December 31, 2005

Drive With My Two Kids


Sekarang ni dah start cuti. Ada banyak masa ngan Syafique dan Faeiz. Bila petang petang selalu bawak dia orang keluar jalan jalan ngan kereta. Agaknya orang yang ada dua anak jantan yang sebaya ngan Syafique & Faeiz ni memang kena jadi orang yang paling sabar bila drive. Tak pernah duduk diam. Semua benda yang ada kat dalam kereta dia nak sentuh dan dia nak ambik.

Syafique lately ni suka kasi sakit hati Faeiz. Tak pernah duduk dengan perasaan tenang si Faeiz kalau kat atas kereta. Ada jer benda yang dibikin oleh abang dia untuk sakitkan hati Faeiz. Bising nyer bukan alang alang. Kalau buka CD atau radio kat dalam kereta, volume kasik 10 - 12 pun belum tentu boleh dengar sound dia. Sekejap terjerit, sekejap memekik.

Mintak jangan ayah dia ni tidak sakit kepala ngan sakit gigi jer, kalau tidak rasa rasa nyer banyak yang akan muncul lebam lebam kat badan dia orang nanti kena pukul.

Seorang ayah yang penyabar agaknya aku ni.

December 29, 2005

P.T.K

Kertas Jawapan Exam

Peperiksaan Tahap Kecekapan. Ini dah kali kedua dah ni. Dulu dah ambik sekali tahun 2003. Tahun 2004 tak ambik sebab malas isi borang. First time ambik dulu pass satu paper, itupun selepas di ulang periksa balik. Kali ni ambik satu paper jer, paper umum.

Banyak main common sense je menjawab. Tak study pun. Tengok laa sikit soalan malam sebleum exam tu. Itu pun satu set soalan jer.

Time balik bila cek balik soklan, nombor satu lagi dah salah. Nampak macam kena ambik lagi sekali la ni in the future.

December 27, 2005

Sistem Matrix Bulanan RM10



Bila dah rasa seronok hari tu dengan 4Daily.com, datang pulak iklan ni. Sistem Matrik Bulanan RM10. Lagi satu program yang dibuat oleh orang Malaysia yang akan launch on Januari 2006. Kira macam kalau join program ni sekarang kira pioneer la. Cepat laa join!!

Kalau tengok kat sistem dia tu, memang best gak sebab sampai downline generasi ke 8 dia punya bayaran masih RM1.00 untuk setiap referral. Modal dia RM10 setiap bulan. Kalau sesapa yang boleh pasang kaki dengan banyak memang boleh buat duit la ni.

Yang ni pun masuk gak duit 10 Ringgit hari tu, dah berstatus PAID member. Referral cuma bini aku jer.

Nak join pergi kat website ni.
http://rm10.ringgitcycler.com/cgi-bin/clickthru.cgi?id=mazudi

4Daily.com

Tah macam mana hari tu tengah tengah sibuk dengan marking kertas final budak ni, boleh ter surf kat iklan punya website. Pastu termasuk kat 4Daily ni punya website. Study pulak macam mana dia punya konsep pastu rasa macam best pulak.

Sebelum ni pernah kengkawan promote suruh tengok paid to surf nyer website macam ni. Tapi buat tak tahu jer. Kali ni try dan invest sikit duit kat 4Daily.com ni. Setakat ni duit yang terkumpul dah ada USD97.68 dah. Syok pulak tengok duit tu menaik jer hari hari lepas surf kat site tu.

Kalau sesapa nak tengok boleh laa join kat web site ni.
http://4daily.com/?ref=255823

December 20, 2005

Sick And Tired

Minggu lepas sampai semalam memang banyak sangat kijer yang urgent kena setel.
1. Student practical dah sampai critical time dah, banyak document yang nak kena siapkan untuk dia orang bawak masa report kat firm. Itu pun ada jugak lagi yang masih belum dapat tempat. Semalam baru siap dengan document student. Lega sket.
2. Assessment untuk semester ni dah nak kena hantar. Marking dah siap last week tapi masih jugak tak sempat nak key in dalam system lagi. Lecturer lain dah tanya pasal aku nyer mark, baru tadi pagi sempat siap satu.
3. Student semester satupun kena bagi taklimat untuk cari tempat dia orang nak praktikal for July session nanti. So, last Saturday dah buat taklimat kat dia orang, even ramai yang tak datang.
Last week ulser naik kat mulut, sakit nyer boleh tahan jugak, sampai nak makan pun berpikir. Nizam suggest satu pharmacy kat Kingfisher, gi ambik ubat kat situ. Ok gak ubat tu, letak dua hari, hari ni dah kira ok dah, tinggal sakit pun tak banyak lagi.

December 16, 2005

Nursery


Dah seminggu Shafique dengan Faeiz kena hantar ke nursery kat dalam Politeknik. Orang gaji dah berenti, kakak dia bersalin. So, dah seminggu jugak kena ubah schedule bangun pagi sebab kena hantar dia orang ke sekolah dulu.

Sebelum ni pun memang pernah hantar dia arang ke nursery tu. Seronok dia orang kalau kat sana. First day hantar hari Isnin dulu, Syafique balik dengan nyanyi lagu Twinkle Twinkle Litle Star dengan versi yang hampir penuh, sebelum ni satu ayat jer. Faeiz pun boleh pandai jugak la ikut sikit sikit.

Hari kedua bila gi ambik dia kat sekolah, dia dah tahu panggil nama kawan kawan dia yang sama masuk situ. Dah pandai berkawan. Kawan kawan dia pun macam ngam jugak dengan dia orang, dari jauh lagi jerit "Syafique!, Faeiz!.

Dalam masa seminggu ni terpaksa kena balik awal pergi ambik dia orang kat sekolah, pastu balik rumah bagi dia orang makan. Kena masak kat rumah sebab wife balik pukul 9.00 malam. Pastu tolong masuk kain baju kat washing machine.

Ok jugak sebab rasa macam dah banyak masa kat Syafique ngan Faeiz. Kalau time ada maid dulu tu, pukul 6.00 baru balik rumah. Kekadang malam tu datang opis lagi. Sikit sangat masa ngan dia orang. Dia orang pun makin banyak kena marah.

Utamakan Keluarga.

December 12, 2005

Gambir Sarawak


Tah macamana boleh terbeli benda ni. Tapi kalau tengok kat instruction dia tu, banyak guna benda ni.

Gambir Sarawak Asli


Gambir Sarawak Asli banyak terdapat di pedalaman suku kaum orang Penan. Ianya adalah sejenis getah pokok. Gambir Sarawak asli banyak kegunaannya seperti contoh..

1. Bisa gigi dan gusi
2. Digigit binatang berbisa
3.Tebuk lubang anting telinga
4. Gatal bernanah, bisul dan kudis
5. Terkena luka atau tercucuk paku berkarat
6. Khas untuk lelaki...(tahan lama)

Cara cara menggunakannya:

Potongkan sedikit gambir, kemudian campurkan dengan air. Setelah itu cairkan gambir tadi dengan air sehingga larut, dan apabila ianya sudah cair, letakkan di bahagian yang diperlukan.
Usah biarkan diri anda diselubungi panas.


