December 31, 2005

Drive With My Two Kids


Sekarang ni dah start cuti. Ada banyak masa ngan Syafique dan Faeiz. Bila petang petang selalu bawak dia orang keluar jalan jalan ngan kereta. Agaknya orang yang ada dua anak jantan yang sebaya ngan Syafique & Faeiz ni memang kena jadi orang yang paling sabar bila drive. Tak pernah duduk diam. Semua benda yang ada kat dalam kereta dia nak sentuh dan dia nak ambik.

Syafique lately ni suka kasi sakit hati Faeiz. Tak pernah duduk dengan perasaan tenang si Faeiz kalau kat atas kereta. Ada jer benda yang dibikin oleh abang dia untuk sakitkan hati Faeiz. Bising nyer bukan alang alang. Kalau buka CD atau radio kat dalam kereta, volume kasik 10 - 12 pun belum tentu boleh dengar sound dia. Sekejap terjerit, sekejap memekik.

Mintak jangan ayah dia ni tidak sakit kepala ngan sakit gigi jer, kalau tidak rasa rasa nyer banyak yang akan muncul lebam lebam kat badan dia orang nanti kena pukul.

Seorang ayah yang penyabar agaknya aku ni.

December 29, 2005

P.T.K

Kertas Jawapan Exam

Peperiksaan Tahap Kecekapan. Ini dah kali kedua dah ni. Dulu dah ambik sekali tahun 2003. Tahun 2004 tak ambik sebab malas isi borang. First time ambik dulu pass satu paper, itupun selepas di ulang periksa balik. Kali ni ambik satu paper jer, paper umum.

Banyak main common sense je menjawab. Tak study pun. Tengok laa sikit soalan malam sebleum exam tu. Itu pun satu set soalan jer.

Time balik bila cek balik soklan, nombor satu lagi dah salah. Nampak macam kena ambik lagi sekali la ni in the future.

December 27, 2005

Sistem Matrix Bulanan RM10



Bila dah rasa seronok hari tu dengan 4Daily.com, datang pulak iklan ni. Sistem Matrik Bulanan RM10. Lagi satu program yang dibuat oleh orang Malaysia yang akan launch on Januari 2006. Kira macam kalau join program ni sekarang kira pioneer la. Cepat laa join!!

Kalau tengok kat sistem dia tu, memang best gak sebab sampai downline generasi ke 8 dia punya bayaran masih RM1.00 untuk setiap referral. Modal dia RM10 setiap bulan. Kalau sesapa yang boleh pasang kaki dengan banyak memang boleh buat duit la ni.

Yang ni pun masuk gak duit 10 Ringgit hari tu, dah berstatus PAID member. Referral cuma bini aku jer.

Nak join pergi kat website ni.
http://rm10.ringgitcycler.com/cgi-bin/clickthru.cgi?id=mazudi

4Daily.com

Tah macam mana hari tu tengah tengah sibuk dengan marking kertas final budak ni, boleh ter surf kat iklan punya website. Pastu termasuk kat 4Daily ni punya website. Study pulak macam mana dia punya konsep pastu rasa macam best pulak.

Sebelum ni pernah kengkawan promote suruh tengok paid to surf nyer website macam ni. Tapi buat tak tahu jer. Kali ni try dan invest sikit duit kat 4Daily.com ni. Setakat ni duit yang terkumpul dah ada USD97.68 dah. Syok pulak tengok duit tu menaik jer hari hari lepas surf kat site tu.

