September 3, 2006

Pengukuran


Mould
Originally uploaded by mazudi.
Seminggu minggu lepas kena kursus buat mould untuk injection moulding. Korang tau kot, acuan yang pakai kat mesin untuk buat gelas ker, buat kotak pensil ker, apa apa barang plastik la. Kerja yang memerlukan precision.

Lama dah tak buat kerja macam ni. Penuh dengan kerja pengukuran yang tepat. Hari pertama dan kedua dia kasi satu produk, pastu ukur then buat drawing. Habis buat drawing, besoknya tengok pulak kat standard equiptment yang ada, check mana satu yang nak dipakai. Selesai dapat drawing apa semua baru pergi kat mesin.

Dalam sepuluh orang yang ambik kursus tu rasanya aku sorang la yang slow sikit. Bukan tak boleh ikut benda tu, tapi bila ukur balik kat diri aku ni, rasanya dah tak boleh masuk dah kemahiran yang baru. Terasa perbezaan dia kalau banding dengan empat lima tahun dulu, nak nak time baru start kijer. Time tu pantang ada peluang nak ikut, sampai bengkel teaterpun pernah ikut. Langsung takleh nak masuk dalam kepala otak. Nak tergelak ada la.

Lepas ni kalau nak ikut kursus dengan kemahiran yang baru, rasa nya kena ukur setakat mana kemampuan diri aku sendiri dulu, lepas tu baru timbang timbang boleh ker tak buat pengukuran produk untuk design mould. Rasanya kita jugak boleh ukur di mana tingkat usia kita dengan melihat sejauh mana kemampuan kita untuk mengikuti kursus yang macam ni.

13 comments:

yus said...

Biasalah bila umur meningkat, otak kita mungkin ada sedikit tepu nak belajar benda baru. Lambat jer. Suami saya selalu mengadu mcm gitu, tu yg lambat jer dia nak habiskan phd dia tu..hehe.

Template baru juga nampak, warna baru yg menarik.

Aku Bukan Bidadari said...

Cikgu...

kalau saya jadi anak murid cikgu.. pehtu malas wat kerja ..kena marah tak? mueheheheheeee

Mazudi said...

yus,
Tu la pasal, lebih lebih kalau kita masuk kursus tu dengan junior junior, tertinggal oo.

Tiara,
Tak. Yg penting assignment hantar, kalau tak caner aku nak bagi markah.

cuaca said...

hm..hm..lama tak mencemar duli di blog kamu...wah templete baru good work...kalau raya nanti boleh lah jumpa kamu di KK joint sekali...

dayah said...

err..mcm susah je moulding2 nih..

ontahsapo said...

boleh tu, kau jer terasa....

MAMARISYIA said...

alah yang buat rasa otak semakin tepu tu sebenar jin jahat yang hasut ko tu!!!Merdekakan diri ko..keskeskes...

kemat said...

Aku penah involve dlam projek nak tentukan tahap suhu yg sesuai untuk bancuhan mould. Susah gak.

weAr said...

lambat cepat x kesah..
janji ader kemahuan..

Anonymous said...

Moulding? Aku suka gilerrr, aku blajar dlm tenet je. Budak mechi yg slalu buat benda alah nih. Aku tingin nak belajar. Tapi mampukah aku mendapat kesempatan itu?

Kesimpulannya, bersyukurlah apa yang a da. Ramai lagi woo tak dapat peluang keemasan cam nih. Mungkin peluang kegangsaan atau keperakan sahaja.

Ahh tensi btol ngan blogspot asik asik bug.

Azhar Ahmad

Mazudi said...

cuaca,
Terpaksa buat template baru, admin kasik banned site aku nyer css link.

dayah,
Tak jugak, cuma perlu precise.

OS,
Yer la, mungkin aku jer terasa, kalau tak takkan aku ikut sampai habis kursus tu.

MR,
Aku suka baca buku "Bercakap Dengan Jin"

kemat,
Dah advanced tu. lagi la.

wear,
mahu. mahu.

Azhar,
Aku bersyukur sebenarnya sebab selain dari dapat ikut kursus ni, dia orang kasi makan free jugak.

banyak bug eek? kat tempat aku jer ker?

neeziee said...

nampak best la kerja yang ko wat nih.

Mazudi said...

neeziee,
Memang best. Aku suka.