August 31, 2006

MERDEKA

Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan Yang ke 49
Dari Aku Yang Lahir Selepas Merdeka
(Scroll ke bawah untuk latest entry)

August 29, 2006

Hujung.


Aku bagitau Syafique ngan Faeiz, kalau nak makan mangga kita ambik yang hujung-hujung, baru manis rasanya.

Aku selalu tanya student aku, kalau masuk kelas kenapa suka duduk hujung hujung, takleh ke isi tempat kosong kat depan?

Boss aku bagitau aku masa miting dulu, jangan nak tunggu sampai hujung hujung baru nak siapkan repot tu, nanti Pengarah tanya, boleh terus bagi kat dia.

Bini aku selalu merungut kenapa hujung hujung ni, duk depan komputer jer sampai takder masa nak duduk sesama tengok TV.

Last week, the whole week, kena siapkan satu website customer yang dah tersangkut dekat sebulan dah, sebab aku suka buat kijer hujung hujung. Last week jugak, boss dah tanya pasal report yang aku tak siapkan tu sebab boss dah mula tanya dan aku suka buat kijer hujung hujung. Last week start cuti jadi aku takder jumpa student dan simpan semua mender tu nak buat dalam cuti. Last week aku takder masa nak tengok Siti kawen dengan bini aku kat TV sebab dua dua mender tu kena buat dalam satu masa.

Tadi, Syafique ngan Faeiz berebut air Vitagen yg di pack lima tu sebab dua dua nak ambik yg sebelah hujung, sebab aku cakap yang kat hujung tu sedap rasanya.


E-Book Download
Aku baru siapkan database e-book aku dengan 4300++ tajuk ebook dari rapidShare, etc. utk korang download. Just search the title or any keyword, then download freely kat sini. Happy reading.

August 21, 2006

Gurah


Ya, aku mengeja nya dalam Bahasa Melayu yang betul. Bukan Gubra. Gurah.

Tadi pergi pasar cari lauk. Nampak budak Filipin main guli kat kaki lima pasar. Korang kalau pergi pasar ikan KK, ini adalah senario biasa, kekadang bukan main guli, tapi main lambung duit syiling, satu jenis judi yang aku tak paham caner nak main. Duit syiling diaorang dapat dengan jual plastik kat orang ramai yg beli ikan kat pasar.

Gurah adalah sejenis permainan guli yang aku main kat kampung masa sekolah rendah. Guli dia bukan yg guli kecik yang ada kaler kaler kat dalam tu, tapi kaler putih. Saiz dia besar, dalam satu inci diameter.

Ada tiga lubang yg dibuat pada gelanggang untuk bertandingan ni. Dia punya target adalah untuk masukkan buah gurah tu sebanyak sembilan kali dalam lubang tu (tiga kali setiap lubang), sapa yg paling awal dapat sembilan point dia menang. Jadi kena halang orang lain dari cepat dapat point. Cara dia dengan pakah (tembak, jentik, pukul, whatsoever) gurah pihak lawan dengan gurah kita yg boleh membuatkan gurah pihak lawan berada jauh dari lubang yg ditarget. Ini memerlukan skill yang tinggi. Kalau nasib tak baik, gurah pihak lawan boleh pecah bila dipakah. Banyak lagi undang undang dia yg aku dah tak ingat.

Permainan peringkat amatur biasanya dibuat kat laman rumah PakSu Ya'akub dengan pemain pemainnya adalah dari peringkat sekolah rendah sampai tingkatan satu. Bila dah jadi juara kat sini, baru boleh main dengan geng pro yg biasanya dibuat kat depan rumah PakNik Deraman. Kalau amatur nak main kat gelanggang ni boleh jugak, tapi kena pagi pagi sebelum geng senior datang.

Dikatakan ada tiga kualiti buah gurah. Satu yang dibuat dari gandum, kedua dari kaca dan ketiga dari batu. Yang terbaik adalah yang dibuat dari batu. Untuk menguji kualiti buah gurah, masa kita beli kat kedai KakWan Jarah atau kedai Jah Wail atau kedai Lee Me Hin tu, kita digalakkan untuk menjilat buah gurah, jadi kita dapat tahu dari kualiti mana buah gurah tu.

Dari dalam kereta sambil tunggu bini gi beli ikan, aku lihat budak filipin tu main guli kat situ sampai habis. Dia punya undang undang dah lain. Permainan sekarang tak sama lagi ngan permainan pakcik dulu dulu. Pakcik main sebab masa tu TV ada siaran jam 5.00 petang. Syafique ngan Faeiz pula permainan dia ialah game kat CartoonNetwork. com


E-Book Download
1. Not Just a Living
2. Finding a Job on the Web
3. Total E-Mail Marketing
* Give me a credit by clicking the ads. Thank You.

