November 3, 2006

Hyperaktif


Salah satu sifat kanak kanak hyperaktif yang pernah aku baca ialah, anak akan cepat boring dengan sesuatu benda yang dia buat dan lihat. Cenderung untuk tidak duduk diam serta suka teroka benda baru.

Syafique dengan Faeiz biasanya bangun tidur lebih awal dari ayah dia. Aktiviti pertama yang dia buat ialah buka TV channel cartoon.

Pada hari hari yang biasa sebelum ni, bahasa yang biasa yang digunakan oleh channell katun ni adalah Bahasa Inggeris, tapi pagi tadi aku terkejut bila lihat Tom and Jerry bercakap dalam bahasa cina dekat cartoon network. Dan Syafique ngan Faeiz masih jugak tergelak gelak dengan lawak katun tu.

Aku:
Ibu kenapa katun ni boleh cakap cina pulak ni?

Ibu:
Syafique gi tukar audio dia la tu. Habis semua channel katun dia tukar bahse yang pelik pelik.

Aku:
Apa dia cakap tu Syafique?

Syafique:
Chi Chin Tai Yai.

Aku:
Apa tu?

Ibu:
Chi Chin Tai Yai tu bahse cina. Dah boring la tu dengar katun cakap bahse inggeris. Memandai tukar bahse cina.

Aku:
Ooo... baru ayah tau Cartoon Network pun ada bahse cina eek.

... dan Syafique ngan Faeiz terus gelak tertawakan lawak Tom and Jerry.

Hyperaktif kah mereka?

18 comments:

Anonymous said...

Dah lama tak menjenguk, cuti punya penangan....
Bebudak dlm cerita ni belum dlm kategori hyperaktif...sbb they all buleh concentrate tengok citer lama2....hyperaktif bila buleh stay tengok paling lama pun dlm 5 minit kot....:D

Ayu Mohamad said...

hahaha apalah ayah ni tu pon tak tau kaaa hahahahaha

Lan Rambai said...

anak ko lebih advan dari anak2 aku sebab dorang tak penah pulak tukau bahsa dia tu haha... lagipun kartun yg ada cuma chanel 64.. tu pun sebab tgh free ni haha. Naik muak pulak aku tgk katun yg sama je dok ulang2

kingbinjai said...

mungkin

weAr said...

org dewasa pn bleh jadi..

me3n said...

erm, selain istilah hyperaktif, ku rase dorang neh kreatif..

btw, aku pon baru tau Cartoon Network ade multi bahasa..hehe..

Anonymous said...

ni bukan hyperaktif tapi advance..
lagi advance dari bapak sendiri..
muahahaha.. :D

LediAgli said...

wah..bes lansong..kalu kita tengok muvi kantonis tak de subtitle rasanya2 part lawak leh gelak tak.. hahak..

ep..cartoon channel estro ni pemangkin kepada kanak2 lambat bercakap.. tetambah kalu tuka2 language.. huiiii bahyer seot.. mwakakkaka

tumismenumis said...

kak wan,
Welcome back.
Kalaulah anak anak saya ni boleh duduk bila tengok TV. Sambil tengok TV, sambil berlari, sambil gelak.

ayu,
Terasa naif nyer aku.

LanRambai,
Channell 64 tu pun tadi aku dengar dah cakap bahse indon dah cerita Segah tu.

King,
Ko jawab soklan ker ni.

me!
welcome back.

wear,
Ada jugak ker.

ad3ck,
Sib baik ko baca n3 ni, kalau tak, takleh la ko dengar tom & jerry cakap cina.

nieys,
Ini baru umur lima tahun, lagi besar nanti, tah apa apa yg diadvancekan dari ayah dia ni.

tumismenumis said...

LediAgli,
Mungkin sebab tu la anak aku ni reka perkataan sendiri ni. Tahapahapa ayat tah.

Anonymous said...

ni bukan hyperaktif tapi terlebih bijak. Baguslah..moga sampai besar bijak pandai dan menjadi anak yg berguna. Tapi, budak2 yg bijak ni kalau tak di bimbing dgn betul, terlebih bijak takut mudah terpesong ke benda yg bukan2 jugak kan.

kakLuna said...

salam mazudi...

anak2 tgk cartoon mmg kreatif..lps abis2 citer, cuba suh dorang citer balik..mcm2 versi dorang leh reka..heheheh

Unknown said...

alamak..cikgu mazudi, anonymous tu yus...lupa lak letak nama..hihi

tumismenumis said...

Yus,
Insya Allah. Harap harap macam tu dan tak tersilap ajar nanti.

kak luna,
Tak pernah try pulak. Pasni boleh try ni.

debikdebuk said...

hebat la anak ko. Aku tak penah terpikir pun nak alih suara katun tu. So, lepas ni aku akan try alih suara untuk semua channel. Mana la tau... channel 80,81,82 tu pengulas sukan tu boleh tukar cakap ke bahasa melayu pulak...

tumismenumis said...

debik,
Boleh ker. Tapi worth to try la kan.
Kalau takleh jangan ko nak marah anak aku pulak. :)

Bunga Rampai said...

Opps, ingatkan salah rumah...

Salam,

Anda juga hyperaktif mengecat rumah...warna di raja pula tu :)

Hyperaktif lazimnya satu ciri menunjukkan kanak-kanak itu pintar, tapi kepintaran itu harus dibimbing dari kecil.

Tahniah anda dah jawab 'tag' BP :)

Unknown said...

Hi!

Bebudak ni bukan hyperactive.. diorang ni cuma kategori bijak jer..

hyperactive tuh bukan sekadar tak boleh duduk diam/ takde konsentrasi..

budak hyperactive jugak selalunya akan mengganggu budak-budak lain..

kalau nak tau budak tuh hyperactive atau tak.. cube suh dok diam 3 minit.. diam bebetul punye diam.. kalau dia duduk diam, tapi tangan atau jarinya bergerak-gerak atau dia mainkan lidahnya, bibirnya, tuh baru masuk kategori hyperactive..