August 16, 2006

Bebas


Pagi tadi ada announcement kat speaker dalam bilik aku ni yg mintak semua student ngan staff pergi dewan untuk perasmian Bulan Kemerdekaan. Patut la kat pagar semua penuh bendera.

Pukul 10.00 pagi tadi datang sorang student jumpa aku kat bilik.

Student : Incik, bila saya boleh interview praktikal?
Aku : Datang petang ni bole tak?
Student : Ada perasmian bulan kemerdekaan la incik.
Aku : Ha'aa kan, lupa pulak.
Student : Dia orang ni pun satu hal la incik, semua student dipaksa pergi, pastu kena pakai baju batik lagi pulak tu. Suruh la budak budak sem satu jer ker. Bukan muat jugak dewan tu untuk semua student tu.
Aku : Pergi jer la.
Student : Abis bila bole interview incik.
Aku : Awak bebas nak datang bila bila.

Pukul 10.30 pagi pulak datang pulak kawan aku, lecturer jugak.

Lecturer : Nak gi tak petang ni perasmian bulan merdeka.
Aku: Bukan wajib ker? Tah ler, korang gi aku pergi la.
Lecturer : Ahh, banyak lagi kijer lain kena buat. Aku nak kena setel kertas kerja aku ni, esok budak nak buat projek dah. Tak siap karang saja jer. Dah macam takleh nak bergerak dah aku ni.

...maka lenganglah Jabatan aku ni petang ni sebab semua orang kena paksa pergi sambut merdeka.

...dan aku merdeka kat sini sebab takder orang kacau lagi untuk melawat blog kawan kawan.


E-Book Download
1. Men Are from Mars, Women Are from Venus (E-Book + Audio)
2. How to Start a Conversation and Make Friends
3. How to Read a Person Like a Book by Gerard Nierenberg
* Give me a credit by clicking the ads. Thank You.

19 comments:

kingbinjai said...

ooo ponteng!!!!

Lan Rambai said...

hahaha...

cuaca said...

suka kan ponteng2....

Aku Bukan Bidadari said...

ceh..ngelat..takder makan2 ke?

MAMARISYIA said...

huishhhhhhh...mengulat rupanya ko!!

MaNiQ KaYaNgaN said...

wah... tak aci betol la.. wakaka!!

Mazudi said...

binjai,
Ponteng ker cenggitu.

Lan,
hihihi..

cuaca,
mender yg orang tak suka tapi kita suka.

tiara,
takder. dah la takder, panas pulak tu.

MR,
mengulat?

zac,
sekali sekala boleh la.

me! said...

bagus bagus,usaha yang bagus untuk memerdekakan diri...

Alex Lacey said...

merdeka!merdeka! hehehehe

Am said...

Nampaknya Am aja yg tak merdeka dibulan merdeka ni, kerja byk kiri dan kanan, nak cuti pun payah

Harap2 bulan depan waktu merdeka Am

debikdebuk said...

bermakna tul merdeka untuk kau...
tempat aku panggil "mengular" (penteng)

misz_redcherry said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Sastri said...

sib baik tak dipaksa gak p... :p

blackpurple said...

Nasib baik kau bukan staf aku..ha ha..

Mazudi said...

me!,
merdeka sungguh!

alex,
Hoh! Guano demo.

am,
sok sok ada la time merdeka tu.

debik,
anda pernah mengular!

sastri,
Esok esok tengok la camana.

bp,
Hihi.nasib baik ko bukan boss aku.

razlizahazleen said...

hhaa..ponteng..cikgu...dia ponteng...eh..cikgu mana plak ni..

bunga rampai said...

Merdeka tetap merdeka, lawat blog kengkawan jangan lupa ;)

Salam merdeka!

Nieys said...

huh.. kes kantoi le ni.. heheh... takpe le.. janji jangan lupa melawat blog kengkawan yang penuh dengan bendera.. sana sini.. :)

Mazudi said...

razliza,
Kalau student dia ponteng, kalau cikgu dia rehat.

Bunga Rampai,
Merdekaaa!!

nieys,
Ha'aa, dah hampir 60% blog yg aku lawat dah ada bendera.