August 19, 2006

Blushing


Salah satu kemudahan yang ada kat sistem intranet kat tempat aku ni ialah kalendar. Kalau macam nak plan meeting just masuk kat nama orang tu dan update la ajak dia meeting kat mana mana masa yang kosong, begitu juga sebaliknya. Memang jarang orang pakai sebab lagi senang telepon jer.

Kelmarin, disebabkan takder kijer, aku try la masuk. Kebetulan nak ajak group aku ni meeting untuk projek Kelab Kembara. Sesajer jer, padahal dah telepon pun. So, masuklah kat kalendar Cik Nurul ni, tulis kat kalendar tu pada hari Jumaat Meeting Kembara, jam 4.00 petang.

Lepas taip dan save tu, gi pulak godek blog kawan kawan. Tau jer la nak ngabiskan semua blog yg ada kat blogroll tu berejam jugak.

Habis layan blog kengkawan semua, godek balik kalendar tu. Teringat kat Syafique ngan Faeiz nak makan pizza pulak esok. Jadi tulis la kat situ, Sabtu, 8.00 malam, Pizza Hut. Godek godek lagi tengok apa yg best best. Lama pastu baru perasan yang kalendar aku tengah godek tu masih lagi kalendar Cik Nurul. Nak jadi cerita pulak, kita boleh tulis jer kat kalendar orang, takleh nak edit buang. So, adalah appointment aku ngan Syafique dan Faeiz kat kalendar Cik Nurul tu.

Pagi tadi, wife suruh pergi beli breakfast kat cafe. Jumpa la Cik Nurul tengah nak ambik mee jugak sama ngan aku.

"Petang ni jadi meeting eek?" Cik Nurul.
"Hmm". Aku
"Oo Mazudi... Nurul nak introduce, ini Eddie, bofren Nurul. Dah lama dah kami kenal, masa study dulu lagi. Nurul datang awal sini, dia baru bulan lepas ikut Nurul posting kat Sabah ni." Cik Nurul.
"Hi.., Mazudi". Aku, hulur tangan salam sama Eddie.

Blushing.
Tak selalu orang introduce bofren dia kat aku.

Jarang jarang orang buka kalendar tu, takkan la dia tengok kot.


E-Book Download
1. Professional Excel Development
2. Excel Workbook For Dummies
3. The Complete Idiot s Guide to Playing Guitar - 2nd Edition
* Give me a credit by clicking the ads. Thank You.

August 16, 2006

Bebas


Pagi tadi ada announcement kat speaker dalam bilik aku ni yg mintak semua student ngan staff pergi dewan untuk perasmian Bulan Kemerdekaan. Patut la kat pagar semua penuh bendera.

Pukul 10.00 pagi tadi datang sorang student jumpa aku kat bilik.

Student : Incik, bila saya boleh interview praktikal?
Aku : Datang petang ni bole tak?
Student : Ada perasmian bulan kemerdekaan la incik.
Aku : Ha'aa kan, lupa pulak.
Student : Dia orang ni pun satu hal la incik, semua student dipaksa pergi, pastu kena pakai baju batik lagi pulak tu. Suruh la budak budak sem satu jer ker. Bukan muat jugak dewan tu untuk semua student tu.
Aku : Pergi jer la.
Student : Abis bila bole interview incik.
Aku : Awak bebas nak datang bila bila.

Pukul 10.30 pagi pulak datang pulak kawan aku, lecturer jugak.

Lecturer : Nak gi tak petang ni perasmian bulan merdeka.
Aku: Bukan wajib ker? Tah ler, korang gi aku pergi la.
Lecturer : Ahh, banyak lagi kijer lain kena buat. Aku nak kena setel kertas kerja aku ni, esok budak nak buat projek dah. Tak siap karang saja jer. Dah macam takleh nak bergerak dah aku ni.

...maka lenganglah Jabatan aku ni petang ni sebab semua orang kena paksa pergi sambut merdeka.

...dan aku merdeka kat sini sebab takder orang kacau lagi untuk melawat blog kawan kawan.


E-Book Download
1. Men Are from Mars, Women Are from Venus (E-Book + Audio)
2. How to Start a Conversation and Make Friends
3. How to Read a Person Like a Book by Gerard Nierenberg
* Give me a credit by clicking the ads. Thank You.