*Kalau nak ikutkan ramai orang beli benda ni dengan alasan nak kasik kuat tenaga batin, tapi kalau nak ikut ranking mender tu dah kegunaan yang terlast, nombor 6 dah.

Whatever.

December 11, 2005

Jalan Jalan


Flight balik pukul 3.50pm. So pagi last tu ada masa untuk jalan jalan kat town.
Jalan kaki dengan Nizam ke Riverside tu ke kedai sourvinear yang banyak kat tepi sungai tu. Tak tahu apa nak beli sebenarnya since kebanyakan benda pun lebih kurang sama ngan KK. Aku beli T-shirt lagi kat Syafique ngan Faeiz, pastu beli sarung serawak tu dua helai.

Adeq sampai dalam pukul 11.30. Dia yang bawak gi beli t-shirt tu. Pastu gi ambik gambar kat sebelah muzium tepi sungai tu. Minum sekejap, dah pukul 1.00 gitu, Adeq bawak pulak pergi Muzium Sarawak. At least berinformasi laa sket.

Pukul dua balik hotel untuk check out.

Good Old Friend


This is a credit.

Thanx dekat Adeq yang bersusah payah layan kita orang. Dia yang ambik kita orang kat airport, carikan hotel, pastu besok pagi tu, awal awal lagi dah ambik kita orang kat town bawak ker PKU. Pastu malam malam pun keluar lagi minum. Siap bawak kami pergi shopping kat Riverside on the last day sebelum hantar kami pulang ke airport.

Thanx juga dekat Razali yang layan kita orang dengan bawak kami pergi makan on the second day kat situ.

Thanx lagi kat Shah yang juga entertain kita orang, cari orang untuk entertain kita juga.

Thanx dekat Apai on the first day dah carik kita orang then bawak minum kat kedai Abang Trengganu tu.

Thanx dekat Hishamudin kerana hantar kami balik ke Hotel tengahari tu dan bawak kami pergi lunch.

Thanx dekat En. Rashidi yang bagi pinjam address tempat L.I student PKU untuk references bila nak buat lawatan tu.

Thanx dekat Ji Ten the driver yang without any problem bawak kami kemana mana yang kami nak pergi. Tunjukkan kami tempat jual ikan terobok masin ngan tempat jual kek lapis Sarawak.

Thanx to all of you.

Tak tau laa kalau korang datang K.K ni aku boleh nak entertain korang sama macam korang entertain aku.

December 9, 2005

Makan Makan

Aku diperkenalkan dengan dua jenis makanan baru bila ikut kawan kawan keluar makan kat Kuching.

1. Mee Kolok



Mee dia besar sikit dari bihun tu. Lagipun dia macam maggi gitu mee dia. Kena rebus dulu kot kat air panas, pastu baru boleh lembut. Ada sup ngan sambal + limau yang disediakan bersama mee dia tu. Dia datang dalam bentuk mee goreng, pastu depend laa nak tuang semua sup tu atau bubuh sikit. Itu Shah yang kata la. Ok jugak la. Sedap.

2. Laksa Sarawak



Laksa Sarawak ni sebenarnya bihun yang berkuahkan kuah kari. Campur udang dan ada taugeh jugak. Masih jugak ada sambal + limau yang dibagi. Agak pedas laa sikit. Ini pun best jugak. Yang ni makan ngan Adeq masa nak balik kat airport.

*Gambar tak berapa nak clear sebab pakai henset.

December 7, 2005

Call And Locate

Hornbill Skyways Sdn.Bhd

Time to do our task. Kena cari tempat untuk lebih kurang 9 orang student Kuching yang study kat Poli KK.

First day, 6/12/2005
Jumpa dengan En. Rashidi, Pegawai L.I kat Poli Kuching untuk tanya tempat dan kawasan yang sepatutnya kami pergi. Get an address of company from him. Thanx bro.
Petang balik hotel balik then made a phone call according to the list of address. Dapat la dalam 5 buah company yang boleh terima student. Set an appointment for tommorrow visit.

Second Day, 7/12/2005
En. Rashidi dah booking satu driver dari PKU untuk tolong kami buat lawatan. So for one whole day kami dibawa oleh Ji Ten, the driver, pusing most part of Kuching to fine the place which we have made an appointment the day before. Thanx Ji Ten.
Some of the places:
- Sarawak Transport Co. Bhd.
- Leader Steel Holdings Sdn. Bhd
- Specasts Industries Sdn.Bhd
- SESCO
- Hornbill Skyways Sdn. Bhd

well, at last all those 9 student dah dapat tempat.
Operation Completed.

December 6, 2005

Crowne Plaza Riverside


Agak susah nak cari hotel yang tak penuh kat Kuching sekarang sebab musim cuti sekolah. Adeq bawa ke Holiday Inn, penuh. Pastu pergi ke Crowne Plaza Hotel, ada lagi kosong. Tu pun yang executive nyer bilik. Dapat la government rate RM209.00 sehari, exclude tax. So suruh buat separate bill, than dalam RM106 gitu sorang including breakfast.

Not bad sebab kami dapat level 16 nyer bilik, 1601. View memang best sebab bilik tu corner so boleh nampak sebelah kiri ngan front view. Ngam ngam kat bawah tu ada cat monument yang famous tu. Depan ada Sungai Sarawak. Kira betul betul kat town la.

Duduk tiga hari kat situ, kebanyakan masa nyer tidur la kalau kat dalam bilik.

December 5, 2005

Transit


Masa call Ridwan suruh beli tiket hari tu dia ada tanya samada nak naik yang direct flight ker boleh transit kat mana mana. Bagitau balik kat dia yang kalau boleh flight belah petang sebab sebelah pagi nak turun opis dulu. Tak kisah la transit ker direct. So, setel, hari Jumaat tu tiket dah ada ngan Nizam.

Bila nak check in kat KK, tanya la kat counter check in tu, flight ni transit ker?, "Ya, dua kali, sekali dekat Labuan, sekali kat Miri". Dah nak tergelak.

Kat KK pun flight dah delay dalam 20 minit sebab computer breakdown, offline, so semua benda kena pakai manual, masa tu seat number pun tak der, main duduk mana mana macam AirAsia.

Di setiap tempat transit, paling paling pun ambik masa 45 minit. Kat Labuan dia tak kasi turun, mungkin takut lambat kot, mana yang nak turun situ lagi, mana yang nak naik, mana yang transit lagi. Dekat Miri semua kena turun sebab ada check imigresen kat situ.

Sampai Kuching kira on time jugak laa, dalam pukul 8.00pm. Tapi penat nya kalau sampai dua kali transit cenggini.

Assessment

Kalau student tengok terabur camni, mesti menyesal buat assignment


Kalau dah sampai hujung semester camni memang cenggini. Dua hari lepas, Sabtu ngan Ahad, pun datang opis nak kasik marking semua assignment, quiz ngan test untuk satu semester punya. Ok la jugak sebab at last siap jugak semua benda tu untuk satu kelas. Tinggal satu kelas lagi tak sentuh apa pun. Student dah datang tanya carry mark. Buat buat garang la, tak layan.

