Semalam (09/10/2006)
10.30am :
Sampai KK, cari parking dekat setengah jam, baru dapat satu, tu pun kat Jalan Gaya, terpaksa jalan kaki dekat 0.8KM untuk ke Wisma Dang Bandang.
11.15am:
Tingkat 3, Wisma Dang Bandang.
"Nombor dah habis ya. Yang mana belum ada nombor boleh balik, datang semula esok."
12.15pm:
Rumah.
Buat muka ngan bini. Sib baik dalam pantang.
2.00pm:
Pejabat Pendaftaran Daerah Tuaran.
"Anak incik ni lahir kat Hospital Likas, incik kena pergi KK untuk buat surat."
"Ooo yer ker. Ingat mana mana pun boleh. Terima Kasih"
Hari ini (10/10/2006)
9.50am:
Sampai KK, cari parking, dapat parking kat tempat semalam juga, walau dah pusing 4 kali. Cuma yang ni tambah 50 meter lagi jauh dia.
10.10am:
"Nak buat surat lahir anak la puan"
"Dah abis isi borang? Potostat ic mak ngan ayah dia ada?"
"Ada puan. Sini"
"Nih ambik nombor, tunggu panggil"
"Terima Kasih"
No. sekarang 1040,
No. Anda
1059.
Sila tunggu. Anda akan dilayan sebentar lagi.
11.00am
Ada satu perempuan mengamuk sebab tak dilayan kat kaunter. Yang jelas kedengaran,
"Kurang Ajar. Aku mau tanya saja bah!!"
Yang lain, bahasa Filipin.
11.20 am:
"Satu. Kosong. Lima. Sembilan. Kaunter Empat"
Hooray. At last naik jugak nombor.
11.30 am:
"Okla, kalau semua dah betul macam incik semak. Sila tunggu dulu, nanti kaunter satu akan panggil"
"Terima Kasih"
12.05 pm:
"Satu. Kosong. Lima. Sembilan. Kaunter Satu"
Huh. At last naik jugak nombor.
"Bayar tiga ringgit incik yer. Terima kasih"
"Sama-sama"
Maka hari ni baby baru aku disahkan WARGANEGARA Malaysia dengan nama
MUHAMMAD ASYRAF DANIEL BIN MAZUDI.
25 comments:
tahniah.. sebab berjaya daftar surat beranak tu hahaha
boleh tahan gak lama ek... Mujur la masa aku daftar anak dulu tak sampai 15 minit. Maybe takde ramai orang nak daftar anak time tu...
Apa2 pun tahniah sebab anak kau dah jadi warganegara Malaysia.
Huhuhuhu, kanke best dok kat kampung.
Org tak ramai. Pasal sampai skrg ramai tak buat lagi MyCard. Kita lihat bulan doblas nanti. Yeahhhh
panjang nyer nama anak.
nama bapak , pendek jer.
Jenuhlah dia bila nak mengisi borang bila besor nanti.....
Dulu masa anak no 1 hingga no 3 , senang je bila buat surat beranak, sebab pejabat pendaftaran kat tingkat bawah jer. Umah tingkat atas...
yeay!
alhamdulillah.. comel banget anak ko Mazudi.. .. alhamdulillah juga sebab semuanya selesai.. tahniah untuk ko dan keluarga
sedapnya nama..
oo kena buat IC gak ek utk baby?
org dedulu pegi balai polis jer buat surat beranak.. termasuk la surat beranak aku..!! sekarang susahnyer... huhuhu..
rambai,
Nak tak nak kena juga buat mender alah ni.
debik,
Masa aku daftarkan anak sulung dulu tak pulak macam ni ramai orang. Musim orang beranak kot sekarang.
azhar,
Yerla. Aku pergi kat Pejabat Pendaftaran Tuaran tu, kerani dia tengah kilat kuku.
pb,
Tu la. Terlintas jugak kat kepala aku, cukup ker tak kotak untuk nama kalau dia nak isi apa apa borang nanti.
binjai,
hihi. yeah yeah.
ayu,
tima kasih.
tiara,
bukan ic tapi surat beranak. Yer la, surat beranak sekarang dah ada nombor ic terus.
zac,
Ha'aa. Surat beranak aku ngan adik adik aku pun ayah aku buat kat balai polis jer.
wah..rayer nie bertambah meriah ler hang no..family makain ramai..berkat Ramadhan nie..tahniah
kemat,
Balik raya kat kampung bawak anak baru mesti family sayang lebih kat kita kan.hihi.
Tahniah~!
btw, kampung ko kat ner? Semenanjung ker Sabah gak?
ker SIAM? or FILIPINA? muehehehe..[melawak jer!! idea dari komen yg ko bagi..;p]
anak kau tak tahu segala kerenah birokrasi demi nama panggilan dia tu. hehe.
wah,pjg jgk nama anak en mazudi kita nih ;)
tahniah.... sedap nama anak ko. maknanya apa eik??
bila ngko nak dapat title 'binti'
p/s: berusahalah bersungguh2 demi kejayaan.
ad3ck,
Kelantan.
amanitium,
memang kerja bapa kena menyusahkan diri untuk anak anak. :(
hayad,
Tah le, ibu dia punya kreativiti la tu.
esis,
lupa dah apa makna dia. Ibu dia lagi tau tu. Aku tukang isi borang jer.
kimi,
Yer. Yer. Tengah berusaha dengan gigih la ni. Hihi.
nak sampuk komen kimi
bagilah orang perempuan ni rehat sikit... kan en. mazudi..? :D
Kenit,
Yer. Yer. Ha'aa.
Kasik la dia duduk dengan selesa dalam tiga pat taun lagi.
Biasa la perkhidmatan kaunter ni..
Apa-apapun tahniah sebab dah rasmi anak kau dah ber'nama' dan ber'warganegara'......hehehe
testing.. testingg...
nieys.
testing lagi sekali..
ha.. baru le blh komen.. rupanya kena guna 'other' or 'anonymous' yer..
mazudi, nanti awak delete la post saya yang kat atas tu yer..
puas hati dapat komen.. tahniah.. tahniah.. walaupun sedikit terlewat..
zudi, kenapa shoutbox awak tak appear? server down? gatalnya tangan ni nak tinggalkan msg kat ctu..
payah gak nak daftar ek... apa2 pun tahniah sekali lagi... sedap namanya...
Selamat dpt baby baru..
Selamat menambahkan ahli keluarga
Selamat berpuasa
Selamat Hari Raya
Post a Comment