Kalau sesapa nak tengok boleh laa join kat web site ni.
http://4daily.com/?ref=255823

December 20, 2005

Sick And Tired

Minggu lepas sampai semalam memang banyak sangat kijer yang urgent kena setel.
1. Student practical dah sampai critical time dah, banyak document yang nak kena siapkan untuk dia orang bawak masa report kat firm. Itu pun ada jugak lagi yang masih belum dapat tempat. Semalam baru siap dengan document student. Lega sket.
2. Assessment untuk semester ni dah nak kena hantar. Marking dah siap last week tapi masih jugak tak sempat nak key in dalam system lagi. Lecturer lain dah tanya pasal aku nyer mark, baru tadi pagi sempat siap satu.
3. Student semester satupun kena bagi taklimat untuk cari tempat dia orang nak praktikal for July session nanti. So, last Saturday dah buat taklimat kat dia orang, even ramai yang tak datang.
Last week ulser naik kat mulut, sakit nyer boleh tahan jugak, sampai nak makan pun berpikir. Nizam suggest satu pharmacy kat Kingfisher, gi ambik ubat kat situ. Ok gak ubat tu, letak dua hari, hari ni dah kira ok dah, tinggal sakit pun tak banyak lagi.

December 16, 2005

Nursery


Dah seminggu Shafique dengan Faeiz kena hantar ke nursery kat dalam Politeknik. Orang gaji dah berenti, kakak dia bersalin. So, dah seminggu jugak kena ubah schedule bangun pagi sebab kena hantar dia orang ke sekolah dulu.

Sebelum ni pun memang pernah hantar dia arang ke nursery tu. Seronok dia orang kalau kat sana. First day hantar hari Isnin dulu, Syafique balik dengan nyanyi lagu Twinkle Twinkle Litle Star dengan versi yang hampir penuh, sebelum ni satu ayat jer. Faeiz pun boleh pandai jugak la ikut sikit sikit.

Hari kedua bila gi ambik dia kat sekolah, dia dah tahu panggil nama kawan kawan dia yang sama masuk situ. Dah pandai berkawan. Kawan kawan dia pun macam ngam jugak dengan dia orang, dari jauh lagi jerit "Syafique!, Faeiz!.

Dalam masa seminggu ni terpaksa kena balik awal pergi ambik dia orang kat sekolah, pastu balik rumah bagi dia orang makan. Kena masak kat rumah sebab wife balik pukul 9.00 malam. Pastu tolong masuk kain baju kat washing machine.

Ok jugak sebab rasa macam dah banyak masa kat Syafique ngan Faeiz. Kalau time ada maid dulu tu, pukul 6.00 baru balik rumah. Kekadang malam tu datang opis lagi. Sikit sangat masa ngan dia orang. Dia orang pun makin banyak kena marah.

Utamakan Keluarga.

December 12, 2005

Gambir Sarawak


Tah macamana boleh terbeli benda ni. Tapi kalau tengok kat instruction dia tu, banyak guna benda ni.

Gambir Sarawak Asli


Gambir Sarawak Asli banyak terdapat di pedalaman suku kaum orang Penan. Ianya adalah sejenis getah pokok. Gambir Sarawak asli banyak kegunaannya seperti contoh..

1. Bisa gigi dan gusi
2. Digigit binatang berbisa
3.Tebuk lubang anting telinga
4. Gatal bernanah, bisul dan kudis
5. Terkena luka atau tercucuk paku berkarat
6. Khas untuk lelaki...(tahan lama)

Cara cara menggunakannya:

Potongkan sedikit gambir, kemudian campurkan dengan air. Setelah itu cairkan gambir tadi dengan air sehingga larut, dan apabila ianya sudah cair, letakkan di bahagian yang diperlukan.
Usah biarkan diri anda diselubungi panas.


*Kalau nak ikutkan ramai orang beli benda ni dengan alasan nak kasik kuat tenaga batin, tapi kalau nak ikut ranking mender tu dah kegunaan yang terlast, nombor 6 dah.

Whatever.

December 11, 2005

Jalan Jalan


Flight balik pukul 3.50pm. So pagi last tu ada masa untuk jalan jalan kat town.
Jalan kaki dengan Nizam ke Riverside tu ke kedai sourvinear yang banyak kat tepi sungai tu. Tak tahu apa nak beli sebenarnya since kebanyakan benda pun lebih kurang sama ngan KK. Aku beli T-shirt lagi kat Syafique ngan Faeiz, pastu beli sarung serawak tu dua helai.

