September 13, 2006

September


Bila datang bulan 9 tahun ni, ada dua benda yang aku kena ingat dan satu benda lagi yang mungkin akan berlaku.

  1. Besday Syafique - 13 September 2002

  2. Besday Faeiz - 16 September 2003


Syafique akan masuk ke tahun ke empat kelahiran dia dan Faeiz akan masuk tahun ketiga.

Semalam ibu dia ajak pergi cari kek. Dari rumah lagi dia orang diminta oleh ibu dia untuk pilih yang mana satu, nak kek ker, nak makan kat mana mana ker atau nak beli mainan baru.

Bila sampai kat kedai kek tu, agak bernasib baik sebab dua dua pilih satu kek yang sama. Tak tahu apa jenis kek tu, ibu dia lebih arif, tapi apa yang menarik minat dia orang ialah patung Snoopy kat atas kek tu.

Abis pilih kek kami shopping barang kejap sebab ibu dia cakap nak ajak dua tiga orang student makan kat rumah petang ni sambil potong kek tu. Kat situ Syafique ngan Faeiz dapat lagi permainan baru.

Lepas habis apa semua, ibu dia cakap nak belanja Syafique makan pulak. So, bawak gi makan sate jer la sebab time tu macam dah penat. Bila sate dah siap, Syafique ngan Faeiz dah penat dan tak lalu nak makan lagi. Dua dua mintak nak balik dan nak tidur.

Jadi ibu ngan ayah dia terpaksa kena habiskan sate tu.

Petang ni nanti, besar kemungkinan kek tu juga akan dihabiskan oleh ibu dan ayah dia, sebab dua dua lately ni susah nak makan.

Maka semua pilihan yang diberikan oleh ibu dia tu, semua telah terlaksana tanpa perlu memilih. Dan yang menikmati semua pilihan yang diberikan tu pun ayah ngan ibu dia, kecuali mainan tu la.

Satu benda lagi yang mungkin akan berlaku bulan ni ialah kelahiran sorang lagi anak aku yang bila bila masa boleh terjadi. Tunggu emergency call dari bini jer ni. Kalau bersalin jugak bulan ni, maka tahun depan akan ada tiga harijadi yang akan disambut serentak.

Insya allah.

11 comments:

Aku Bukan Bidadari said...

Ehem..tahun ni tambah lagi satu

Tiara - 26/9 hehehemuehehehee
Happy Birthday utk Syafique..

*Ps: orang yang lahir bulan sembilan cerdik,charming,marvelous, hahahahah

kingbinjai said...

ehem, yang baju biru tu macam nak berlari je

Junita said...

Senanglah lah cam tu, boleh celebrate sumer birthdays at one go jer… jimat sikit kan!
Kalau cam tu masukkanjer la birthday ayah n ibu skali!!!

weAr said...

taniah2.nnti senang nk ingt no ic anak..
next b/g?

Mazudi said...

Tiara,
Ehh.. jom la join sekali kami nyer majlis. tak yah nak buat lain lagi dah.

binjai,
Tu pun nasib baik pakai seluar. Kalau pakai kain, mau bangun pagi semua kain berkumpul kat leher.

junita,
Memang kami keluarga yang berjimat cermat. Hihi.

wear,
Tak jugak bro. yang dua ni pun aku terkonpius, mana satu syafique punya mana satu faeiz punya, 13 ker 16.

next, pun b.

Lan Rambai said...

pandai betul ko merancang ek hahaha

yus said...

waahh...semua lahir bulan 9. Bintang semua samalah yer!! Selamat hari jadi untuk kedua2 anak cikgu mazudi.

sally said...

nampaknya lepas nie, 3 orang satu serentak sambut besday.. waghh.. mesti jadi besar2an.. :)

Ayu said...

Alhamdulillah le Mazudi.. senang je sekali harung sambut besday sekali hehe jamuan bleh buat serentak :) beli kek sebiji pastu share hehehe

semoga wife awak selamat melahirkan dan moga Allah permudahkan segala2nya..aminnn

kemat said...

Epi Birthday Untuk anak2 kamu. seronok kan tgk anak2 membesar depan mata nie.

Mazudi said...

lan,
Tak rancang pun. Jadik sendiri jer.

Yus,
Ha'a kan. Bintang semua sama la. Harap harap betul kata Tiara tu.

Sally,
Ha'aa. Tahun depan besday of the year, dia orang ni la.

Ayu,
Terima kasih.

kemat,
Satu rahmat sebenarnya.