December 11, 2006

BBS

1998 bbs.rindu Gathering

Pada suatu masa dahulu ada satu tempat di dunia maya ni yang dinamakan BBSRindu. Ia merupakan satu tempat berkumpul satu komuniti manusia dari berbagai daerah di dunia nyata. Dengan menggunakan program telnet, tempat ini dibangunkan dengan sistem bbs. (Bulletin Board System)

Pada masa kegemilangannya, terdapat ramai pengunjung dari berbagai peringkat dan status. Majoritinya adalah pelajar yang berada disetiap pelusuk dunia. Di tempat ini, mereka bertukar tukar fikiran, bertukar tukar ilmu serta paling tidak bertanya kabar antara satu sama lain. Keakraban yang terjalin sungguh unik. Mungkin disebabkan kebanyakannya bukan dari kalangan yang tinggal bersama keluarga, jadi tempat ini dijadikan arena untuk meluahkan dan menceritakan sesuatu.

Bila masa berlalu, dari seorang pelajar mereka menjadi seorang pekerja. Rata rata nya pula adalah pekerja proffesional. Masing masing berbangga dengan pencapaian yang diperolehi oleh ahli komuniti mereka. Topik penceritaan mula berubah angin, dari dunia kehidupan kampus kepada cerita cerita profesion yang juga amat menarik.

Masa yang sentiasa berubah menyebabkan komuniti ini juga berubah. Semakin lama dalam profesion masing masing, semakin kurang masa yang boleh diluangkan di tempat ini. Bila dah dua tiga tahun bekerja, ramai pula yang telah mendirikan rumah tangga. Dari semasa ke semasa tempat ini menjadi semakin kurang pengunjungnya.

Kepada mereka mereka yang terlibat dengan komuniti ini, rasanya masa tersebut adalah satu masa yang boleh dijadikan kenangan. Kalau anda yang baca ni adalah adalah salah sorang dari mereka, please drop a comment then cakap la apa apa.

Thanks to RedMummy yang mengilhamkan aku untuk buat entri ini dan sekali lagi setelah sekian lama memanggil aku dengan nick BRaTT.

Some historical Gathering Pix from Fahroe.com

14 comments:

Anonymous said...

Akulah salah satu geng BBS tu bratt.. nick eno ehehehe.. zaman tu memang best betul..

Anonymous said...

yang pastinya Am bukan Member geng BBS tu, tapi dulu Am da juga join group yg lebih kurang begitu

Oh ya, gamabar dalam fotopages tu lawa betullah, berbakat dalam bidang fotografi juga mazudi ni ya, guna kamera model apa ya

Unknown said...

tak boleh komen ke ni en mazudi? :D

LediAgli said...

dalam picxar tu.. aku kenai paroe je.. hehe.. ko pon aku takenai.. btw, aku dah idop balek dah.. hehe.. penat seot berendam lama2..

WRA said...

tak pernah dengar la pulak...tp akak mmg tak layan sgt internet dulu hmmmmm...

me3n said...

first time dengar..mgkn sbb ku budak kecik kot mase tuh..;p

jap, konsep dia cam friendster ker?

kingbinjai said...

aku bukan ahli tapi aku nak komen juga

pendita said...

Saley perkenaley...

Abe Mazudi tow..

Ambo ni peng'internet tegar sejak bertahun2. Banyak gak join komuniti alam maya. Tapi bukan BBS. Erk.. kalu bukan BBS, takleh komen ek? Huhuhu....

kasutVINCCI said...

kv pun tatau nak komen apa. hahahaha
seronot aa jumpa2.

Pandang Dengar Diam said...

gadering best boleh kenal2 dan boleh ngorat2 kan Mazudi kan....

tumismenumis said...

eno,
haha, sapa tak kenal ko.

am,
Baru jugak nak berminat ngan fotografi ni. Kamera biasa biasa jer.

sikenit,
Boleh komen apa.

lediagli,
Ko satu sekolah ngan Paroe eek?

kak wan,
Ini time old school nyer internet lagi ni.

ad3ck,
Tak. Dia guna telnet sbg interface dia. Ko run telnet:bbs.rindu.net

Kingbinjai,
Ha'aa. Sila sila.

Pendita,
Salam. Boleh apa nak komen ker, nak citer ker.

KV,
Sonot.

Anonymous said...

Hello BRaTT...! ahaks..

Aku tak 'geng' sapa-sapa..hehehe

LediAgli said...

satu skolah.. kenal time alumni la.. dia tu bapakkk tua dari aku.. kahkahaahak

Anonymous said...

hi.. aku pon salah sorang geng bbs rindu.. kalau masih ingat ngan geng anak2 rusa.. aku adalah salah sorang.. tahun 96 adalah tahun kemuncak aku rasa ehehhe.. tadi aku masuk bbs rindu... tapi sunyi sepi..