Due date key in kat System 8/12 ni. Matila. Petang ni nak kena pergi Kuching pulak. 8/12 tu baru balik. For sure takleh siap yang satu kelas lagi nih.

December 2, 2005

Kuching Lagi

Aku kena urus penempatan Latihan Industri untuk budak Mekanikal. Setakat hari ni ada 88 orang lagi yang belum dapat tempat. Cuti dah tak lama.

Next week kena offer pergi Kuching lagi sekali dengan Nizam untuk cari tempat Latihan Industri untuk budak Mekatronik. 5/12 - 8/12 2005 nanti ada kat Kuching la. Ada dalam 10 orang budak Kuching yang belum dapat tempat. Susah jugak ni since penempatan kat sana pun kena compete dengan lain lain IPT macam Poli Kuching, UiTM, UNIMAS etc.

Last week call Adeq kat Poli Kuching bagitau dia yang kami nak pergi Kuching. So dia ada buat apa yang patut kat sana la kot. Dia cakap dia nak tanya tempat tempat yang boleh pergi untuk cari tempat tu dari pegawai Latihan Industri kat sana. Hopely everything can be easy.

Madeq pun ada bagitau last Monday yang Che' Mie dah nak panggil lagi sekali untuk projek Aircraft Maintenance. Dia cakap mungkin minggu depan jugak. Surat takder pun lagi.

"Kau tahu laa Che' Mie", kata Madeq. Sure last minute baru sampai surat tu.

November 30, 2005

Kembara


Hari Rabu hari Ko-Kurikulum. Aku kena ambik KEMBARA. Hari ni dah exam dah, which mean takder lagi KEMBARA next week.

Semester ni kesian ngan budak KEMBARA sebab takder apa xtvt yang dibuat. Tu la, banyak sangat keluar semester ni sampai tak sempat nak buat program. Kena lagi semester ni ada puasa pulak. Cuma awal semester dulu bawak dia orang gi buat wall climbing kejap. Tu pun tumpang program budak yang nak di bawa ke Kuching itu hari.

Minta maaf laa ngan semua ahli Kelab Kembara semester Julai 2005 ni sebab tak buat apa apa. Nanti semester depan ker bila bila ker boleh join program KEMBARA.

November 29, 2005

TiVi


Tv kat rumah memang 20 jam sehari onn. Syafique ngan Faeiz agaknya takleh hidup tanpa TV. Bukak mata jer, TV mesti kena onn. Yan tak best nyer mesti kena bukak Channel 63 tu, takpun awal pagi tu kena tengok Hi-5, yang nyanyi nyanyi tu. Tapi sekarang dia orang addicted dengan "Chicken Little". Satu hari boleh sampai tiga kali kena pasang "Chicken Little".

Kalau nak banding dengan ayah dia ni, time kecik kecik dulu kalau nak tengok TV kena pergi rumah jiran depan rumah. Tu pun malam malam time ada Tayangan Gambar Melayu. Ayah aku bawak pelita minyak tanah yang ditutup dengan daun pisang kat depan dia supaya angin tak tiup api tu. Masa tu citer melayu sekali seminggu jer.

Bila dah besar sikit, ayah aku mampu beli TV hitam putih 20 inci yang ada pintu tu. Kalau nak bukak kena bukak pintu dia dulu, pastu onn then tunggu dalam lima minit baru gambar boleh keluar. Time tu orang lain la pulak bertandang kat rumah nak tumpang tengok TV. Jiran jiran sebelah rumah laa. Terpaksa kena makan nasi malam malam awal sebab kalau lewat, sibuk nanti orang datang rumah.

Citer yang masih aku ingat yang best time tu macam COMBAT, INCREDIBLE HULK (pernah pergi tengok TV kaler rumah orang citer ni sebab nak tengok macam mana hijaunya Incredible Hulk tu), CHARLIE'S ANGEL, FANTASY ISLAND(jarang dapat tengok citer ni sebab mak ngan ayah marah sebab ada pompuan seksi), LONE RANGER lagi ada DALLAS. Siaran TV pulak paling awal kalau hari minggu laa start pukul 3.00 petang. Kalau hari lain start pukul 5.00 petang. Punya laa boring. Kalau petang ada CUMI & CIKI (best sebab ada Wazata Zain), pastu kalau untuk ibu ibu tu ada KESUMA, macam masak masak nyer program la.

Sekarang ni semua citer citer tu dah jadik klasik. Kalau tanya ngan student pun dia orang cakap itu semua dah klasik. Kengkadang ada yang tak tahu yang movie macam Charlie's Angel tu dulu TV series.

Agaknya kita boleh ukur umur kita dengan program TV yang kita minat dulu tu tapi dah jadi klasik dah sekarang. Tua nyer kita.

November 27, 2005

Go Fishing

Hari ni takder aktiviti. Kena lagi driving lesen dah mati, semalam nak gi bayar lupa pulak yang JPJ tutup, so kat post office pun tak online ngan JPJ. Takder sangat mender nak buat, cari alat mancing, pergi kat bawah jambatan kat Kg. Salut, mancing kat situ sensorang. Bila sampai tu air baru nak surut. Orang lain ada la jugak, macam ada pat lima buah kereta kat situ.

Yang best mancing kat sini ialah dia nyer tempat ni macam cantik. Ni kira kuala kot. Ada background Gunung Kinabalu kat depan, pastu sungai dia pun besar jugak. Sebelah keri dia ada laut, nampak Karambunai.

Sampai pukul satu kat situ dapat la dua ekor ikan tah apa apa species. Umpan pulak abis dua ekor ikan kembung. Takper laa yang penting abis gak masa separuh hari hari ni dengan mancing.

Pukul dua sampai rumah, makan nasik dengan lauk ikan kembung balance yang beli untuk buat umpan tu.

November 26, 2005

Nickname


Hari ni aku keluar dengan kawan lama masa kat UITM tahun 1989 - 1992. Gambar kat atas tu dia la tu. Nama dia Uchop. Accidently jumpa dia kat KK ni awal tahun dulu. Tetiba dia panggil aku "MARCHEY". Nickname lama masa kat UITM yang segolongan orang jer yang boleh panggil.

Citer pasal nickname ni pun best gak. First sekali dapat nickname masa sekolah menengah kat SMAS dulu, tahun 1985 ker 1986. Masa tu aku baru pindah gi sekolah ni. So masa memperkenalkan diri first day kat sekolah tu aku cakap aku asal dari Kg. Peradong, Pulai Chondong. Bodoh bodoh lagi time tu, tau laa kena ragging first day masuk sekolah baru. So, start situ semua orang dalam kelas dah panggil "PRADO" kekadang "PREDO" cam nama orang Pilipin pun ada. Nak marah tak leh sebab lagi kau marah lagi orang panggil ngan nama tu. Ok laa jugak sebab time tu ada satu artis yang nama dia FREDO yang agak femes gak. So, OK laa. Sampai sekarang kalau jumpa geng geng sekolah tu mesti panggil PREDDO lagi.

