November 12, 2006

Approach

FaeizFaeiz

Berikut adalah aksi aksi Syafique dan Faeiz bila adiknya, Daniel, menangis.

Syafique:

  1. Gosok pipi Daniel dengan jari telunjuk, kekadang terkasar pun ada.

  2. Menyanyi kuat kuat dekat telinga Daniel dengan lagu yang dia sorang jer paham.

  3. Tengok muka Daniel dekat dekat sampai kadang kadang rambut pun boleh terkena mata.

  4. Cium pipi Daniel.


Faeiz:

  1. Tengok adik dia pastu tanya, "Kenapa Daniel?"

  2. Cari susu Daniel dan kasi Daniel hisap susu walaupun kekadang ibu dia marah sebab agak kasar sikit.

  3. Cari selimut untuk tutup badan atau kepala Daniel.

  4. Bagitau ayah ngan ibu dia Daniel menangis.

  5. Cium pipi Daniel.

Antara kedua dua abang nya ni, Syafique kelihatannya lebih banyak masa bersama dengan Daniel berbanding Faeiz. Yang pasti dua dua pun sayang Daniel, cuma cara yang ditunjukkan tu lain pulak antara dua orang ni.

Adakah Syafique sebagai anak sulung akan lebih menunjukkan sayang kepada adiknya, manakala adiknya Faeiz cuma lakukan tanggungjawab dia dengan mengikuti apa kehendak adiknya?

*Next entry selepas balik PD on 17/11/2007. Itupun kalau ada.
Thanx untuk semua yg melawat dan tinggalkan jejak.

22 comments:

Anonymous said...

Syafiqe tu sedih je mukanya... tak cukup kasih sayang ke??? jangan dapat anak yang baru yang lama terpinggir.... haha :D (jangan marah ye..)

Anonymous said...

eh silap bukan Syafiq.. Faeiz tu.. Faeiz yang nampak sedih.. :)

debikdebuk said...

cium la pipi bapak dia sekali... asyik mak je yang cium bapak..

debikdebuk said...

hahahhahhaha....larrriiiiii....

Unknown said...

bagaimana agaknya reaksi anak2 saya bila adik dia lahir nanti...adakah mcm syafiq dan faeiz tu....

sedang menanti dlm debar...huhu

kingbinjai said...

budak2 memang gitu, belum pandai menunjuk kasih sayangnya dengan betul. kekasaran tu tetap ada.

Titicaca said...

yg pentingnya dua2 ada tunjuk sayang kat adik dia...

ZaKiN said...

hohoho.. sedih jer muka faeiz.. macam tak puas hati jer..

*gelak aku baca komen DD ngan Me! pandai la korang.. muakakka

Kaklong Syikin said...

salam,

salam kenal.

Allah, comeynya anak2 ni. yg baby tu semangatnya..

biasalah dah ada adik, yg besar2 ni automatik jadi caring, tp kalau dah lama2 tu, main pun nak gaduh aje.

Aku Bukan Bidadari said...

sumer2 comey...ini relevan utk anak2 cikgu jer yer..

Kemat said...

Faiez no 2 kan..dia pasti lebih pendiam.. dia banyak wat kje dari bercakap..sayang dia pada adik memang ketara..ya..dia nak no 2

Pandang Dengar Diam said...

yang penting anak ko tiga2 cute...

VitAmiN said...

anak sulung lebih tunjuk rasa tanggungjawab, cuba selesai sendiri camner nak jaga adik..anak no 2,rujuk pada mak abah..boleh caya tak conclusion ni?

weAr said...

dorang ambik pipi gebu sper?

Azhar Ahmad said...

selamat berjalan...

tumismenumis said...

sikenit,
Yer ker sedeh. Macam muka orang tak puas hati jer.

debik,
lama dah tak wat cenggitu ngan mak. Cuti la beb 100 hari.

yus,
Suspen eek. Seronok jugak tau tengok reaksi anak bila dapat adik baru.

Binjai,
Setuju.

titicaca,
nampak juga kat dua orang tu.

me!,
Pernah apa time ko kecik kecik dulu.

zac,
Yer la. Cam tak puas hati jer kan.

Syikin,
Thanx melawat.
Tu la pasal. Yg abang dua orng tu pun memang tak sah kalau tak gaduh setiap setengah jam sekali.

tiara,
Tak pun relevan.

kemat,
Yer dia anak no 2

cuaca,
hihi. Cute ker.

lizaleen,
Caya. caya.

wear,
tah. sendiri sendiri jadik kot.

ajehar,
Aik.. dah boleh masuk blogspot ker.
Terima kasih.

me3n said...

tuh la yang akan jadi kenangan terindah di masa depan..:)

WRA said...

anak cina sapa kat bawah tu? heheheheeh...jangan marah ek...semangat betul baby tu, comel rasa nak cubit2 pipi....
kali ni pengsan tak kat labour room? ke tak masuk pun?

blackpurple @ jowopinter said...

Aku anak sulung yang suka bagi laluan kat adik-adik.... maklum la abang mithali...hehehe

Anonymous said...

tak tahulah bagaimana pula anak Am bila ada adik nanti, dia kata akan sayang tapi tak tahulah sayang yang macam mana

Lan Rambai said...

adik-beradik.. sayang tetap sayang.. cuma cara zahirkan jer yg berbeza. sikit ari ni... ada yg akan penumbuk hehehe

tumismenumis said...

ad3ck,
Bukan nama lagu ker tu?

kak wan,
Hihi... tak masuk pung. Kena jaga anak anak kat luar jer.

bp,
Semua anak sulung cenggitu eek. Suka bagi laluan dulu, pastu semua kijer adik adik yg buat.

am,
Itu yg suspen tu. Tapi nanti awak akan ter suprise ngan cara dia org.

lan rambai,
Penumbuk dengan kasih sayang pun ada tau.