September 28, 2006

Bijaksana


"Tak payah nak pukul-pukul Syafique, Syafique nanti simpan la. Syafique nak main lagi ni."
Sambil buat muka kesian lepas kena pukul sikit kat ibu dia.

"Adik ni pun sama!" Tengking ibu kat Faeiz.
"Mana ada adik buat. Abang jer yang kasik hambur. Adik tumpang main saja"

Aku. Senyum sensorang sambil tahan sabar sebab puasa. Nak marah pun ada, nak tergelak pun ada bila dengar dia orang kasi alasan dengan lancar camtu.

Aku,

"Kenapa budak zaman sekarang suka menjawab bila orang tua marah. Siap dengan alasan yang cukup bijak untuk budak berusia 4 tahun dan 3 tahun macam Syafique ngan Faeiz. Kenapa zaman kita dulu, bila kena marah ngan mak ngan ayah, nak angkat muka pun tak berani"

Kawan,

"Sebab, tuhan menciptakan roh umat manusia ni dalam satu masa yang sama. Mereka-mereka yang dilahirkan terlebih dahulu ke dunia ini adalah dari kalangan roh roh yang muda, jadi bijak mereka kurang sikit. Manusia yang dilahirkan terkemudian mempunyai kebijaksanaan yang lebih tinggi kerana roh mereka telah lama hidup di alam lain dan mereka telah berusia serta ada pengalaman masing masing.

Sebab itu, manusia yang dilahirkan terkemudian dari kita lebih bijak dari kita."

Aku,

"Ooo... jadi adakah roh roh yang belum lahir tu boleh study, monitor dan dapatkan pengetahuan dari apa yang kita sedang buat didunia sekarang, makanya perkembangan ilmu dia lebih tinggi bila dilahirkan?"

Diam.

*Jangan cuba jawab soalan ini jika kita tak tahu dimana aras kita.
*Ini cuma perbualan biasa antara aku dengan opis mate, jika ada silap kat sini, sila perbetulkan.

22 comments:

Anonymous said...

o.. pasal yang cipta masa yang sama tu pernah dengar.. yang lenglain tu takde la..

*komen ku yang kurang bijaksana

kingbinjai said...

jawapan yang sungguh tak logik. kan dalam alquran ada cakap, bila kita dilahirkan di dunia, apa yang kita telah saksikan di azali, yakni syurga dan neraka dilupuskan. bermakna kita lahir dengan tanpa sebrang ingatan.

malah kalau nak fikir fikirkan, andaikanlah jawapan kawan tu betul, bermakna kita yang lahir kemudian, tentu lebih lama melihat syurga dan neraka, jadi apsal masih ramai yang menempah neraka?

hayad said...

cikgu mazudi, nk mntak emel...ade benda berkaitan P&P nak tye nih,hohoho

Aku Bukan Bidadari said...

tak pernah dengar pun..
ustad n ustazah tak penah citer pun cmtu.. hhehehe

tumismenumis said...

Nieys,
awak lebih bijaksana dari saya sebab awak muda dari saya.

king,
Aku rasa ko ada point utk 2nd paragraph, sebab Tuhan ada menceritakan tentang umat akhir zaman yang lalai.

hayad,
mazudi[a]gmail.com , p&p? Ngajo ker?

Tiara,
Ustad ngan ustazah aku pun takder ajar jugak, tak nak kasik korang sakit kepala mikir kot.

Anonymous said...

tak pernah dengar pun cerita macam kawan mazudi cerita tu, muskil Am hehehe

Bahaya jika kita senang mengulas sesuatu tanpa ilmu, paling bahaya bila berbual dengan bangsa berugama lain, kalah kita nanti seolah-olah ugama mereka benar pula. perlu byk berhati-hati

Apa2 pun budak2 sekarang memang ada sahaja jawapan mereka, anak Am pun sama, janji dia nak menjawab juga, logik tak logik lasan mereka belakang kira.

Anonymous said...

tak pernah dengar lak mcm tu.