Pastu gi UiTM. Kes dia sama camtu jugak. First bila nak introduce diri kat kengkawan, bila ditanya asal mana, aku cakap Machang, Kelantan. Tapi disebabkan time tu sleng kelantan tu memang pure giler lagi so, MACHANG tu dia jadik "MACHEE" (Pronounce: march + air). Duduk baper hari kat sana member satu bilik, start ngan Uchop ni la, dah panggil aku "MARCHEY". Semua kawan yang kenal ngan aku kat UITM memang panggil nama ni sampai laa aku gred. Takder yang tau nama sebenar aku selain classmate sebab lecturer ambik attendan panggil nama betul. Ada jugak yang bila tengok kad matrik aku terpaksa kena tanya aku balik, kenapa nama kat matrik kad MAZUDI bukan Marchey, atau nama lain yang ada iras ngan Marchey tu. Well, senyum dan buat bodoh.

Bila masuk gi KuITTHO tahun 1995, masa tu PLSP lagi, internet dah ada even pakai Windows 3.2, best gak sebab aku antara orang yang terawal kat sana yang explore internet ni. So kenal ngan sorang yang introduce ngan BBS. Lepas satu satu BBS yang ujud, tapi orang nyer sama jak, sampai last sekali dia orang develope BBS.RINDU.NET. So time tu terpikir laa nak kasik nickname apa kat diri aku, peringkat awal tu pakai Marchey laa, nickname yag dah tersedia ada, tapi tak cool laa pulak. So, last sekali dan sampai sekarang pakai nick BRaTT. Ramai kawan online yang kenal dan panggil aku ngan nick BRaTT ni laa. Sampai wife aku pun kenal aku ngan nick nih.

Pikir pikir kesian gak kat mak ngan ayah aku yang susah susah nak carik nama MAZUDI tu. Unik nama tu sebenarnya. Tapi bila ngan kengkawan banyak yang panggil nickname. Memang dah ditakdirkan ker apa tak tau.

Sekarang nickname aku AYAH, bukan takat Syafique ngan Faeiz panggil gitu, wife aku pun dah panggil aku AYAH jugak. Lama kot bertahan nick yang baru ni.

November 25, 2005

Desktop


Agaknya macamana rupa desktop dan the arrangement of the icon tu boleh bikin effect pada kita punya kepala jugak eek. Lama tak ambik perhatian pada icon kat desktop, penuh dengan macam macam benda yang dianggap penting tapi tak pernah pakai.

So, ambik masa sikit untuk buang setengah pastu susun betul betul. Hopely lepas ni bukak PC taklah sakit sangat kepala nak carik apa apa.

Sony Ericson K300i

Dah lama wife aku minta tukar henfon dia. Tah ler, cepat sangat boring dengan henfon. Dia pakai Motorolla yang flip nyer style tu. Takder camera. So dia mintak beli henfon yang ada camera, boleh main mp3, ada irda.

Petang semalam dia dapat Sony Ericson K300i, yang ada semua add in yang dia nak tu. Senang hati laa tu dia semalam.

Next besday takder prezen prezen.

November 24, 2005

Google Hack : Cari Lagu

Baru jumpa script yang korang boleh pakai untuk cari lagu kat internet, dia pakai google

Script dia:

Note: Semua script dibawah ini bersambung/tidak memakai spasi.


javascript:void(qr=prompt('Slapman%20-%20Music%20Search%20
Indexer%20-%20Type%20any%20Music%20or%20Album%20
Name:%20',''));if(qr)location.href='http://www3.google.com/search?
&num=100&hl=en&ie=UTF-8&oe=UTF-8&btnG=Google+Search
&as_epq=parent+directory=&as_oq=mp3+wma+ogg+anonymous
&as_eq=module+modules&lr=&as_ft=i&as_filetype=&as_qdr=all
&as_occt=any&as_dt=i&as_sitesearch=&safe=images
&as_q='+escape(qr);void%201;



Caranya:

1. Copy script diatas tersebut
2. Buka tab baru di Mozilla Firefox, atau kat Opera pun boleh
3. Klik Bookmark - Manage Bookmark - New Bookmark
4. Paste script di Location:
5. Ganti Name: New Bookmark, jadi (misal) Cari MP3. Klik OK
6. Buka tab baru di Mozilla Firefox
7. Klik Bookmark - Cari MP3
8. Muncul kotak search, masuk nama Album/ Artis/ Judul MP3 yang kita mau
9. KBuka link-link direktori MP3, klik yang kita sreg
10. Download ler MP3 nya

Mo cari buku!! tapi malas baca2 link langsung aja masukkan query ini ke google


Code:
+("index of") +("/ebooks"|"/book"|"/books") +(chm|pdf|zip|rar) + apache

maksud codenya mencari index ebook/book/books dengan format chm/pdf/zip yang mengunakan apache (apachenya bisa digantikan judul lho)

kalo ada judulnya


Code:
allinurl: +(rar|chm|zip|pdf|tgz)Judul



ini buat yang suka anime/mp3/film


Code:
"parent directory " /appz/ -xxx -html -htm -php -shtml -opendivx -md5 -md5sums

Code:
"parent directory " DVDRip -xxx -html -htm -php -shtml -opendivx -md5 -md5sums

Code:
"parent directory " Xvid -xxx -html -htm -php -shtm -opendivx -md5 -md5sums


Untuk game pun boleh gak

Code:
"parent directory " Gamez -xxx -html -htm -php -shtml -opendivx -md5 -md5sums


Code:
"parent directory " MP3 -xxx -html -htm -php -shtml -opendivx -md5 -md5sums


Code:
"parent directory " namapenyanyi/album -xxx -html -htm -php -shtml -opendivx -md5 -md5sums


ini nih satu lagi trik kalo tau extensen misal mau cari file ekstensi wmv atau mp3 tingal masukkan kequery


Code:
?intitle:index.of? wmv


Dari funponsel

Go to Google
Now enter the following query into the Search box.

?intitle:index.of? mp3 [artist] [title]

Replace [artist] with the artist/singer/band you're looking for and [title] with the song title. Just one of them also fine. For example:

?intitle:index.of? mp3 coldplay
?intitle:index.of? mp3 "simple plan"

?intitle:index.of? mp3 "simple plan" untitled

?intitle:index.of? mp3 "welcome to my life"


Happy Google

November 22, 2005

No Transport


Pagi hari minggu hari tu naik motor pergi beli rokok. Lepas beli tu, nak start balik tak boleh, bateri macam dah kong. Terpaksa suruh budak yang jual rokok tu tolak motor. Berpeluh jugak budak tu baru boleh jalan. Dah laa berpeluh, bila hidup jer terus aku pecut motor, nak kata terima kasih pun tak sempat takut motor mati balik.

Singgah kat opis, matikan enjin, nak start balik memang dah tak boleh. Terpaksa laa tinggal motor kat opis, balik rumah lepas tu jalan kaki.

Hari Isnin takder transport nak pergi opis. Nasib baik time tengah pakai kasut jiran sebelah rumah, Plazus, baru nak start kereta nak jalan gi opis, so boleh laa tumpang dia.

