November 22, 2005

No Transport


Pagi hari minggu hari tu naik motor pergi beli rokok. Lepas beli tu, nak start balik tak boleh, bateri macam dah kong. Terpaksa suruh budak yang jual rokok tu tolak motor. Berpeluh jugak budak tu baru boleh jalan. Dah laa berpeluh, bila hidup jer terus aku pecut motor, nak kata terima kasih pun tak sempat takut motor mati balik.

Singgah kat opis, matikan enjin, nak start balik memang dah tak boleh. Terpaksa laa tinggal motor kat opis, balik rumah lepas tu jalan kaki.

Hari Isnin takder transport nak pergi opis. Nasib baik time tengah pakai kasut jiran sebelah rumah, Plazus, baru nak start kereta nak jalan gi opis, so boleh laa tumpang dia.

Kena pulak semalam ada banyak kerja nak kena buat, nak kena gi draw duit nak bayar Gen-2 yang dekat worksyop, nak bayar bil wife yang bising sebab dia nyer line dah dekat 10 hari kena bar, pastu nak kena bayar bil ASTRO lagi. Terpaksa laa minta tolong si Samsul keluar gi buat tu semua.

Pukul 6.00 petang pergi ambik balik Gen-2 kat wokshop kat Inanam. Baru boleh melangkah panjang sikit.

No comments: