December 16, 2005

Nursery


Dah seminggu Shafique dengan Faeiz kena hantar ke nursery kat dalam Politeknik. Orang gaji dah berenti, kakak dia bersalin. So, dah seminggu jugak kena ubah schedule bangun pagi sebab kena hantar dia orang ke sekolah dulu.

Sebelum ni pun memang pernah hantar dia arang ke nursery tu. Seronok dia orang kalau kat sana. First day hantar hari Isnin dulu, Syafique balik dengan nyanyi lagu Twinkle Twinkle Litle Star dengan versi yang hampir penuh, sebelum ni satu ayat jer. Faeiz pun boleh pandai jugak la ikut sikit sikit.

Hari kedua bila gi ambik dia kat sekolah, dia dah tahu panggil nama kawan kawan dia yang sama masuk situ. Dah pandai berkawan. Kawan kawan dia pun macam ngam jugak dengan dia orang, dari jauh lagi jerit "Syafique!, Faeiz!.

Dalam masa seminggu ni terpaksa kena balik awal pergi ambik dia orang kat sekolah, pastu balik rumah bagi dia orang makan. Kena masak kat rumah sebab wife balik pukul 9.00 malam. Pastu tolong masuk kain baju kat washing machine.

Ok jugak sebab rasa macam dah banyak masa kat Syafique ngan Faeiz. Kalau time ada maid dulu tu, pukul 6.00 baru balik rumah. Kekadang malam tu datang opis lagi. Sikit sangat masa ngan dia orang. Dia orang pun makin banyak kena marah.

Utamakan Keluarga.

No comments: