August 10, 2006

Alasan


Bila tengah tengah syok mengajar, tetiba sorang student bagi salam dan minta izin untuk masuk kelas selepas lebih kurang 15 minit kelas bermula.

Aku : Nak carik sapa?

Student : Tak encik, saya kelas ni.

Aku : hoh!, pukul berapa dah ni, naper lewat.

Student : Tak encik, sebenarnya saya awal awal lagi dah turun rumah. Sampai kat bandar KK tu, jam pulak jalan, slow betul. Pastu bila saya sampai kat area Tanjung Lipat tu ada pulak kereta peronda tahan motor, kena lagi berenti. Lama pulak tu dia cek satu satu motor saya. Sib baik takder apa apa. Pastu saya jalan sampai kat area Taman Indah Permai tu pancit pulak tayar kat traffic light situ. Terpaksa kena sorong motor gi kedai kat Indah Permai. Tinggal motor kat situ la ni encik. Terpaksa kena naik bas datang sini. Bas tu pulak dekat 15 minit saya naik baru boleh jalan, kena tunggu penuh dulu. Dah la gitu, berapa kali berenti tah baru sampai.

Aku : Pukul berapa awak turun dari rumah tadi?

Student : Dalam pukul 7.30 lagi encik.

Aku : Sekarang dah 8.20 kan. Kalau nak ikut cerita awak yang panjang lebar tu, rasanya dua jam baru awak boleh sampai sini tu.

Pada korang semua yg selalu masuk kelas / kerja lewat, kalau nak bagi alasan, jangan la yg perfect sangat.

p.s : Untuk tidak membuatkan korang berfikir, ya, student tu aku suruh masuk dan aku tak marah pun.

15 comments:

gitartong said...

bengap juga budak itu.

lediagli said...

tu mesti spisis si A tu ha. perfect tak kena tempat munken..

penah jadik pada diri sendiri..

saya dah 3 bulan ponteng kelas. since registration day. bila masuk kelas. terus senyonyong masuk dan dudok je.. then.. my lect masuk.. (i juz know shes my lect but dont know wut subject she lectured..)

"Do I know you?" my lect tanya..

but.. saya tak pernah pon nak kreatif menjawab.. since i know.. my idea tu semua dalam poket lect.. no point nak menipu.. kalu dah pemalas tu memang tak bleh ubah.. hehe

mwahahha...

haih.. do u hv any xperience cam ni? asking kaki ponteng this kinda question?

Mazudi said...

GT
tu la pasal.

Lediagli
Alasan yg paling berkesan ialah "tertidur".

imi said...

nama budak ni peja lakso...kat skpc2,cikgu may tanya dia apasal xdatang sekolah semalam, dia selamba jawab MALAS!cikgu puji sebab budak ni bagus,jujur...
minggu depan sekali lagi peja lakso xdatang sekolah,cikgu may tanya lagi,naper xmasuk kelas...MALAS!...
PANG....

kingbinjai said...

gitartong : hahahahaha

kalo aku la, aku suh dia berdiri atas meja

Aku Bukan Bidadari said...

hehhee..giler perfect punya alasan.. hehehee..camner dia karng citer tu ek..

Mazudi said...

imi,
tu pung satu alasan yg berkesan gak tu.
--Dah masuk MySpace mu, takleh komen lagi sbb kena register, nanti la malam malam---

King,
Aku tau betapa seksa nyer kena duduk kat atas meja sbb cikgu Rahim masa darjah 6 dulu dah denda aku cenggitu.

Tiara,
Takut kerana salah boleh buat org tu kreatif tau.

ontahsapo said...

kau memang cikgu yg baik...

Nieys said...

kelakarnya baca.. teringat pulak kisah empat orang budak yang menipu prof sbb nak lepas dari exam..

Mazudi, agaknya budak tu amik masa yang lama nak fikir kenapa dia terlewat.... fikir punya fikir.. tu pasal la terlajak sampai 15 minit.. hehe..

kalau Nieys jadi classmate dia masa tu, mesti gelak sakan.. :D

Mazudi said...

OS,
Terima Kasih. hihi

nieys,
Yer, dia masuk tandas dulu berpikir apa nak bagi alasan.

neeziee said...

budak tu..

ada blog tak?hehe.

adadia said...

cikgu ke ni? selamat mendidik.

debikdebuk said...

Bagus alasan tu tapi tak berapa bijak. Student aku lak kalau lewat mesti alasan bas,overslept,pegi hospital dulu. Aku iyakan je la...

Lan Rambai said...

kalau cakap.. saya sakit perot ahh cikgu.. gi berak jap.. kan senang dan lebih logik hahahaha

Mazudi said...

neeziee,
Ha'aa kan lupa plak nak tanya, mungkin dia sorang blogger tegar yg berjaga malam hari tu.

adadia,
Yer saya. Selamat.

debikdebuk,
anda sememangnya sorang cikgu tokoh.

Lan,
Ha'aa, ada rama rama dalam perut. Lagi logik.