Adeq sampai dalam pukul 11.30. Dia yang bawak gi beli t-shirt tu. Pastu gi ambik gambar kat sebelah muzium tepi sungai tu. Minum sekejap, dah pukul 1.00 gitu, Adeq bawak pulak pergi Muzium Sarawak. At least berinformasi laa sket.

Pukul dua balik hotel untuk check out.

Good Old Friend


This is a credit.

Thanx dekat Adeq yang bersusah payah layan kita orang. Dia yang ambik kita orang kat airport, carikan hotel, pastu besok pagi tu, awal awal lagi dah ambik kita orang kat town bawak ker PKU. Pastu malam malam pun keluar lagi minum. Siap bawak kami pergi shopping kat Riverside on the last day sebelum hantar kami pulang ke airport.

Thanx juga dekat Razali yang layan kita orang dengan bawak kami pergi makan on the second day kat situ.

Thanx lagi kat Shah yang juga entertain kita orang, cari orang untuk entertain kita juga.

Thanx dekat Apai on the first day dah carik kita orang then bawak minum kat kedai Abang Trengganu tu.

Thanx dekat Hishamudin kerana hantar kami balik ke Hotel tengahari tu dan bawak kami pergi lunch.

Thanx dekat En. Rashidi yang bagi pinjam address tempat L.I student PKU untuk references bila nak buat lawatan tu.

Thanx dekat Ji Ten the driver yang without any problem bawak kami kemana mana yang kami nak pergi. Tunjukkan kami tempat jual ikan terobok masin ngan tempat jual kek lapis Sarawak.

Thanx to all of you.

Tak tau laa kalau korang datang K.K ni aku boleh nak entertain korang sama macam korang entertain aku.

December 9, 2005

Makan Makan

Aku diperkenalkan dengan dua jenis makanan baru bila ikut kawan kawan keluar makan kat Kuching.

1. Mee Kolok



Mee dia besar sikit dari bihun tu. Lagipun dia macam maggi gitu mee dia. Kena rebus dulu kot kat air panas, pastu baru boleh lembut. Ada sup ngan sambal + limau yang disediakan bersama mee dia tu. Dia datang dalam bentuk mee goreng, pastu depend laa nak tuang semua sup tu atau bubuh sikit. Itu Shah yang kata la. Ok jugak la. Sedap.

2. Laksa Sarawak



Laksa Sarawak ni sebenarnya bihun yang berkuahkan kuah kari. Campur udang dan ada taugeh jugak. Masih jugak ada sambal + limau yang dibagi. Agak pedas laa sikit. Ini pun best jugak. Yang ni makan ngan Adeq masa nak balik kat airport.

*Gambar tak berapa nak clear sebab pakai henset.

December 7, 2005

Call And Locate

Hornbill Skyways Sdn.Bhd

Time to do our task. Kena cari tempat untuk lebih kurang 9 orang student Kuching yang study kat Poli KK.

First day, 6/12/2005
Jumpa dengan En. Rashidi, Pegawai L.I kat Poli Kuching untuk tanya tempat dan kawasan yang sepatutnya kami pergi. Get an address of company from him. Thanx bro.
Petang balik hotel balik then made a phone call according to the list of address. Dapat la dalam 5 buah company yang boleh terima student. Set an appointment for tommorrow visit.

Second Day, 7/12/2005
En. Rashidi dah booking satu driver dari PKU untuk tolong kami buat lawatan. So for one whole day kami dibawa oleh Ji Ten, the driver, pusing most part of Kuching to fine the place which we have made an appointment the day before. Thanx Ji Ten.
Some of the places:
- Sarawak Transport Co. Bhd.
- Leader Steel Holdings Sdn. Bhd
- Specasts Industries Sdn.Bhd
- SESCO
- Hornbill Skyways Sdn. Bhd

well, at last all those 9 student dah dapat tempat.
Operation Completed.

