December 16, 2006

Extend


Last Week
Hari terakhir hantar proposal untuk next semester Project bagi semester akhir.

Student: Hello, incik ada kat opis ker?
Aku : Ada. Naper?
Student: Nak hantar proposal.
Aku : Erghh. Hari ni due kan? Aduihh... Ok la. Hantar jer.
Student : Kejap incik, 10 minit. Nak print drawing jap.
Aku: Haa. Yer la.

Team dorang ni, baru dua kali datang jumpa ngan aku untuk discuss pasal project ni. Tajuk pun belum tentu aku boleh lepas lagi.

Jumaat.
Dalam dewan peperiksaan.

Student: Camana incik ngan proposal kami hari tu?

Aku : Camana apa kalau saya tengok kat content page tu pun macam banyak yang tak kena dah. Rasa macam banyak lagi kena bincang balik laa. Semester depan laa.

Student : Semester depan incik?Awal semester dah nak kena start ngan buat barang ngan testing apa lagi dah.

Aku : Design macam tak cun aar. Extend la korang. Lagipun, bukan student mekanikal la kalau tak extend.

Student : errk....

Baru aku perasan, memang student mekanikal ni susah nak grad on time eek.

*Teringat aku kat roomate aku masa study dulu bila prof dia gi ketuk bilik hostel aku nak mintak dia hantar proposal tesis. Sama naik jer la kot geng aku dulu dengan student aku ni sekarang.

20 comments:

kasutVINCCI said...

zaman kv dulu, mujur ada semester mei. Kalo dak, dah extend dah. Tak boleh grad on time. Hehehe

Anonymous said...

budak mekanikal masa aku study dulu pulak... awal2 semester pertama lagi dah drop certain subjects... dan menjamin tak akan grad on time. Sebabnya? dengar cakap senior... "subjek ni susah, gerenti fail lahh kalau ambik sekarang... ko drop jer... kalau amik byk kredit, KG nanti"

LediAgli said...

rase macam tengok cermin tak time cakap dengan diorang?

Anonymous said...

Zudi,

suami saya grad on time. muahahaha... :D

petua nak grad on time, letak diorang ni dalam kampus yang tak best.. contohnya: budak mech USM yang duduk kat kampus Tronoh tu.. hehehe..

tumismenumis said...

Kak KV,
Yer kan. Semester Mei. Dulu kat sini pun ada, sian ngan kami takleh cuti. Sekarang dah takder lagi dah.

LanRambai,
Patut la pun. Sampai sekarng agaknya pesanan tu terbawa bawa.

LediAgli,
Bukan lagi rasa macam tengok cermin. Ayat yang sama tu la yg diucapkan oleh prof aku dulu.

Nieys,
Tahniah untuk suami awak. Kira rare spesis gak la tu.

Penjara mental tu nieys.

Anonymous said...

belajar zaman skrang tak sama ngan zaman dulu.zaman skrang banyak hiburan.tu yg terleka tu.

kingbinjai said...

adus! bisa tu...

Pandang Dengar Diam said...

kalau tajuk tu ko letak X10 pun ok jugak kan hehehehe.....guanno mu awee....

Anonymous said...

cikgu..kalo depa xtend kena bayar lagi ker?? siannya kat depa!!

~~Tiara~~

tumismenumis said...

Penyu,
Teknologi tu.

Binjai,
Ko tak pernah x10 ker?

Cuaca,
Mula mula memang cadang nak wat gitu, pastu teringat kat ko. Takut langgar akta hakcipta plak.Haha

Tiara,
Mereka kata "Itu pun punca pendapatan"

me3n said...

first time dengar prof datang ketuk bilik mintak proposal..prof tuh kira baik per nak tolong student..student yg tak tolong diri sendiri hehe..

Anonymous said...

hu..hu... macam aku jugak.. malas tul nak jumpa discuss pasal projek... bila aku datang jumpa prof, prof suh jumpa abg master tuh.. alih2.. aku jumpa tak sampai 3 kali utk final year projek aku..
hiii..hiii... pelajar macam ni kah?? ha..ha...

Unknown said...

"Lagipun, bukan student mekanikal la kalau tak extend."

Kalau husband saya baca ni, mesti bengang ni...hihi. Dia grad on time masa undergraduate dulu, dah buat phd ni, memang ler kena extend....

13may said...

bila extend...boleh jadik budak super senior..kira jadik otai la dlm kampus...hehhe:D

debikdebuk said...

Best la prof tu... Ko taknak ke jadi macam tu. Tunggu ko jadi prof dulu la...

blackpurple @ jowopinter said...

Extend lama-lama pun tak apa kalau free... he he...

Kaklong Syikin said...

salam kenal,

mesti tension kena extend kalau dah dlm kepala tu nak graduate cepat2..

Kemat said...

DUDE, KASI CAN KAT BEBUDAK TU GRAD LA... KESIAN DEPA

weAr said...

hoho..smpai camtu skli?
kitaorng kt sini,siap dipuji2 g..-mgkn klo kt tmpt orng,kesungguhan tu berlipat kali gnda g kot..

LediAgli said...

ceh... aku ingat aku sorang je yang paleng lembab apdet blog lepas raya.. rupanya ada lagi orang yang lagiiiiiii lembab beraer dari aku