November 28, 2006

Retro 1



Satu hari ibu tanya aku, " Kenapa ayah suka dengar Sinar.fm pulak sekarang ni"

1970an - 1980an

Dulu time aku kecik, TV takder lagi kat rumah, karan pun takder lagi, setiap malam Jumaat ayah akan dukung aku dan mak dukung adik aku, Zura, ke rumah Paksu Ya'akub untuk tengok tayangan gambar melayu. Ayah akan membawa pelita minyak tanah yang ditutup dengan daun pisang pada satu bahagian nya supaya tak ditiup angin. Cerita P.Ramlee dan Mat Sentul adalah kesukaan aku.

Rumah kami adalah rumah kedua dikampung kami yang ada TV. Itupun tv hitam putih 20 inci yang ada pintu. Bila nak tengok TV, buka pintu, onn kan tv pastu gi ambik nasi kat dapur, keluar balik pun gambar masih lagi belum keluar. Dekat 5 minit ada kot baru keluar gambar. Jiran jiran akan bertandang untuk tengok tv selepas isyak. Kalau nak makan nasi kena awal awal.

Siaran TV akan start pada jam 5.00 petang pada hari hari yang biasa. Pada hari Ahad jam 3.00 petang. Masa ni yang ada cuma RTM1 ngan RTM2 jer. Ayah ngan mak suka menonton slot Drama Minggu Ini. Anjang Aki, Tok Perak dan drama drama lakonan Ahmad Tarmimi Serigar, Rahim Razali, Dian P.Ramlee, Azean Erdawati adalah yang selalu ditunggu tunggu.

Selain drama melayu, salah satu citer yang mak aku suka dan aku selalu tengok ialah Litle House on the Praire. Tah kenapa mak aku suka citer ni. Mungkin sebab ini family nyer citer dan dia ada anak ramai kot. Tapi Donny and Marie pun mak selalu tengok jugak.

Drama drama bersiri melayu mula muncul diawal 1980an. Ini seperti Opah dan PJ tu yang cuba untuk tiru soap opera Dallas. Mak tak kasi tengok citer Dallas sebab perempuan dia seksi. Cerita Fantasy Island pun jarang jarang jer boleh tengok. Lagipun citer citer cenggini start dah jam 10 malam, selepas slot PERISTIWA atau Laporan Parlimen. Boring. Pakcik aku yang masih bujang time tu selalu jugak datang rumah aku tengah tengah malam untuk tengok Starsky and Hutch. Aku tak pernah tengok sebab dia main tengah malam.

Aku masih budak budak. Mana paham tengok drama yang berat berat cenggitu. Cerita Combat, Charlie's Angel dan Lone Rangers adalah cerita cerita yang selalu dibualkan di sekolah. Cerita katun pun banyak yang memboringkan sebab semua cakap omputih dan mana ada subtitle. Asyik asyik Flinstone atau Hanna Barbara punya katun yang keras keras jer semua tu. Katun pertama yang cakap melayu seingat aku ialah Tempen Asoka, cerita jepun yang robot ada driver pastu boleh tukar tukar bentuk cam transformer tu. Kalau hari Rabu yang ada citer ni, balik ngaji Quraan kena awal, takut termiss pastu esok orang citer kat sekolah kita takleh join. Ada juga sesekali RTM tu tunjuk Wonderful World Of Disney, time ni katun Mickey Mouse ngan geng geng dia tu kira best sangat la tu. Gelak sampai keluar air mata.

Selain tu ada juga slot slot yang lain. Kalau macam malam jumaat, memang takleh nak buat apa sebab Atuk ngan nenek akan datang rumah untuk tengok Sinar Islam. Ada satu slot masak masak KESUMA yang main sebelah petang tu, time ni pun takleh kacau sebab mak akan tunggu depan TV. Ada satu slot yang dorang takleh kacau aku adalah bila CUMI dan CIKI main. Yang ni aku punya. Teringat kat Wazata Zain ngan Kak Yong.

bersambung....

13 comments:

Faridt said...

wah, baca post u ni mengingatkan i pada zaman tu. respectlah u masih boleh ingat title2 program tu.