August 14, 2006

Sayang


Satu petang tiga hari lepas ada mender masuk dalam mata Syafique. Tak tau apa. Orang nak tengok dia tak kasik. Menjerit jerit sambil gosok gosok mata. Puas dipaksa nak tengok dia tak bagi. Tutup mata dia ngan tangan, sampailah dia tertidur. Malam tu ibu dia tengok time dia tidur, tak nampak apa apa pun.

Esoknya bila bangun pagi, Syafique masih lagi tutup mata dia ngan tangan. Ibu dia cakap sesajer la tu nak mengada. Padahal bukan ada apa apa pun. Satu hari hari tu dia tutup mata ngan tangan, kalau lepas jer tangan dari mata sebelah kiri tu, dia akan pejam dua dua mata. Terdetik jugak kat hati, betul ker takder apa apa.

Kelmarin, bangun pagi dia masih jugak tutup mata dia ngan tangan. Disebabkan sakit hati nengok, sebab dah tegur banyak kali suruh dia bukak mata tapi degil jugak, aku pegang tangan dia paksa supaya tak tutup mata. Dipejamnyer rapat rapat mata dia. Paksa paksa pun tak nak buka mata. Dah tak tahan sangat, semua satu badan Syafique kena pukul dan kena cubit. Tak kira yang kena tengking lagi. Apa lagi meraung la dia, satu kampung dengar.

Last last dah tak tahan kena pukul, dia pun bukak mata (macam citer melayu dulu dulu yang kalau orang baru habis operate mata, pastu first time doktor nak bukak tu). Baru di kasi aku tengok. Rupa-rupanya ada satu macam lebam dah kat dalam mata dia sebelah bawah, kat mata putih. Patutla menangis sangat. Tapi bila disuruh buka tu, takder apa apa pulak. Tak sakit pun.

Rupanya ini la orang tua cakap, sayangkan anak lempang lempangkan. Kalau tak kena lempang, mana dia nak bukak mata tu. Sampai bila pun aku ingat dia sengaja tutup mata.

Nasib baik ayah aku selalu lempang lempang aku masa kecik kecik dulu kalau tak gi sekolah, kalau tak mungkin aku salahkan dia kerana tak jaga persekolahan aku. Sayang dia kat aku rupanya.



E-book Download
1. PowerPoint Advanced Presentation Techniques
2. Google Adsense Secrets (2nd edition)
* Give me a credit by clicking the ads. Thank You.

August 12, 2006

Hadiah


Disebabkan akhir akhir ni aku terasa baik hati sangat, jadi aku terpikir untuk menghadiahkan kat korang sesuatu untuk di download bila berkunjung kat blog aku. Hopely, kebaikan hati aku ni aku berterusan dan aku rajin untuk mencari material untuk korang semua download.

Untuk sesi hari ni, marilah kita sama sama download buku buku dibawah:

1. Dan Brown - The Da Vinci Code
2. Harry Potter Book 1 to 6
3. Stephen King Book : Book 1 (25 book)
4. Stephen King Book : Book 2 (25 book)
5. Google Advertising Tools : Cashing in with AdSense, AdWords and the Google

Untuk tidak menyesatkan korang kat tempat download tu nanti Download Link tu berada kat bawah sekali sebelah kanan.

Sebagai kredit untuk aku pula, korang boleh la klik kat mana mana iklan adsense kat sana. Sekali pun ok laa.

Selamat mendownload dan Happy Reading.

August 10, 2006

Alasan


Bila tengah tengah syok mengajar, tetiba sorang student bagi salam dan minta izin untuk masuk kelas selepas lebih kurang 15 minit kelas bermula.

Aku : Nak carik sapa?

Student : Tak encik, saya kelas ni.

Aku : hoh!, pukul berapa dah ni, naper lewat.

Student : Tak encik, sebenarnya saya awal awal lagi dah turun rumah. Sampai kat bandar KK tu, jam pulak jalan, slow betul. Pastu bila saya sampai kat area Tanjung Lipat tu ada pulak kereta peronda tahan motor, kena lagi berenti. Lama pulak tu dia cek satu satu motor saya. Sib baik takder apa apa. Pastu saya jalan sampai kat area Taman Indah Permai tu pancit pulak tayar kat traffic light situ. Terpaksa kena sorong motor gi kedai kat Indah Permai. Tinggal motor kat situ la ni encik. Terpaksa kena naik bas datang sini. Bas tu pulak dekat 15 minit saya naik baru boleh jalan, kena tunggu penuh dulu. Dah la gitu, berapa kali berenti tah baru sampai.

Aku : Pukul berapa awak turun dari rumah tadi?

Student : Dalam pukul 7.30 lagi encik.

Aku : Sekarang dah 8.20 kan. Kalau nak ikut cerita awak yang panjang lebar tu, rasanya dua jam baru awak boleh sampai sini tu.

