September 8, 2006

Catu


Sinki Yang Kering
Originally uploaded by mazudi.
Dah dekat dua bulan tempat aku kat sini ada krisis air. Banyak masa masa bekalan air terputus terus.

Satu memo telah dikeluarkan:

Politeknik Kota Kinabalu sedang mengalami kekurangan bekalan air. Ini disebabkan oleh tekanan air rendah dari paip utama Jabatan Air Sabah. Pihak Politeknik Kota Kinabalu terpaksa meminta bekalan air dihantar menggunakan lori untuk di isi ke dalam tangki utama. Semua warga PKK diharap dapat menjimatkan pengunaan air.
Sekarang nipun takder air. Cuma tinggal lagi air tangki di dua bilik yang sentiasa kami jimat jimat. Tahan saja telinga bila bini mula merungut ketika nak masak dan nak mencuci itu ini.

Tadi tengahari Faeiz minta nak minum air. Ibunya cakap, "Jimat jimat sikit kalau minum air sebab kita ada krisis air. Gula pun semakin takder ni". Faeiz cuma menjawab dengan berkata, "OK".

Gula semakin susah nak dapat disini. Minggu lepas pergi ke Likas Mart, bukan bertujuan untuk beli gula, terlihat sign kat situ "Gula Habis. Harap Maaf". Di pertengahan bulan Ogos hari tu lagi, kalau pergi pasar, orang akan bising pasal gula ni.

Dekat rumah aku, cuma tinggal sekilo saja lagi gula. "Dah dekat bulan puasa dah ni", rungut bini aku.

Bila dah siap air teh "o" ais yang dibuat oleh ibunya, Faeiz akan mula duduk dekat depan PC dan macam biasa buka CatoonNetwoork.com. Sepertimana juga seminggu yang lepas, site tu masih lagi dibanned oleh Admin tercinta kami.

Banyak site yang aku takleh masuk sekarang sebab admin IT aku dah semakin cemerlang dalam menjalankan tanggungjawab beliau sebagai admin.

Alasan awal yang diberi oleh admin pada minggu lepas ialah:
Saya telah membuat penyelengaraan dan peningkatan sekurity utk access ke Internet. Ini disebabkan ramai pengguna yang menyalahgunakan kemudahan internet ini hingga menyebabkan line internet slow dan kerja-kerja rasmi terganggu.

Komplen dari pihak HHP telah diambil kira kerana mereka menggunakan internet sepenuhnya untuk update process pengambilan ke Kementerian. Kerja-kerja rasmi seperti ini sentiasa diberi keutamaan dalam pengunaan kemudahan di politeknik

Selepas di banned, aku ada buat tiga permintaan dengan admin,
1. Blogspot.com/ blogger.com
2. StatCounter
3. Ads.google

Cuma blogspot yang dilepaskan.

Aku tak nak buat apa apa permintaan lagi, walaupun di forum website tempat aku kijer ni nampaknya dah penuh dengan karangan karangan yang menunjukkan ketidak puasan hati. Diam lebih baik dari mengkritik. Nanti dia lagi sakit hati, lagi la semangat dia nak meng"banned".

Minat Syafique dan Faeiz terhadap PC tu semakin merosot sekarang. Tidak lagi mereka berebut rebut dengan aku untuk guna PC.

Begitulah adanya.

14 comments:

weAr said...

x bleh bayang klo tenet kami bnyk site kna ban..cemerlang lh pelajrn kami,sbb tader gamerz.

hayad said...

hehehe..ayah pun berebut dgn anak? sp yg mengalah yer? ;p

Mazudi said...

wear,
Ada jugak positif nyer eek.

hayad,
Dah tentu ayah kita boss.

LediAgli said...

dulu aku keja kampeni IT.. seronok giler internet.. satu site pon tak kene banned.. kalu kene banned.. panggil je bebudak IT tolong2kan..

sekarang..aku keje kampeni yang tak de internet... internet tak de dalam kamus diorang.. dan makin susut dalam kamus idup aku..

tapi..dari segi produktiviti bleh dikatakan bertambah la bila keja kampeni sini (pada pendapat aku la)

sebab aku dulu banyak lagho dengan internet..sekarang masuk opis sampai kuar pintu opis.. asyik keje je. bes jugak camni..

*rasa cam leh skip zakat je.. nguah nguah

kingbinjai said...

ok la tu dapat juga kau berblog

Sikenit Comel-AminBakish said...

dah le tak le tenet, air pun kering ye... sabor je lah..

Mazudi said...

lediagli,
betul, aku kalau takder internet kat opis, rasa malas nak gi kijer.

binjai,
Sib baik dia kasik lepas jugak blogs.

kenit,
Sabar la ni.

yus said...

nasib blogger.com masih boleh lepas yer.

Aduh!! Dapat rasakan kalau air takde, siksa

kemat said...

duni tanpa air, tanpa gula tanpa internet..arghhh..tidakkk

MaNiQ KaYaNgaN said...

wakakka..biar takde internet jangan takde air.. aku tak rela..!! rasa tak ceria hidup... huhuhu....

ontahsapo said...

tunggu pilihan raya la... hehehhe

Aku Bukan Bidadari said...

isk..ada orang tak mandi ke kat blog ni? bila bukak blog semerbak bau.. ashemmm..

Mazudi said...

yus,
terima kasih atas keprihatinan anda.

kemat,
berat mata memandang, berat lagi bahu memikul.

zac,
Sib baik dia catu dari pukul 10.00 malam sampai pukul 10 pagi, at least air tangki aku tak sempat habis.

OS,
Aku tak layak mengundi kat sini.

Mazudi said...

Tiara,
bau perfume kan. Aku kalau tak mandi sembur perfume setengah botol.