Antara program lain yg i masih ingat masa zaman 80an tu, cite program2 jepun pada waktu mlm yg popular spt mcm oshin dll (i dah tak ingat lagi). y family akan berkumpul utk menonton cite jepun tu.

kasutVINCCI said...

rumah kv pulak, rumah pertama yg ada tv kaler kat kampung kv tu. Penuh ngan pengunjung ni. Tp kv dah tak ingat lah cerita2 masa tu. Awat byk sgt lupa eh? Byk mkn kepala ikan kut.

kakLuna said...

en.mazudi tak tgk citer alih sora ka..mcm Ixora, Marina, Angelito dsb..

CUMI dan CIKI? a'ah teringat kak yong..hmm,zaman saya ada satu program yg 'upgrade' sket..iaitu Kelab Colgate.. :D

Anonymous said...

muahahah.. minggu ni cam minggu nostalgia je kan.. :)baru je wat entri pasal lagu2 lama..

Titicaca said...

aisey...n3 ni betul2 mengingatkan saya masa saya kecik2 dulu..rancangan paling boring saya maa tu ialah..ASLIRAMA.. wakakakaka..

masa besar sikit suker katun Voltron-defender of the universe..

debikdebuk said...

aku sempat dengan citer voltron tu. Dan Thundercats... N3 ko memang best.

Aku Bukan Bidadari said...

alah dh tulis pepanjang..dia ilang lak..cikgu..sumer ni nostalgia.
suka citer moero attach,she ra, iklan dengdang, iklan tora, mamee, selalu jd translator utk tok saya citer DALLAS n Dynasty..huhuh NOSTALGIA tuhh!!!

ZaKiN said...

hohoho.. aku paling suka citer jepun.. budak pompuan main bola tampar boleh pusing2.. mei cun namanya kalo tak silap.. hohoho.. me! mesti tau citer tue bab aku seumur ngan dia..

aku sampai sanggup ponteng kelas tambahan gara2 giler citer tue.. sekarang dah takde.. boringnya citer kat tv sekarang nih...

tue belom lagi tang citer kartun.. rasanya dulu punya kartun lain macam bebenor.. tahap tak ganjak dari depan tv.. hohoho..

LediAgli said...

ermm teringat umah aku, umah pertama yang ada tv, satu kampung datang bertandang tiap2 malam. eh tipu la satu kampung, anak2 kampung penoh bertandang. semua pakat tengok tv, pakat sembang2, jadik port lepak. hingar bingar umah aku. tensen tol. nak studi pon tak leh.

tapi..time tu aku takde lagi, doploh tawun lepas tu kot baru aku ada, ke lebeh doploh tawun, aku pon tak pasti.. sebab semua tu abah cerita and abang2 aku angukkan. hahahaha..

time aku ada, semua rumah ada tv laa.. hehe

Anonymous said...

saya tak sempat nonton cerita2 tu suma...tapi rumah nenek saya ada tv yang buka pintu tu..

saya pun suka gak sinar.fm. telinga saya senak dengar lagu yg pelik2 sekarang... :D

kingbinjai said...

jeng jeng jeng

risanur said...

tahniah mazudi coz masih mengingati semua rancangan tv dr zaman 70an hingga 80an..kalu risa ingat pun ceta opah dan oshin..ceta2 lain dah byk lupa dah..sambung la lagik N3 pasal rancangan tv ni utk mengimbau kenangan...

tumismenumis said...

faridt,
Ha'aa Oshin. Tapi aku tak layan sangat dah citer tu.

KV,
Tapi, kalau semua mender kita boleh ingatpun, susah jugak tau.

kakluna,
hahah.. kelab colgate. Yang ni biasa main time cuti sekolah kan?

nieys,
Hihi.. yre ker.

titicaca,
Aslirama? Kenapa awak boleh ingat program tu sedangkan saya tak tau langsung yg ianya ada.

debik,
Itu dah peringkat maju dah sket tu.

tiara,
Tok awak suka DALLAS ngan DYNASTY?
Dia kasik awak tengok?

zac,
Huh.. dasat tahap minat ko nih.

lediagli,
Mesti time tu mak ngan ayah awak makan nasik awal awal awal takut nanti orang datang rumah, tak sempat makan nasik pulak.

sikenit,
Ko tak lahir lagi masa tu eek. Mudanya awak.

KingBinjai,
huhu

risanur,
...bersambung...