Kena pulak semalam ada banyak kerja nak kena buat, nak kena gi draw duit nak bayar Gen-2 yang dekat worksyop, nak bayar bil wife yang bising sebab dia nyer line dah dekat 10 hari kena bar, pastu nak kena bayar bil ASTRO lagi. Terpaksa laa minta tolong si Samsul keluar gi buat tu semua.

Pukul 6.00 petang pergi ambik balik Gen-2 kat wokshop kat Inanam. Baru boleh melangkah panjang sikit.

November 19, 2005

Langgar Kereta Orang


Hari ni kakak ipar kat Petagas buat open house. Pagi pagi lagi kena gi hantar Rahman ngan Syafique dan Faeiz pergi sana. Mak dia nak buka kedai jap pagi ni. Dah dekat nak sampai dah, tah macamana dekat satu traffic light tu ada Kembara slow kat depan, first tu memang kasi pelahan kereta, ikut belakang Kembara tu, lepas tu Kembara tu jalan, Syafique tertekan button bukak cermin pintu, sambil tercari cari button nak tutup balik, alih alih dah terlanggar belakang Kembara yang berenti lagi sekali kat depan.

Keluar tengok, Kembara orang tu tak apa apa sebab terlanggar spare tyre dia, yang teruk bonet Gen-2. Termasuk kedalam. Frust nyer tu bila tengok.

Lepas hantar budak budak, ada orang kerja kakak ipar tu bawak gi satu worksyop, tapi boss dia takder abis orang kerja dia tak pandai nak letak harga. Call Runzi tanya dia. Drive balik gi rumah Runzi, pastu bawak gi worksyop yang Runzi biasa dengan tokey dia tu. Lepas tengok tengok, tokey tu cakap kena tukar bonet dan ada frame enjin dekat letak water tank tu kena tarik kedepan sikit, dah bengkok. Harga bonet tu RM198. Campur semua sekali dia caj RM500.

Tinggal jer la kereta kat situ, hari Isnin baru ambik. Naik kereta Runzi pergi makan kat Inanam pastu balik rumah.

Budak budak ibu dia gi ambik pakai Kancil.

Malam Pra Graduan


Masa kat Kota Bharu tu lagi, Joan call tanya "nak pergi ker tak?" "Nak pergi mana?" tanya dia balik. Pergi Malam Pra Graduan budak PKK yang dia orang buat kat Beverly Hotel, KK. Nak cakap tak nak macam tak sedap la pulak, so cakap nak pergi jer la sebab dia nak kira berapa biji meja nak book.

So malam tadi pergi la kat majlis tu dengan Jimi. Start jam 7.45 malam. Kat majlis tu ada la beberapa anugerah yang di kasi dekat student yang terpilih. Makan dia biasa jer, tapi yang main set tu yang bikin lambat boleh makan. Lepas satu, satu.

Habis dalam pukul 10.00 malam bila student semua sibuk dengan sesi fotografi. Best la tu bagi dia orang sebab bukan senang nak dinner kat tempat macam ni, dengan semua orang pakai baju batik.

November 18, 2005

Balik Kampung


Sepatutnya hari Rabu, 16 November dah nak kena balik KK sebab program dah habis, tapi memandangkan dah datang sini, rasa macam tak kena pulak kalau tak balik kampung cium tangan mak ngan ayah kejap. So, tukar balik tiket buat 17 November baru balik.

Sehari dekat kampung pun rasa ok jugak la. At least mak ngan ayah boleh tanya kabar cucu dia kat sana, boleh tengok gambar then tanya itu dan ini. Selain dari tu, adik aku yang nombor tiga tu tengah buat preparation untuk kawin. Dia pun ada balik jugak dengan tunang dia tu, yang aku baru jumpa sekali, tu pun time menghantar pergi airport masa balik hujung tahun lepas. So, hari tu boleh la cerita lama sikit dengan dia sambil bawak mak ngan ayah gi makan kat Restoran Mak Su Nab nasi air kat Berek 12, kota Bharu. Agak nostlgik juga sebab jarang makan ngan mak ngan ayah dekat kedai camtu. Hari tu kami makan tom yam, ikan percik dengan kailan ikan masin. boleh tahan laa.

Petang Rabu tu dia orang balik semula ke Kuantan, bawak lagi adik aku yang lain, Amirul ngan Taufik ngan Aliya (anak sedara). So malam tu tinggal la kami dua tiga beradik kat rumah sambil buat ketupat. Ketara dah takder orang dah kat rumah tu. Lagi sekali, sambil buat ketupat sambil cerita. Rupanya dah ramai orang orang tua kat kampung tu yang dah meninggal dunia. Orang yang selalu jadi rujukan kat kampung tu ramai yang dah takder. Menunjukkan yang aku ni dah lama dah hidup.

APC2004


Kami sampai KB pukul 5.00 petang pada 13 November. Ada bas yang bawa ke New Pacific Hotel kat Kota Bharu. Masa tu demam, so kengkawan ajak keluar gi pusing pusing KB pun buat dek jer.

Acara semua dia orang buat dekat Renaissance Hotel, kena naik bas untuk kesana. Jadi semua orang kena bangun pagi pagi untuk breakfast, pastu ambik bas kesana.

Actually, program ni ada 4 dalam 1, first ada amanat dari pengarah bahagian Politeknik dan Kolej Komuniti, Tn. Hj Imran, pastu dia buat perasmian e-CHRIS, satu program online tentang info on staff politeknik, lepas tu, malam tu ada Anugerah Perkhidmatan Cemerlang yang disampaikan oleh Tan Sri Shafie, Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, then the next day ada perasmian Kolej Komuniti Kok Lanas oleh menteri tu jugak.

So dia ambik dua hari, Isnin dan Selasa, hari Rabu boleh balik kampung.

Macam biasa, yang seronok program gini ialah boleh jumpa kengkawan dari semua politeknik.

November 12, 2005

Wash The Car


Bila balik dari Tawau hari tu, kereta memang tak larat nak pandang, selutnya sampai ke kepala. Sehari selepas tu wife aku bawa gi nak cuci kat tempat biasa, dah terbakar pulak car wash kat situ. Semalam dah sampai petang baru habis kerja, dah tutup pulak car wash. Jadi pagi tadi awal awal lagi pergi car wash. Suruh cuci ngan vacuum. Berseri kejap.

Apa yang tensen, belum lagi habis orang tu siap cuci hujan dah turun. Sakit nyer hati. Bila keluar tu, ngam ngam hujan tengah lebat. Dah laa gitu, jalan nak keluar dari car wash gi jalan besar tu berselut pulak tu. Memang nasib dia aa.

Moral: Lain kali kalau nak gi car wash kena rujuk jugak kat ramalan cuaca.

November 11, 2005

New DigiCam

Dah lama sakit hati dengan Camera yang lama. Banyak sangat problem.
1. Saiz dia besar
2. Flip type LCD yang memboringkann
3. Boleh hang, pastu semua gambar dalam Card boleh terdelete.
4. Lately, kekadang power tak masuk.
5. Old fashion, you know, it is the first generation Digicam.

So, petang tadi ada free, ingat nak gi car wash nak cuci kereta tapi tak sempat. Pergi Karamunsing cari digicam. So grab this BenQ DCE300 digicam. Malas nak beli yang hi tech cam dengan macam macam add in tapi tak pakai pun advantage yang ada tu. Yang penting boleh ambik gambar untuk blog.