Pada korang semua yg selalu masuk kelas / kerja lewat, kalau nak bagi alasan, jangan la yg perfect sangat.

p.s : Untuk tidak membuatkan korang berfikir, ya, student tu aku suruh masuk dan aku tak marah pun.

August 8, 2006

Penilaian


Masuk opis lepas abis kelas tadi baca satu memo kat atas meja. Memo pasal interview dan penilaian budak yang habis practical.

A.

Kamal telah menajalani latihan industri di sebuah syarikat kepunyaan pak cik nya di bandar Tawau. Tempat praktikal dia dekat dengan rumahnya dan dia tiada masalah untuk hadir ke tempat latihan setiap hari.

Sewaktu buat lawatan, selepas bertanya dan menginterview pengurus syarikat tersebut, merangkap pakcik beliau tu, didapati beliau telah menjalani latihan dengan begitu cemerlang. Tidak ada masalah dengan kerja. Mengikut pemerhatian pensyarah itu juga pemakaian beliau juga cukup kemas pada hari lawatan tersebut, sedangkan syarikat tersebut adalah adalah sebuah bengkel mesin yang service enjin jentera berat.

Bila diminta untuk melihat buku catatan harian nya, beliau tertanya tanya kepada kerani kat pejabat. Namun begitu, buku itu cukup lengkap dan kemas sekali.

B.

Asrul telah menjalani latihan industri di satu kawasan perindustrian di Kolombong, Kota Kinabalu. Syarikat tempat beliau menjalani praktikal adalah satu syarikat multinasional dengan operasi utama adalah pemasangan badan kenderaan. Beliau berasal dari Sandakan dan tidak mempunyai saudara mara di KK, oleh itu beliau terpaksa menyewa satu rumah bersama pekerja kilang ditempatnya.

Sewaktu buat lawatan, selepas bertanya dan menginterview pengurus syarikat tersebut, yang bahasa melayu yang boleh diucapkannya hanyalah "ok". Didapati Asrul mendatangkan banyak masalah kepada syarikat, ini termasuklah dari segi kedatangan, kebolehan beliau serta pergaulan dengan rakan sekerja.

Bila diminta untuk berjumpa Asrul ditempat kerjanya, didapati pemakaiannya sungguh tidak menampakkan identiti seorang pelajar, dengan minyak enjin penuh dekat overall beliau. Pada masa pertemuan itu, beliau sedang melakukan kerja pemesinan menggunakan mesin larik.
Bila diminta untuk melihat buku catatan harian nya, didapati buku itu telah lusuh dengan minyak dan didalam nya penuh dengan sketching machine part.

C.

Penilaian dari syarikat ada ditangan aku sekarang dengan Kamal hampir mendapat full mark, sedangkan Asrul cuma cukup cukup makan, malah ada kriteria yang dia fail.

Soalan:
Bagaimana nak mendefinisikan "pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi" dari kedua dua pelajar ini.

August 7, 2006

Cadangan


Selain dari mengajar, salah satu benda yang aku kena buat adalah jadi penasihat untuk outdoor club kat sini. Kelab Kembara. Boleh dikatakan banyak jugak dah xtvt yang aku dah buat macam naik gunung, kayak, orienteering dan hiking. Kelab ni kira bawah unit ko-kurikulum.

Minggu lepas masuk perjumpaan kelab. Untuk xtvt kali ni aku cadangkan untuk buat xpdc kat Maliau Basin. Satu tempat kat Keningau yang dipanggil Lost World, sebab jarang orang masuk kat sana. Aku dah suruh student buat satu jawatankuasa untuk projek ni.

Tadi pagi pergi opis Maliau Basin Conservation Area kat Bangunan Yayasan Sabah, jumpa ngan officer dia kat sana untuk dapat info. Memang menarik dan extreme xtvt kalau boleh buat. Setelah dimaklumkan oleh Mr. Albinus, officer tu, beberapa benda yang boleh dihighlight:

1. Perjalanan masuk dia kena pakai 4WD sejauh dua jam perjalanan untuk sampai ke first camp site.
2. Untuk xpdc ke basin tu kena ambik 5 hari 4 malam baru boleh cover tempat tempat yang menarik.
3. Bajet dia mau dalam RM700.00 sorang untuk xpdc ni, tak termasuk makan.

Masa drive balik tadi, buat kesimpulan, memang rasanya takleh nak jalan program ni untuk xtvt student.

