August 29, 2006

Hujung.


Aku bagitau Syafique ngan Faeiz, kalau nak makan mangga kita ambik yang hujung-hujung, baru manis rasanya.

Aku selalu tanya student aku, kalau masuk kelas kenapa suka duduk hujung hujung, takleh ke isi tempat kosong kat depan?

Boss aku bagitau aku masa miting dulu, jangan nak tunggu sampai hujung hujung baru nak siapkan repot tu, nanti Pengarah tanya, boleh terus bagi kat dia.

Bini aku selalu merungut kenapa hujung hujung ni, duk depan komputer jer sampai takder masa nak duduk sesama tengok TV.

Last week, the whole week, kena siapkan satu website customer yang dah tersangkut dekat sebulan dah, sebab aku suka buat kijer hujung hujung. Last week jugak, boss dah tanya pasal report yang aku tak siapkan tu sebab boss dah mula tanya dan aku suka buat kijer hujung hujung. Last week start cuti jadi aku takder jumpa student dan simpan semua mender tu nak buat dalam cuti. Last week aku takder masa nak tengok Siti kawen dengan bini aku kat TV sebab dua dua mender tu kena buat dalam satu masa.

Tadi, Syafique ngan Faeiz berebut air Vitagen yg di pack lima tu sebab dua dua nak ambik yg sebelah hujung, sebab aku cakap yang kat hujung tu sedap rasanya.


E-Book Download
Aku baru siapkan database e-book aku dengan 4300++ tajuk ebook dari rapidShare, etc. utk korang download. Just search the title or any keyword, then download freely kat sini. Happy reading.

18 comments:

kingbinjai said...

ah, aku ingat aku pengkomen terujung tadi ni

Junita said...

hujung tu byk makna tu....
hujung zaman, hujung dunia, hujung nyawa, hujung pedang, ish...
tapi mazudi ajaq anak pasai hujung skali best tu..hm...makan diri sindri le gamaknyer...
ju - hujung jari...

Aku Bukan Bidadari said...

mazudi, betui ka..mangga ujung2 sedap? bukan masam ke? ha satu lagi tu gmabar buah apa ya? mcm gmbar ketam.. hehehe.. yg time ujung2 pun best gak kan kan kan..hehehehehee Merdeka! Mazudi.. emoga menjadi pendidik anak bangsa yang ikhlas dan tabah!

dayah said...

haha..slh ajaran cikgu mazudi nih,hehe.. ;p

isk, mst comel aksi diorg berebut ;)

neeziee said...

udah beso jangan berebut hayun2 parang udah ler.hehe.

Mazudi said...

kingbinjai,
Hujung yg pertama boleh kan. Mesti dapat nombor satu.

junita,
banyak mender kena belajar utk ajar anak.

Tiara,
Ada satu hujung tu yg manis.

dayah,
Salah ker?

neeziee,
Tak la kot.

Lan Rambai said...

aku dok ingat blog ni yg dah sampai hujung sebab dah lama tak update hahaha

blackpurple said...

Makcik yang kat hujung tu jual apa zudi..? sayu jer wajahnya..

Nieys said...

entahlah kenapa.. hujung-hujung bulan ogos ni macam malas je nak menjengah dan meng apdate kan diri..termasuk le blog sendiri.. huhu..

penangan hujung tahun..

Titicaca said...

nampaknya komen aku setakat ni yang hujung sekali...

Azhar ahmad said...

Dulu masa sekolah rendah selalu dapat no hujung-hujung.

Masa sekolah menengah, tinggi, kena duduk hujung kelas.

Masa ITM, selalu dapat assignment hujung-hujung hari menjelang cuti tgh sem

Masa UTM, selalu dapat kolej hujung-hujung je...

Masa depan, mungkin akan kawin hujung-hujung umur 20 an

Hidup ini penuh dengan hujung-hujung

ad3ck said...

kesimpulan: ader 11 komen pasal hujung..:)

me! said...

pastu perangai hujung hujung ni bawak kat adik adik...

ontahsapo said...

aku suka pisang goreng yg sebelah hujung... auww...!!

kemat said...

aku mungkin pengomen yang terhujung..ada mase hujung menyeronokkan..ada masa boleh membawa kepada sesalan..

lediagli said...

ada sorang kawan bagi speech waktu geng kitorang turun ke skolah lama untok bagi motivasi adek2 SPM.. sambil meninjau ke bawah dari atas stage..

"keadaan masih sama..yang di depan dewan geng skema..yang di hujung penjuru2 dewan otai.. yang pasti.. satu masa dulu..kami yang berada di atas pentas ini.. berasal dari dua arah.. dari hadapan dan dari hujung dewan..payah nak cari yang dari tengah"

maka.. hujung tu bukannya penamat.. hujung tu adalah satu pembelajaran untuk berada di depan.. dan di penjuru hujung2 itu terselit macam2 pengalaman.. yang berbeza dari di depan..

yani said...

semua kisah hujung ni.. tapi apa pulak kaitan dengan makcik jual etok tu.. ko gerai dia pun dok kat hujung.. kalu kat hujung mesti etok dia paling sedap :)..

lagi satu nak tanya.. kat Msia 1 website berapo hargo?

Mazudi said...

lan,
Banyak poblem ngan line internet kat sini sekang, harap harap belum sampai hujung la ni.

bp,
Makcik tu jual kepah sama ketam. Sedap ketam dia.

nieys,
Tu la pasal.

titicaca,
belum lagi, ramai lagi tu.

Azhar,
bahaya tu, kena ubah paradigma tu.

Ad3ck,
Terima kasih.

me!,
Ada terkena ker?

OS,
Hujung yg mana satu beb.

kemat,
Mintak mintak boleh dapat hujung yg best best.

lediagli,
Tapi dua dua pun hujung kan, hujung sebelah depan ngan hujung belah belakang.

yani,
ha'aa, makcik tu jual etok kat hujung kampung.

Harga website macam macam la. Yang aku buat tu untuk kawan aku jer, cinacai cincai jer bagi dia.