat rambut dorang pastu letak klip supaya nampak pendek. Kalau ada yang keluar TV pun kat Muzik Muzik TV3 tu. Apa apa pun lagu Rock mesti menang dalam Muzik Muzik.
Sebelum nak timbul Rock ni, lagu lagu new wave banyak mempengaruhi. Time ni, video clip muzik mana ada banyak banyak macam sekarang. Kalau nak ada pun time raya, merdeka atau tahun baru. Salah satu rancangan yang tunjukkan video clips mat saleh kat TV, itu pun hujung tahun, adalah Flashback 85, atau kalau tahun 1986, Flashback86. Time ni la kalau nak tengok Michael Jackson, Culture Club, Lionel Richie, The Police, WHAM dan macam macam lagi.
Selain dari hiburan berbentuk muzik, sitcom sitcom komedi mula untuk mengambil tempat kat TV pada masa ni. RTM ada satu sitcom yang cukup diminati pada masa tu iaitu Santan Berlada. Ramai pelakon sitcom ni jadi popular. Salah sorang dia Os. Sitcom Pi Mai Mai TangTu yang cukup lama bertahan tu juga bermula kat RTM. Awal awal dulu dia muncul dengan tajuk Shhh... , pastu tukar tajuk jadi Flat Sri Wangi ker, last sekali tu baru jadi Pi Mai Pi Mai tang tu, yang ni baru TV3 yang siar.
Cukup la kot pasal citer citer lama ni. Last sekali, nak test kalau kalau korang dah hidup dan ingat ngan citer citer ni.
The A-Team, Airwolf, Cagney and Lacey, Fall Guys, CHIPs, Lone Ranger, Lucan, Manimal, Falcon Crest, The Greatest American Hero, McGyver, Magnum P.I.
Kalau korang masih ingat, sedarla yang series tu dah jadi klasik, dan korang pun semakin klasik la gamaknya. Hahah.
Mender ni sebenarnya salah satu cara untuk ukur usia jugak ni. Aku suka dengar Sinar.fm kerana lagu dia nostalgia. Student aku suka x-fresh sebab dia orang ingat Sinar.fm tu lagu klasik.
7 comments:
kebanyakkan cerita itu menjadi kegematan Am dulu-dulu tu mazudi terutama manimal tu, pernah berangan nak jadi macam tu hehehe
suke tengok video tu sebab tu gambar kat Taiping.. hehe :D
Sinar.fm best pe... nostalgia.. hehe :D
haha.santan berlada..ada ghani martopo ...tiap2 ari dpt order dr org umah atas (flet) dlm bakul...biasanya pantun kan?
2 x aku tengok citer ni..gelak sakan..
rock 80an...hish..
ghasa dah tua pulak...
i enjoyed my rocking days....
now dah insaf..hihihi...
cerita tv dalam list ko tu tayang zaman bila tu? tak tahu pun aku.... kalau little house on the prarie dengan the sullivan aku tahu lah hahahaha
am,
Manimal tu, aku tengok sikit sikit jer la.
sikenit,
Oo. Yer ker. Baru aku tau dia buat kat Taiping. Kat Kg. Jana ker?
me!,
Shhh....
kakluna,
Haha.. cuba kalau dia ulang balik citer Santan Berlada tu, sure boring nyer nampak dalam zaman sekarang nih.
tehbunga,
Aku ngan anak aku tengok sampai rosak CD dah.
junita,
Alhamdulillah.
lan rambai,
Uitss.. litle house on the praire tu zaman aku darjah dua lagi tu. Yang dalam list tu kira dah 80an nyer dah. Ko tak tengok TV eek.
Post a Comment