November 10, 2005

Masuk Kerja Lepas Raya

Hari ni dah start kerja balik.

Semalam drive dari Tawau ke KK. Terasa penat dah sekarang. Bertolak dari Tawau dalam pukul 7.30 pagi, sampai KK pukul 5.00 petang.

Dua hari sebelum balik tu pergi buat lawatan L.I kat bandar Tawau. Nasib baik my wife ikut sekali tunjuk jalan, kalau tidak lama jugak nak kena mencari tempat. Bukan expert sangat ngan bandar Tawau ni, even kecik jer bandar dia.

First day buat lawatan, banyak student takder, masih cuti raya. Sorang jer yang jumpa, dekat Sabah Credit, budak DPM. Yang lain semua takder. Hari kedua tu ada laa jumpa student sebab dari awal lagi dah telefon cakap nak datang melawat.

So, pagi tadi datang office siapkan semua dokumen lawatan tu ngan claim.

November 9, 2005

Raya Kat Tawau

Ini Shafique ngan Faeiz kat Tawau.


Ini kira dah masuk tahun ketiga kami beraya dekat kampung wife aku kat Tawau. Dan jugak dah masuk tiga tahun aku tak balik beraya kat kampung di Kelantan. Yang seronok Shafique ngan Faeiz sebab ada ramai sepupu, mak sedara, pak sedara dia kat sana. Semua pun balik.

Kalau nak banding beraya kat sini ngan beraya kat kampung di Kelantan, meriah dia lebih kurang jer, tapi juadah raya dia lain dari sana. Kat sini ada buras, pastu kalau gi beraya kat rumah orang mesti ada soto. Ok jugak laa. Tiap tiap hari sampai aku nak balik KK semalam, masih lagi bersarapan dengan buras. Buras tu kira macam nasik himpit, tapi dia bungkus pakai daun pisang ketat ketat pastu rebus sampai lapan jam. Memang lambat basi nyer. Buras ni dimakan dengan rendang jugak. Kalau di semenanjung macam lemang, tapi dia pakai beras pulut pastu masak dalam buluh, ini tidak, rebus jer.

Harap harap tahun depan boleh beraya kat Kelantan la pulak.

November 4, 2005

SMS Raya

Bila kita SMS ucap Selamat Hari Raya kat orang sekali, then tunggu dalam setengah jam, there will be 46 SMS raya yang akan masuk.

Ini SMS dari aku:

"Asalamualaikum kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin dr: Mazudi, Rosmilah, Syafique & Faeiz"

Ini apa yang direply balik. Thanx to all.

"Assalamualaikum wbt. Dgn berakhirnya ramadhan menjelmanya syawal. Semoga kita akan dipertemukan lagi bulan yang dipenuhi rahmat & nikmat. Dikesempatan ini saya mohon ampun & maaf Slmt Hari Raya Aidilfitri. Drpd Nazirah, Rahim & Auni Syazwani." - Nazirah

"SELAMAT HARI RAYA"..N 2 UR FAMILY..HV A NICE DAY.." - Anonymous

"Di hari mulia ini kami sekeluraga ucapkan s,mat hari raya maaf zahir batin." - anonymous

"Salam 'aidil fitri. Minal 'aidin wal faizin. Maaf zahir dan batin." - Tajul

"A'SSALAMUALAIKUM, Satu syawal menjelang tiba, Takbir bergema menggegar jiwa N kalbu, Sekiranya ada sallah dan dosa, Ampun dipinta dihari mulia. MAAF ZAHIR DAN BATIN. Drp shahrol @ nurul @ syahmi @ syazwan sekeluarga. di pt raja." - Shahrol

"A!, olh krn rya istihar. Ini buat kami skeluarg ingt kat u' all smua. Jadi wlupun kmi jauh 'Slm Eid"fitri dr Syan, Azu, A. Maisarah & A.Iqbal. Mhon mf zhir & btin.Wslm." - Hishamudin PKU

"Selamat hari raya maaf zahir dan batin drpd samat dan keluarga" - En. Samat

"Sir lump mad hurry ray yearideal fit tree moo lee year, ma half za hair bar ten, to lost ek class..."sorry I bar row ball eak dairy london - jais7ina - najiha, nabila& nukman hakim" - Jais

"KETUPAT DAN RANDANG SUDAH TERSEDIA. HANYA MENUNGGU SYWAL MENJALANG.SMS DIHANTAR SUDAH KUTERIMA. SEMOGA PERSABATAN BERPANJANG, SLM A'FITRI. MAAF ZAHIR & BATIN" - PAWZY

"SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DRP KAMI ... RUNZI SEKELUARGA" - Runzi

"Assalamualaikum SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN dari Azhar" - Art

"ALLAHUAKBAR X3. Walil-lahhil Hamid. Semoga Ramadhan yg dlalui mampu mentarbiah diri agar mampu berjuang itk kepentingan ISLAM. Salam idul fitri wa fa izib drpd Jefry & keluarga SABAH" - Mat Jeff

"Rendang ketupat sudah sedia untuk dimakan di pagi raya, raya ni kita tak jumpa, saya ucapkan selamat hari raya" - Samsul

"KETUPAT PULUT DIATAS PARA, HENDAK DIREBUS DITEPI PERIGI, SMS DIHANTAR PENGANTI KAD RAYA, TANDA INGATAN DIAIDILFITRI. selamat hari raya maaf zahir & batin" - Samsir

"Selamat hari raya..maaf zahir & batin.." - Nizam @ Bonze

"Selamat Hari Raya Aidilfitri, 1426H dari June dan Shukor. Maaf, zahir dan batin."- Genie

"Selamat Hari Raya Aidillfitri, maaf zahir batin dari saya sekeluarga." - Syukor (husband Genie)

"luputku akeh-akeh, awal ahir, lahir batin. salah silap njalok ngapuro, mangan ngobe tolong halalke. mogo diparingi waras, mewah rejekine, diberkati umure - from rosidi, linda n iqi" - Adeq PKU

"Selamat hari raya dari zainudin &keluarga" - Dien husband Zura

"Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dari Aede Hatib Sekeluarga." - Aede Hatib

"*BOOOMM*

*Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin dr: Azlisyam, Sazila, Alya& Aiman" - Jeli Toyol

"Adakalanya mata salah melihat, Telinga silap mendengar, Mulut terlanjur bicara, Hati tersalah duga, maaf jua dipinta. Salam Aidil Fitri yang mulia. Ikhlas dari Hanie & keluarga :-)" - Hani KKUS

"Bunga melati harum mewangi, m'jadi pemikat stiap insani, andai kata salah dihati, maaf dipinta mohon diberi., slamat menyambut hari lebaran 1 Syawal 1426H." - JIMI

"Selamat hari raya, maaf zahir batin dari azlan, zainara, safwan, mawaddah.amin, iman, mujahid & syifaa'" - En. Azlan JKE

"Selamat hari raya aidilfitri bjuga dari kawe sekeluarga. maaf zahir batin. Balik kelate ko? kawe dok pasir mas lo ni. 23 nov ni kawe gi PKK" - Yusri

