August 7, 2006

Cadangan


Selain dari mengajar, salah satu benda yang aku kena buat adalah jadi penasihat untuk outdoor club kat sini. Kelab Kembara. Boleh dikatakan banyak jugak dah xtvt yang aku dah buat macam naik gunung, kayak, orienteering dan hiking. Kelab ni kira bawah unit ko-kurikulum.

Minggu lepas masuk perjumpaan kelab. Untuk xtvt kali ni aku cadangkan untuk buat xpdc kat Maliau Basin. Satu tempat kat Keningau yang dipanggil Lost World, sebab jarang orang masuk kat sana. Aku dah suruh student buat satu jawatankuasa untuk projek ni.

Tadi pagi pergi opis Maliau Basin Conservation Area kat Bangunan Yayasan Sabah, jumpa ngan officer dia kat sana untuk dapat info. Memang menarik dan extreme xtvt kalau boleh buat. Setelah dimaklumkan oleh Mr. Albinus, officer tu, beberapa benda yang boleh dihighlight:

1. Perjalanan masuk dia kena pakai 4WD sejauh dua jam perjalanan untuk sampai ke first camp site.
2. Untuk xpdc ke basin tu kena ambik 5 hari 4 malam baru boleh cover tempat tempat yang menarik.
3. Bajet dia mau dalam RM700.00 sorang untuk xpdc ni, tak termasuk makan.

Masa drive balik tadi, buat kesimpulan, memang rasanya takleh nak jalan program ni untuk xtvt student.

Itu satu pasal. Satu hal lagi, macam mana nak kasik tau student yang program ni terpaksa kena batal. Satu benda yang mudah untuk cakap tak jadi tu, apa yang masalah ialah bagaimana aku nak masuk kelas tu sebagai seorang penasihat kelab, dan bukannya seorang pencadang yang telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk menjalankan xtvt yang aku sendiri tak tahu statusnya. Satu kesilapan yang kita buat orang akan ingat sampai bila bila, tapi tak kira dah berapa banyak benda yang bagus kita dah buat, orang mudah tak ingat.

Terpaksa cari satu program lain la ni nampaknya, yang aku nampak Lembah Danum. Dah pergi dah sini dulu.

Moral dia, kalau nak cadangkan sesuatu, buat homework dulu, jangan main ikut sedap mulut jer, even kau ada kuasa.

11 comments:

blackpurple said...

Tu la orang kata 'plan your work and work your plan.....'

MaNiQ KaYaNgaN said...

Yerlah kan.. apa2 hal plan betol2. Jgn sebarang jer..ekekkke

kemat said...

ok la....info tu leh pkai untuk trip akan dtg...sabah pulau cantik apa..lepak la kat pulau gaya..hehe, nak kne culik ngan lanun ker.

Mazudi said...

bp, .. ayat ni la sebenarnya aku nak carik buat title tadi.

maniq,.. tersilap hitungan la beb.

kemat, .. tau la pulak Pulau Gaya eek.

weAr said...

mgkn next cdgn akan lbih xtreme..
best tul outdoor-ing neh..
btul ker pulau gaya tu pergi x kembali??

Mazudi said...

wear,.. insya allah.
Pulau Gaya tu dulu tempat PTI Filipin tinggal. Semua jenis jenayah boleh dikatakan ada kat sana. Tak pernah aku pijak pulau tu.

cuaca said...

kena ada planning baru kerja teratur....but idea yg menarik tuh...

Aku Bukan Bidadari said...

Bestnya gi jalan2, apa kata xtvt kali ni pi soping-soping..best tuhhh.. tiara nak ikut.. heheheheee

Mazudi said...

cuaca, idea memang menarik, tempat pun menarik tu tapi budak tak mampu la beb.

Tiara, cadangkan kan ler tempat soping yang best.

Azhar Ahmad said...

Kalau kau ikut suka ati ako jer.... nak buat ape ckp jer.... kompom ko jadi Darth Vader

pharmy53 said...

Saya ke KK awal tahun 2005 lepas dan kagum dgn keindahan negeri di bawah bayu ini. Yg paling saya kagumi perjalanan dari KK ke Ranau utk ke Telaga Air panas Poring. Pmandangan melalui gunung ganang dan lembah amat mengasyikkan dan saya pasti akan kembali sekali lagi.
By the way, tk atas kunjungan ke teratak saya.jumpa lagi