Tapi, anak2 saya pun sama, pandai menjawab, nakal nya lebih, kita marah buat selamba jer kadang....kalau masa kita dulu, takut jer rasa.

Amanitium Cho said...

rasa faktor teknologi la. zaman dulu siaran tv bertemakan lain, zaman sekarang bertemakan lain.

lagi satu, dulu mana ada nak minum susu tepung omega 3 la dha la macam-macam lagi. sekarang tiap-tiap ari minum omega 3, mana tak lancar. haha.

tumismenumis said...

am,
memang bahyer, tu sebab mender gini sebagai satu pengetahuan ringan yg perlukan lebih banyak sokongan. Takleh main ambik jer. Kena rujuk banyak tempat lagi.

yus,
Tu la pasal. Memang sama la semua.

amanitium,
Betul la. Dulu katun alih bahse cuma ada doraemon jer, sekarang ni macam macam. Bahse yg di translate tu pulak, bukan macam bahse melayu yg penuh dengan budaya sopan santun tu.

Unknown said...

ingatkan budak2 ni pandai menjawab masa di sekolah je rupanya di rumah pun sama ye.. hakikatnya saya suka bila mereka menjawab, kalau tak sunyi.. :)

tumismenumis said...

sikenit,
Kalau sekali sekala, boleh la di anggap buat lawak. Kalau time kita marah pun nak buat lawak, mau merah telinga.

ontahsapo said...

trend budak2 sekarang.... janji jawab..

weAr said...

keluhan para bapa zaman kini:memang susah nk didik anak zaman sekrang.
komen?

Azhar Ahmad said...

Sori ek incik mazudi. UTM meneruskan pengharaman blogspot..

Eniwai, logik alasan tu.

Namun, anak2 macam kain putih. Mak bapak yang mencorakkannya. Cantik tak cantik terpulang kepada kita.

Jadi kenalah kreatif!

Apa yang aku merapu neh labuuuuu...

Anonymous said...

dulu,kalau kena marah diam je..pastu meleleh air mata..skang,kalu kena marah,mak abah yg marah tu yg nangis tgk anak..hmm..

LediAgli said...

adeh...aku amat kenpiyus dengan entry ni... rasa macam cerita cina plak... ada kehidupan sebelum yang bleh tengok current kehidupan.

tapi..baek2 la dari segi berfikir ni.. kadang2 benda cenni bleh mudarat akidah beb

ZaKiN said...

ooooo..begitu rupanya..!! mungkin betol tue.. hehe.. tak tau nak jawab lebih2..

Sastri said...

hmm... mcm tu ek? Sas sampai skang tak berani menjawab ayah... tapi jarang laa kena mawah dgn dia...

tumismenumis said...

OS,
Mungkin aar.

Wear,
Susah dari segi mental & psychological development, bukan macam ayah kita dulu, susah membesarkan kita.

Azhar,
Hmm.. kain putih eek. Aku setuju.
Caner boleh masuk kat blogspot ni?

razliza,
kau degil eek?

lediagli,
take it as a light knowledge, jangan nak pikir sangat, unless ko bercita cita nak mendalami ilmu agama ke peringkat yg lebih tinggi.

zac,
Tak perlu jawab.

sastri,
Awak memang seorang anak yg baik.

Monster Mom said...

Ish.. kalau pasal anak menjawab nie, memang dah pakar dah! Ndak jer amik gunting potong lidah diaorang…tapi takkan nak buat kot! Marah la camana pun, esok dia buat lagiks!!! Sabo jer le….

Anonymous said...

kalau ada yang sudi utk mengkaji dengan lebih ilmiah, saya sedia utk membacanya kerana saya hendak tahu juga.

tumismenumis said...

Junita,
Ha'aa, Sabor jer la. Makin kita marah, makin banyak yg dijawab nyer, yer kak.

GitarTong,
Yer, aku pun lebih suka kalau dapat tahu pasal ilmu cenggini dengan lebih lanjut, bukan apa,mungkin dengan cara ini boleh buat kita semakin dekat dengan tuhan.