"KETUPAT PULUT DIATAS PARA, HENDAK DIREBUS DITEPI PERIGI, SMS DIHANTAR PENGANTI KAD RAYA, TANDA INGATAN DIAIDILFITRI. selamat hari raya maaf zahir & batin - drp: Zainuddin, Rahaizan sekeluarga" - Abe Dien

"Sir lump mad hurry ray yearideal fit tree moo lee year, ma half za hair bar ten, to lost ek class..."on talk mazudi sir key low are GAA :-)" - Jumriani

"Dlm k'rendahan diri dan ingatan tulus ikhlas, saya m'ucapkan Selamat Hari Raya" sekeluarga. Amin. Drp SUKIMAN DAN KELGA." - SUKIMAN

"Mata kadang salah melihat, mulut kadang salah bucap, hati kadang salah mnduga. Mohon khilaf yg pasti ada. Salam Aidilfitri. Maaf Zahir&Batin dr W'dhir & ister" -wahadhir

"Waslam..Kami jg serumah n bekas anak didik mu m'ucapkan slmt hr ry aidil fitri, maaf zahir batin..Halalkan sgala mkn minum.. Slmt b'sahur.." -Iwan

"Maaf Zahir Batin & Selamat Hari Raya drpd Ismail sekeluarga" - Ismail Asis

"Slmt hr raya aidilfitri, maaf zahir dan batin.." - Kerol Apizal

"Selamat Hari Raya juga buat demo sekeluarga..Kawe nikah jam 9 nanti.. Hari lain dah penuh kuota. Lama kan kawe nikahkan kadhi.." - Aswadi

"Slmt hari raya jgk utk demo skeluarga..:-)"- Amir Awang

"Selamat Hari Lebaran Minal Aidil Wal Faizin, Mari bersalaman, Saling bermaafan. Ikhlas dari Marzuki, Nor Ashikin, Nur Maizatul Afiqah & Muhammad Erfaan"- Samokey

""Sir lump mad hurry ray yearideal fit tree moo lee year, ma half za hair bar ten, to lost ek class..."sorry I bar row ball eak dairy london" - Mazlimi

"Asalamualaikum kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya maaf zahir batin dr: syahrain, iza, irfan n adriana" - Syahrain

" Sekiranya ada trsilap kata, hati brprasangka & smua sikap yg mnyakitkan. smpena Aidilfitri mnjelang daku mohon sebilion kemaafan ~ dr Sahran, Katijah & Hifzhan Danish" - Sahran


Well selamat hari raya untuk semua yang singgah kat sini.

October 27, 2005

Industrial Training Monitoring

Dari dulu lagi aku disuruh untuk pergi buat lawatan budak praktikal kat Tawau. Habis lepas satu satu ada mender yang lain yang lebih priority dia, kena postpone dua kali dah. Kali ni confirm. tadi pagi dah pergi booking tiket. Tapi cam biasa suruh dia orang open dulu, sebab date dia bersambung ngan cuti raya. so, balik rumah wife kat Tawau beraya, pastu gi buat Lawatan L.I.

Ini detail seperti dalam surat:

Perlantikan Sebagai Pegawai Pemantau Latihan Industri Politeknik Kota Kinabalu.

Tarikh Lawatan : 7 - 8/11/2005
Tempat : Tawau

Senarai Firma: Seperti Lampiran.


Ini dia list Company kat Tawau yang nak kena gi monitor.

Radio Televisyen M’sia
Scott & English
Perbadanan Pinjaman Sabah
Pos Malaysia Berhad
Pertubuhan Peladang Kawasan
Kastam DiRaja Malaysia
Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri
Handy Venture Sdn. Bhd


Ada 16 orang student campur dengan Politeknik Kuching Sarawak.

October 26, 2005

Quiet And Peaceful KK

Dua hari lepas ada budak kena tembak kat Penampang. Lebih kurang 20KM dari bandar KK. Ini tempat orang Kadazan dan banyak ganster gangster cina kat situ.Hari tu chatting kat BBS ngan BOBOI, dia kasi tau ada lagi sorang kena tembak kat KK. So, seems like ganas sangat laa kat sini.

Well, ini quote dari sorang police officer regarding the shooting:

“Despite the quiet and peaceful scenario painted in this suburban town, social problems are aplenty – gangsterism, vice and gambling is rife,”

KK ni apa yang kita nampak is quiet and peaceful. Tapi at the back, segala macam jenayah yang ada, dengan shabu, rokok seludup, PTI what so ever. Kalau pikir mender tu semua rasa macam takut pulak nak keluar town. Tapi as long as kita jangan kacau orang, orang tak kacau kita nyer. Keep low. Dah banyak citer sebenarnya yang aku dengar pasal mender mender ni semua, buat tak kisah jer la. Apa lagi tempat tempat yang black area yang ramai orang Philipine tu.Never ever get involve.

This is the full news on the shooting.

October 25, 2005

Google Earth


Ini view Pulai Chondong, Kelantan. My hometown. Zamani mana rumah kau?

Ini view Sepanggar, Kota Kinabalu, tempat aku kerja.


Rasanya ramai yang dah tahu pasal warez dari google ni. Agak menarik actually. Boleh tengok caner kampung korang dari image yang disediakan oleh Google Earth. Diaorang cakap map satellite image tu bukan la real time punya gambar, but anyway it is cool.

Just try the warez. Download Google Earth

October 24, 2005

TRUSMADI


When I was in Kuching previously, Hishamudin asked me about Trusmadi. How to get there, the cost, the place and other thing. Actually it is a very nice place. Kami pergi sana in May 2005, bawak dalam 45 orang student. Naik melalui Kg. Sinua, Keningau. Very nice people over there.

We have to travel on 74km gravel road to kampung Sinua. Kena ambil masa dalam 6 hari untuk naik sana. Hari pertama kat Kampung, hari kedua naik, hari ketiga sampai, hari keempat turun hari kelima sampai kampung, hari ke enam baru boleh balik. Very tough journey since the route is quite cerun, dan banyak lumut yang licin. Memang best.

Here are some images of Trusmadi yang ada. Baru upload tadi pagi.

October 22, 2005

Tahniah, That MAMPU thing.


It is quite nice to have a Director who appreciate the job you have done. Semalam, after one day the auditing ended, all of the staff received a Congratulation letter from thje director, Azizi Bin Lin.

This is the letter:


Tahniah!!!

Kepada semua warga Politeknik Kota Kinabalu kerana berjaya mengekalkan persijilan MS-ISO 9001:2000

"Saya rasa berbangga kerana PKK mempunyai semangat kerja berpasukan yang cukup tinggi. Teruskan dan kekalkan."

"PKK mempunyai tahap kesediaan yang cukup tinggi kerana setiap Jabatan sukarela dan bersedia untuk di audit. Good Indicator dalam kesungguhan dan persediaan audit."

"Pegawai-pegawai faham tentang peranan dan tahu tentang objektif yang hendak dicapai."

"PKK mempunyai Net Working yang baik. Ini menunjukkan kekuatan yang ada dalam sistem kualiti PKK."