December 6, 2005

Crowne Plaza Riverside


Agak susah nak cari hotel yang tak penuh kat Kuching sekarang sebab musim cuti sekolah. Adeq bawa ke Holiday Inn, penuh. Pastu pergi ke Crowne Plaza Hotel, ada lagi kosong. Tu pun yang executive nyer bilik. Dapat la government rate RM209.00 sehari, exclude tax. So suruh buat separate bill, than dalam RM106 gitu sorang including breakfast.

Not bad sebab kami dapat level 16 nyer bilik, 1601. View memang best sebab bilik tu corner so boleh nampak sebelah kiri ngan front view. Ngam ngam kat bawah tu ada cat monument yang famous tu. Depan ada Sungai Sarawak. Kira betul betul kat town la.

Duduk tiga hari kat situ, kebanyakan masa nyer tidur la kalau kat dalam bilik.

December 5, 2005

Transit


Masa call Ridwan suruh beli tiket hari tu dia ada tanya samada nak naik yang direct flight ker boleh transit kat mana mana. Bagitau balik kat dia yang kalau boleh flight belah petang sebab sebelah pagi nak turun opis dulu. Tak kisah la transit ker direct. So, setel, hari Jumaat tu tiket dah ada ngan Nizam.

Bila nak check in kat KK, tanya la kat counter check in tu, flight ni transit ker?, "Ya, dua kali, sekali dekat Labuan, sekali kat Miri". Dah nak tergelak.

Kat KK pun flight dah delay dalam 20 minit sebab computer breakdown, offline, so semua benda kena pakai manual, masa tu seat number pun tak der, main duduk mana mana macam AirAsia.

Di setiap tempat transit, paling paling pun ambik masa 45 minit. Kat Labuan dia tak kasi turun, mungkin takut lambat kot, mana yang nak turun situ lagi, mana yang nak naik, mana yang transit lagi. Dekat Miri semua kena turun sebab ada check imigresen kat situ.

Sampai Kuching kira on time jugak laa, dalam pukul 8.00pm. Tapi penat nya kalau sampai dua kali transit cenggini.

Assessment

Kalau student tengok terabur camni, mesti menyesal buat assignment


Kalau dah sampai hujung semester camni memang cenggini. Dua hari lepas, Sabtu ngan Ahad, pun datang opis nak kasik marking semua assignment, quiz ngan test untuk satu semester punya. Ok la jugak sebab at last siap jugak semua benda tu untuk satu kelas. Tinggal satu kelas lagi tak sentuh apa pun. Student dah datang tanya carry mark. Buat buat garang la, tak layan.

Due date key in kat System 8/12 ni. Matila. Petang ni nak kena pergi Kuching pulak. 8/12 tu baru balik. For sure takleh siap yang satu kelas lagi nih.

December 2, 2005

Kuching Lagi

Aku kena urus penempatan Latihan Industri untuk budak Mekanikal. Setakat hari ni ada 88 orang lagi yang belum dapat tempat. Cuti dah tak lama.

Next week kena offer pergi Kuching lagi sekali dengan Nizam untuk cari tempat Latihan Industri untuk budak Mekatronik. 5/12 - 8/12 2005 nanti ada kat Kuching la. Ada dalam 10 orang budak Kuching yang belum dapat tempat. Susah jugak ni since penempatan kat sana pun kena compete dengan lain lain IPT macam Poli Kuching, UiTM, UNIMAS etc.

Last week call Adeq kat Poli Kuching bagitau dia yang kami nak pergi Kuching. So dia ada buat apa yang patut kat sana la kot. Dia cakap dia nak tanya tempat tempat yang boleh pergi untuk cari tempat tu dari pegawai Latihan Industri kat sana. Hopely everything can be easy.

Madeq pun ada bagitau last Monday yang Che' Mie dah nak panggil lagi sekali untuk projek Aircraft Maintenance. Dia cakap mungkin minggu depan jugak. Surat takder pun lagi.

"Kau tahu laa Che' Mie", kata Madeq. Sure last minute baru sampai surat tu.

November 30, 2005

Kembara


Hari Rabu hari Ko-Kurikulum. Aku kena ambik KEMBARA. Hari ni dah exam dah, which mean takder lagi KEMBARA next week.