Itu satu pasal. Satu hal lagi, macam mana nak kasik tau student yang program ni terpaksa kena batal. Satu benda yang mudah untuk cakap tak jadi tu, apa yang masalah ialah bagaimana aku nak masuk kelas tu sebagai seorang penasihat kelab, dan bukannya seorang pencadang yang telah menubuhkan satu jawatankuasa untuk menjalankan xtvt yang aku sendiri tak tahu statusnya. Satu kesilapan yang kita buat orang akan ingat sampai bila bila, tapi tak kira dah berapa banyak benda yang bagus kita dah buat, orang mudah tak ingat.

Terpaksa cari satu program lain la ni nampaknya, yang aku nampak Lembah Danum. Dah pergi dah sini dulu.

Moral dia, kalau nak cadangkan sesuatu, buat homework dulu, jangan main ikut sedap mulut jer, even kau ada kuasa.

August 3, 2006

Aplikasi


Kena masuk kelas Basic Computer tu lagi. Kali ni citer sikit pasal teknologi IT yang dah ada sekarang dan bagitau student yang teknologi ni cepat sangat develope, kadang kadang tak terkejar. Cerita pasal multimedia dan gadget gadget yang ada sekarang.

Bila aku mengajar benda yang macam ni aku selalu kena beranggapan yang student aku tak tahu pasal apa yang nak diajar, nanti senang untuk kita nak bagitau dia orang dari se simple simple fact sampaila ker yang agak komplikated sikit.

Dalam dok tengah syok bercakap tu, tetiba satu lagu berbunyi dengan nyaringnya dari handset sorang student. Lagu Tokyo Drift (Fast & Furious). Budak tu cepat cepat keluarkan henset dia tu dan tercari carik keypad utk rentikan bunyi tu. Hmm... henset mewah 3G yang boleh pusing pusing nak ambik gambar tu.

OK la. Sabar jer, teknologi kan.

Sambung lagi ngajor. Sentuh lagi pasal multimedia, cerita pasal mp3, movie dan segalanya yang boleh dapat kat internet. Macamana senang nyer orang sekarang nak dapatkan itu semua.

Tetiba sorang student bersuara, "Encik, saya kalau nak download underground nyer lagu saya pergi kat sini, ..[sambil menyebut nama website tu yang aku tak ambik perhatian sangat]. Saya punya player ni pun dah penuh ngan lagu yang download dari situ la." Sambil pegang kat earphone yang tergantung kat leher.

Ok la. Sabar jer, teknologi kan.

Sambung balik mengajar lagi, tetiba bunyik la ringtone "Mission Impossible" versi dulu dulu dari Nokia 3200 aku ni. Boss call.

Boss : Mazudi, ngajor ker?
Aku : Ha'aa la boss, dalam kelas ni.
Boss : Nanti datang opis ni, tolong copy lab sheet ni masuk cd. Tak pandai buat la.
Aku : Ok. Nanti abis kelas la.

Terlintas kat kepala otak aku, " Rasanya boss aku ni lebih layak untuk ikut subjek ni dari budak budak ni nih"

Sabar jer la, teknologi sekarang cepat sangat berubah.

August 1, 2006

Take 5


Kelas start pukul 8.00 pagi hari nih. Harapkan nota yang sama dari semester lepas dan masuk kelas dengan konfiden. Lama dah tak buat kelas dua jam macam ni, kering jugak tekak. Nasib baik pagi sebelum datang tu wife sediakan bihun goreng yang special dia tu.

Sampai jam 9.00am gitu dah tak larat nak menjerit kat dalam kelas, suruh student take 5. Dengan gembiranya dia orang keluar ambik angin kat koridor. Aku pulak dengan tanpa rasa bersalah masuk opis kejap smoking untuk mengurangkan rasa payau kat tekak.

Perjalanan ke opis ambik masa 7 minit termasuk tegur kawan kawan masa berjalan dan kena tanya itu ini dengan kawan time tu. Smoking kat opis ambik masa 5 minit untuk abiskan. Perjalanan balik ker kelas ambik masa 3 minit lagi sebab ambik shortcut, nak lari dari kawan kawan yang menegur. Total masa untuk take 5 aku jadi 15 minit.

Masuk kelas, tanya student "dah abis 'take five' awak?"

Pernah masa student dulu, bila lecturer suruh take 5, keluar dan masuk tandas untuk smoking. Kena pulak kawan kasik rokok "Gudang Garam Surya" tu, ambik masa 20 minit untuk abiskan. Bila dah abis, kawan kawan yang lain semua dah masuk kelas , dan aku masuk cafe.

*Amaran Oleh Kerajaan Malaysia: Merokok Membahayakan Kesihatan."

p.s: Kalaulah student aku baca entry ni, susah nak buat "take 5" lagi ni.