October 2, 2006

Tolong


Last week buat test untuk modul Aplikasi Komputer tu. Lepas test terus semak kerja student kat disket. Ada lima orang yang jawapan dia sebijik sama.

Petang tadi, time lab panggil dia orang.

Aku,
"Saya nak gagalkan awak lima orang untuk first test ni."

Student,
"Kenapa incik?"

Aku buka semua kerja yang dia orang buat yang telah diletakkan kat desktop pc.

Aku,
"Boleh awak kasik tau yang mana satu awak punya kerja?"

Student #1,
"Ha'aa, ini la incik."

Student #2, #3, #4,#5,
"Ha'aa, ini la saya punya incik."

Aku,
"Semua orang pun bijak la, bukan awak jer. Boleh bagi saya sebab kenapa semua jawapan awak ni, tempat salah dia sama, sampai titik titik pun sebijik sama ni?"

Student,
"Minta maaf incik. Memang saya ngaku saya copy incik. Tapi tolong jangan kasik fail. Kami baru semester satu incik. Tak tau apa apa lagi. Sebenarnya ini Student #1 yang buat incik, kami mintak tolong dia. Saya mengaku saya takleh buat test hari tu."

Aku,
"Tolong? Ini bukan tolong ni, ini dah kira menipu dah ni. Awak tipu saya dan awak menyusahkan diri awak sendiri. Awak kalau nak meniru buat dengan cara yang lebih bijak dari saya. Sebab, saya masa study dulu dah habis semua cara saya praktikkan untuk meniru. Kalau awak buat sama dengan cara saya meniru, for sure awak akan tertangkap. Awak akan saya anggap bijak sekiranya awak tak tertangkap macam ni. Tapi sekarang awak adalah orang paling bodoh sebab dah tertangkap dengan saya. Markah awak dikira dari markah student #1 ni dan dibahagikan dengan lima."

Maka dapatlah markah dia orang (38/40) bahagi dengan 5 = 19%.
Padan muka.

*Ini adalah senario biasa bila student kena tangkap meniru. Sejak dari zaman aku belajar sampai sekarang. Situasi dia sama jer.

18 comments:

Lan Rambai said...

ko telah memberi idea baru utk dibuat entri hehehe.. tapi tak tahulah bila nak tulis hahaha

tumismenumis said...

Bagus. Bagus.
Jangan copy, paste balik sudah.
Tak sabar nak tunggu dah ni.

weAr said...

seb baik tak penah kantoi..hehe.
kalo report,tayah copy paste.beli kt tenet jer..
-erk,matlamat jangka pendek..

Titicaca said...

waa..tu kira baik la tu...kalau aku, silap2 aku bagi sumer 10% jer..wakakakaka..kami pun hadapi masalah yg sama..students nak menipu tapi tak pandai menipu...ada gak yg saya bagi 0%..

Azhar Ahmad said...

Uhum, saya pernah situasi begini. Bila mana my lect panggil saya ke bilik. Dia tanya. Kenapa saya punya programming sama dengan 3 orang budak pompuan. Saya kata tak tao. Then saya terangkan step by step jalan kerjanya. Kalo Incik Mazudi nak tao, nih Assembly Language punya subject. JLEN, JLE n so on. Jadi lect tu puas hati.

Hari, berikutnya, my lect masuk kelas. Panggil sorang2 budak tu sruh buat explanatiion pasal that programming. Nguahahah, derang menangis. Derang curik saya punya disket masa saya hantar kat lect.

Kesimpulannya, baik buat cam tu. Pasal, derang malu, dan yang lain akan ambik iktibar...

kingbinjai said...

kalau aku jadi student kau, pasti kau tidak tahu aku meniru muehehehehe

me3n said...

maser blaja dulu, aku selalu jadi Student #1.. *tutup mata, angkat dagu, ngadap ke langit*

blackpurple @ jowopinter said...

Meniru itu bodoh, kantoi kerana meniru itu dua kali bodoh... kan dah tiga kali bodoh tu...!

tumismenumis said...

wear,
tak berkat tu dapat ilmu dengan meniru.

titicaca,
rupanya ada lagi orang yg tak sebaik aku eek.

Azhar,
Lagi siot kalau curi disket kat tempat lecturer. Kalau nak lagi best curi terus assignment, buang nama kawan tu letak nama kita.

binjai,
Ko memang lebih bijak dari aku.

ad3ck,
Ada apa dengan langit.

bp,
kena potong markah atau kena denda, lagi berlipat kali ganda bodoh dua kali tu.

ZaKiN said...

huhuhu.... kes tiru meniru yang sudah sebati diamalkan oleh incik lecture masa zaman dahulu..!! apakah akan berterusan kalo pasni antara mereka berlima ada yg jadi lecture dan kes ini berulang lagi.. wakakkaka!!

Apakah Episod balas dendam ini akan berterusan...?? wakakkka

hayad said...

dulu meniru2 gak, tp takde la ayat sejibik, sedaya upaya mengubah struktur ayat tp maksud dan isi masih sm,hehe...[tktnya aku klu encik mazudi ni jd lecturer aku] ;p

Kemat said...

aku dulu kalau meniru, bila mber wat ayat "hari2 cikgu main bola" aku punya ayat "cikgu main bola hari2"..hahha..dulu la..sekarang dah insaf ckit

tumismenumis said...

zac,
mereka akan cari kaedah yg lebih berkesan dari kaedah meniru aku, dan student dia org akan cari kaedah lebih berkesan dari mereka. Lama lama kaedah meniru akan menjadi semakin sofistikated sbb sentiasa dimajukan.

hayad,
semua orang pernah meniru kan. At leastpun report makmal.

Kemat,
Kita takleh berhenti dari meniru. Kita kena jadi peniru yang berjaya.

Pandang Dengar Diam said...

benda biasa tiru meniru nih....aku pun pernah alami orang pinjam disket nk tengok contoh tapi di tiru nyer.... Mazudi nanti check email ok....

Anonymous said...

saya dulu pon tiru gak..tapi kitorang pakaaarrr...hehehe

Rakimi said...

ala... ngko ni... meniru tu kan sebahagian dari pembelajaran..

Anonymous said...

aku tak reti nak meniru...muahahahahah..macam tak caya jerkan!!!

13may said...

meniru - salah satu teknik pembelajaran yg amat efisen...hahahah....