Semester ni kesian ngan budak KEMBARA sebab takder apa xtvt yang dibuat. Tu la, banyak sangat keluar semester ni sampai tak sempat nak buat program. Kena lagi semester ni ada puasa pulak. Cuma awal semester dulu bawak dia orang gi buat wall climbing kejap. Tu pun tumpang program budak yang nak di bawa ke Kuching itu hari.

Minta maaf laa ngan semua ahli Kelab Kembara semester Julai 2005 ni sebab tak buat apa apa. Nanti semester depan ker bila bila ker boleh join program KEMBARA.

November 29, 2005

TiVi


Tv kat rumah memang 20 jam sehari onn. Syafique ngan Faeiz agaknya takleh hidup tanpa TV. Bukak mata jer, TV mesti kena onn. Yan tak best nyer mesti kena bukak Channel 63 tu, takpun awal pagi tu kena tengok Hi-5, yang nyanyi nyanyi tu. Tapi sekarang dia orang addicted dengan "Chicken Little". Satu hari boleh sampai tiga kali kena pasang "Chicken Little".

Kalau nak banding dengan ayah dia ni, time kecik kecik dulu kalau nak tengok TV kena pergi rumah jiran depan rumah. Tu pun malam malam time ada Tayangan Gambar Melayu. Ayah aku bawak pelita minyak tanah yang ditutup dengan daun pisang kat depan dia supaya angin tak tiup api tu. Masa tu citer melayu sekali seminggu jer.

Bila dah besar sikit, ayah aku mampu beli TV hitam putih 20 inci yang ada pintu tu. Kalau nak bukak kena bukak pintu dia dulu, pastu onn then tunggu dalam lima minit baru gambar boleh keluar. Time tu orang lain la pulak bertandang kat rumah nak tumpang tengok TV. Jiran jiran sebelah rumah laa. Terpaksa kena makan nasi malam malam awal sebab kalau lewat, sibuk nanti orang datang rumah.

Citer yang masih aku ingat yang best time tu macam COMBAT, INCREDIBLE HULK (pernah pergi tengok TV kaler rumah orang citer ni sebab nak tengok macam mana hijaunya Incredible Hulk tu), CHARLIE'S ANGEL, FANTASY ISLAND(jarang dapat tengok citer ni sebab mak ngan ayah marah sebab ada pompuan seksi), LONE RANGER lagi ada DALLAS. Siaran TV pulak paling awal kalau hari minggu laa start pukul 3.00 petang. Kalau hari lain start pukul 5.00 petang. Punya laa boring. Kalau petang ada CUMI & CIKI (best sebab ada Wazata Zain), pastu kalau untuk ibu ibu tu ada KESUMA, macam masak masak nyer program la.

Sekarang ni semua citer citer tu dah jadik klasik. Kalau tanya ngan student pun dia orang cakap itu semua dah klasik. Kengkadang ada yang tak tahu yang movie macam Charlie's Angel tu dulu TV series.

Agaknya kita boleh ukur umur kita dengan program TV yang kita minat dulu tu tapi dah jadi klasik dah sekarang. Tua nyer kita.

November 27, 2005

Go Fishing

Hari ni takder aktiviti. Kena lagi driving lesen dah mati, semalam nak gi bayar lupa pulak yang JPJ tutup, so kat post office pun tak online ngan JPJ. Takder sangat mender nak buat, cari alat mancing, pergi kat bawah jambatan kat Kg. Salut, mancing kat situ sensorang. Bila sampai tu air baru nak surut. Orang lain ada la jugak, macam ada pat lima buah kereta kat situ.

Yang best mancing kat sini ialah dia nyer tempat ni macam cantik. Ni kira kuala kot. Ada background Gunung Kinabalu kat depan, pastu sungai dia pun besar jugak. Sebelah keri dia ada laut, nampak Karambunai.

Sampai pukul satu kat situ dapat la dua ekor ikan tah apa apa species. Umpan pulak abis dua ekor ikan kembung. Takper laa yang penting abis gak masa separuh hari hari ni dengan mancing.