"Hasil dari penemuan yang dijalankan di PKK, terdapat 1 minor dan 10 pemerhatian."

"Secara keseluruhannya, sistem yang dijalankan di PKK adalah amat baik."

"Kesedaran auditee untuk meningkatkan sistem kearah yang lebih baik boleh dibanggakan."


(En. Wan Noor Bin Wan Jusoh, Ketua Juruaudit MAMPU)


Terima Kasih
diatas kerjasama dan segala usaha semua warga PKK


Hihi..congratulation to me too.

October 20, 2005

Perkhidmatan Cemerlang.

Suddenly, I received this letter from Human resource department, KL.

UCAPAN PENGHARGAAN PERKHIDMATAN CEMERLANG BAGI TAHUN 2004

Dengan sukacitanya saya selaku Pengerusi Panel Pembangunan Sumber Manusia, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia memilih tuan sebagai penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kerana telah menunjukkan perkhidmatan yang cemerlang pada tahun 2004.

Semoga tuan terus cemerlang dalam kerjaya.



Well, Am I?

Then there will be a ceremony on 13 - 15 November 2005 at Hotel Renaissance, Kota Bharu, Kelantan.
Hihi..balik kampung.

October 19, 2005

Audit MAMPU

Gambar ni ambik pakai handset masa bawak Azlee gi jenjalan kat UMS

Bila balik dari KL hari tu, ingat nak prepare apa yang patut untuk audit MAMPU ni. Lepas dua hari balik, time goes on, takder apa yang berlaku. Audit start on 18 October dan end on 20th October.

On 17th of October, Azlee (Jeli Toyol) from PKB has come to PKK as a "pemerhati" audit. "First time boleh keluar dari PKB" kata dia. Fetched him and his mate, Raja, from airport.

Second day audit, the auditor came to Mechanical Department. Ketua Jabatan takder, tah mana pergi, tinggal Azhar as a Timbalan KJ, has to layan those auditor. Kesian dengan Azhar, aku masuk untuk backing dia. Jawab la apa yang patut. Buat lawatan dekat bengkel mekanikal, hancur sebab ciri ciri keselamatan berada pada tahap yang agak minima.

Well everything yang bermula ada ending dia, this one was also ended. dah boleh lega laa sikit. It ended on 20th October, when during the night aku bawak Azlee ngan Raja pergi minum kat Anjung Senja, jumpa ngan pemerhati dari politeknik lain, pastu balik dah jam 2.30 pagi.

October 17, 2005

The Aircraft Paper Work

This is the title:

KERTAS MEMOHON KELULUSAN PELAKSANAAN STRUKTUR DAN KURIKULUM KURSUS SIJIL KEJURUTERAAN PENYENGGARAAN PESAWAT (AIRCRAFT MAINTENANCE) BAGI PROGRAM PENGAJIAN POLITEKNIK, KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI MALAYSIA

What a long title.


Some details on paperwork:

1. Purpose of the paper work.
2. backgraound of the project.
3. Justification
4. Course Structure
5. Structure and Curricullum Implemantation
6. Implication
7. Appendixes
- Synopsis
- Job Opportunity
- Courses Subject
- Course structure
- Gant chart of courses

Aircraft Maintenance


So I was in UNITEN, kajang for the meeting. As usual June mesti jadi mangsa untuk fetch aku dari KLIA. Tapi kali ni dia suruh aku ngan Nizam ambik ERL KLIA Transit dari KLIA ke Putrajaya then she fetched us from the Putrajaya Station.

Malam tu ada briefing on the program, what is the objective we were there. A brief story of the project by Cik Mie. (En. Mohd Helmi Bin Abd Halim), actually he is my senior at KuITTHO.

Besoknya ada two guys from MAS, were attend the meeting, followed by Tn. Hj. Mukhlis, discussed on how the course should be done. Most of the thing, Politeknik should follow the method from them. That night, prepare a few thing for a proposal, curriculums, some background, proposed implementation what so ever.

Next day a visit to MAS at Subang. The two hours visit made us exhausted, letih weh ngan puasa lagi, punya laa jauh berjalan. Semua seksyen pergi, start dengan simulator, services and maintenance section dan last sekali kat hangar. Memang kagum.

The last day, actually takder apa sangat yang nak buat since proposal tu dah siap dikerjakan pada waktu malam. Cuma finalise, pemurnian then compile.

October 9, 2005

Another Untitle Drawing


Dalam pukul 6.30 pagi tadi, sedar tak sedar dua dua dah jaga, Shafique ngan Faeiz. Firstly dua dua menyusu kat peha aku, biarkan jer la. Tah bila masa, bila aku tersedar, dua dua tengah buat lukisan kat dinding sebelah meja mekap mak dia. Kali ni dia nyer media ialah alat mekap mak dia, lipstik, eye shadow, berus berus tu semua. Patutla senyap jer.

Kejutkan mak dia. Dua dua kena pukul.


Petang tadi bila balik dari KK, dua dua takder depan TV. Ask my maid mana bebudak, "tah dalam bilik kot" katanya. Memang dah syak dah, kalau senyap begini mesti ada kerja yang dia orang buat, dan biasanya kerja tu yang menyakitkan hati ibu bapa.

Memang betul. Dua dua tengah sambung drawing yang pagi tadi.

ASPIRASIKU


Pagi tadi wife ajak pergi Tuaran, carik sayur ngan lauk. Kering jugak tekak dibuatnya.

Balik terus datang opis. Takder mender nak buat sebenarnya, tapi kalau dok kat rumah lagi terasa puasanya tu. Sampai opis buka TV, tetiba ada citer ASPIRASIKU. Layan la pulak. But, kenapa reality program melayu cam gini eek. Rasa macam takder x-factor dia sendiri. Tah ler, layan jugak since mata macam rasa berat jerk.
Bagus lagi Farra Fauzana ngan Wahid dalam MELODI.

Ada lagi FRP yang nak kena siapkan. Petang ni pulak ada orang ajak gi KK carik barang lagi.

Seems like someone want to buy a PC, so my wife want me to go to KK to survey the price and buy some PC part.

October 8, 2005

The Struggle Continues


Semalam dapat satu lagi surat dari Bahagian Pembangunan Kurikulum, Putrajaya. Pada 10/10/2005 - 14/10/2005 kena gi KL lagi. Tajuk surat dia : MESYUARAT PENGGUBALAN KURIKULUM BARU DIPLOMA KEJURUTERAAN AIRCRAFT MAINTENANCE (MAINTENANCE, REPAIR AND OVERHAUL), punyala kagum tajuk.

Kalau kengkawan yang lain tengok pun mesti gelak, dulu belajar lain, apa relevan dia course yang aku ambik dulu ngan mender ni sumer. Tah ler.

So, disebabkan pada 17/10/2005 - 20/10/2005 ada audit MAMPU yang datang kat Politeknik aku, terpaksa la kena struggle siapkan manyak mender. Satu, yang penting, buat surat permohonan untuk bebudak praktikal, kedua kena kumpulkan lab sheet untuk mekanikal am nyer course, last sekali kena complete kan FRP.

well...struggle laa ni, cuma tinggal esok sehari jer lagi.