September 21, 2006

MyTeam2U.com


At last, selepas sebulan, boleh dikatakan siap jugak la website satu ni. MyTeam2U.com.

Ini adalah satu website kawan yang nak jual produk e-rafa. Buat pakai php ngan mysql. Banyak malam jugak berjaga sampai 4 pagi untuk pastikan coding semua betul. Tak check lagi kat w3c untuk css. Tapi nampaknya bila test kat Firefox ngan IE, dua dua ok dah. IE lagi ngam dari FF, walaupun aku nyer default browser FF. Tah apa apa.

Disebabkan aku webmaster kat site ni, jadi aku disponsor untuk join e-rafa dengan free. Dapatlah dua botol spirulina perasa beri tu, yang sekarang ni dok tengah minum time berjaga develop mender ni.

Suka untuk aku menjemput korang pulak untuk melawat ke sana dan check la apa yang patut. Aku tak pandai nak promote. Korang baca jer la kat sana. Antara yang best pasal sistem ni:


  1. Korang beli produk sekali saja time daftar

  2. Korang tak payah nak cari kaki lebih lebih, sebab ada satu bonus tu yang mudah nak dapat.

  3. Bonus dia bayar hari hari kedalam e-wallet, korang boleh keluarkan hari hari bila join group MyTeam2U ni. Takder duit ambik.

  4. Penggunaan website ni membolehkan korang tak payah nak promote direct kat org, pakai online jer.

  5. Company ni baru start bulan March hari tu, tak berapa ramai lagi join, sistem online ini baru satu

  6. Macam semua sistem online yang lain jugak, korang boleh dapat satu Halaman Free bila dah daftar, pun dengan FREE jugak nanti.

Tak yah la nak list kan banyak banyak. Nanti jadi macam iklan pulak entry ni.
Klik kat bawah untuk ke sana.

MyTeam2U.com


Jangan konfius pulak bila tengok template dia sama ngan blog aku ni. Malas nak kreatif buat theme baru.

12 comments:

ad3ck said...

memula igt website nih nak cari pemain bola..lepas tgk, ternyata jangkaan aku meleset..hehe..

baru2 nih selalu mengalami keletihan bekerja yang menjadi-jadi..mungkin kene minum spirulina perasa beri..;p

kingbinjai said...

aa apsal pakai nama myteam?

Mazudi said...

ad3ck,
aku rasa ko salah sorang yg layak menyertai myteam2u. hihi.

binjai,
Sebab kita nak rekrut satu team amatur supaya jadi top quality team.
Join la beb.

weAr said...

ingtkn bukak blog baru..hehe.
-kna promosi lebih..

me! said...

F.A.Q
alamak, xde akaun dalam maybeng ngan bisibi ler...camana nak atasi ni?

hayad said...

ermm...marketing plan MLM mostly skang mcm ni. Dpt org kita akan dibyr..dibayar secara pair.Uptrend pn mcm ni gak marketing plannya.dlm uptrend dipanggil hybrid system. HUBB yg ust badrul amin buat pn mcm ni. Apa2 pun MLM perlu cari org...ME DAH SERIK! ehe

Sastri said...

hmm... Sas tak reti ngat mende2 MLM ni... anyway, Selamat Berpuasa Mazudi sekeluarga...Semoga ibadah kita diberkatiNya...

singabeng said...

Kurang arif tentang MLM, tapi cara kat website tu menarik gak tuh, senang.

neeziee said...

waah sudah buka kedai yer.

Lan Rambai said...

ko bukak kedai tak buat doa selamat ker?

kingbinjai said...

amacam bisnes?

Mazudi said...

Wear,
Tengah giler ngan promosi la ni.

me!,
Bank in jer kat aku.

hayad,
Macam berpengalaman ni. Nanti boleh ambik sket ilmu.

Sastri,
Selamat berpuasa.

Singabeng,
Hmm.. dah tengok eek. Daftar la beb.

neeziee,
Ada la sikit sikit.

lan Rambai,
Belum lagi la. Boss aku cakap pas pasni dia nak buat. Carik dulu org dalam seratus org.

King,
Dalam fasa promosi.