Pukul dua sampai rumah, makan nasik dengan lauk ikan kembung balance yang beli untuk buat umpan tu.

November 26, 2005

Nickname


Hari ni aku keluar dengan kawan lama masa kat UITM tahun 1989 - 1992. Gambar kat atas tu dia la tu. Nama dia Uchop. Accidently jumpa dia kat KK ni awal tahun dulu. Tetiba dia panggil aku "MARCHEY". Nickname lama masa kat UITM yang segolongan orang jer yang boleh panggil.

Citer pasal nickname ni pun best gak. First sekali dapat nickname masa sekolah menengah kat SMAS dulu, tahun 1985 ker 1986. Masa tu aku baru pindah gi sekolah ni. So masa memperkenalkan diri first day kat sekolah tu aku cakap aku asal dari Kg. Peradong, Pulai Chondong. Bodoh bodoh lagi time tu, tau laa kena ragging first day masuk sekolah baru. So, start situ semua orang dalam kelas dah panggil "PRADO" kekadang "PREDO" cam nama orang Pilipin pun ada. Nak marah tak leh sebab lagi kau marah lagi orang panggil ngan nama tu. Ok laa jugak sebab time tu ada satu artis yang nama dia FREDO yang agak femes gak. So, OK laa. Sampai sekarang kalau jumpa geng geng sekolah tu mesti panggil PREDDO lagi.

Pastu gi UiTM. Kes dia sama camtu jugak. First bila nak introduce diri kat kengkawan, bila ditanya asal mana, aku cakap Machang, Kelantan. Tapi disebabkan time tu sleng kelantan tu memang pure giler lagi so, MACHANG tu dia jadik "MACHEE" (Pronounce: march + air). Duduk baper hari kat sana member satu bilik, start ngan Uchop ni la, dah panggil aku "MARCHEY". Semua kawan yang kenal ngan aku kat UITM memang panggil nama ni sampai laa aku gred. Takder yang tau nama sebenar aku selain classmate sebab lecturer ambik attendan panggil nama betul. Ada jugak yang bila tengok kad matrik aku terpaksa kena tanya aku balik, kenapa nama kat matrik kad MAZUDI bukan Marchey, atau nama lain yang ada iras ngan Marchey tu. Well, senyum dan buat bodoh.

Bila masuk gi KuITTHO tahun 1995, masa tu PLSP lagi, internet dah ada even pakai Windows 3.2, best gak sebab aku antara orang yang terawal kat sana yang explore internet ni. So kenal ngan sorang yang introduce ngan BBS. Lepas satu satu BBS yang ujud, tapi orang nyer sama jak, sampai last sekali dia orang develope BBS.RINDU.NET. So time tu terpikir laa nak kasik nickname apa kat diri aku, peringkat awal tu pakai Marchey laa, nickname yag dah tersedia ada, tapi tak cool laa pulak. So, last sekali dan sampai sekarang pakai nick BRaTT. Ramai kawan online yang kenal dan panggil aku ngan nick BRaTT ni laa. Sampai wife aku pun kenal aku ngan nick nih.

Pikir pikir kesian gak kat mak ngan ayah aku yang susah susah nak carik nama MAZUDI tu. Unik nama tu sebenarnya. Tapi bila ngan kengkawan banyak yang panggil nickname. Memang dah ditakdirkan ker apa tak tau.

Sekarang nickname aku AYAH, bukan takat Syafique ngan Faeiz panggil gitu, wife aku pun dah panggil aku AYAH jugak. Lama kot bertahan nick yang baru ni.

November 25, 2005

Desktop


Agaknya macamana rupa desktop dan the arrangement of the icon tu boleh bikin effect pada kita punya kepala jugak eek. Lama tak ambik perhatian pada icon kat desktop, penuh dengan macam macam benda yang dianggap penting tapi tak pernah pakai.

So, ambik masa sikit untuk buang setengah pastu susun betul betul. Hopely lepas ni bukak PC taklah sakit sangat kepala nak carik apa apa.