December 5, 2005

Transit


Masa call Ridwan suruh beli tiket hari tu dia ada tanya samada nak naik yang direct flight ker boleh transit kat mana mana. Bagitau balik kat dia yang kalau boleh flight belah petang sebab sebelah pagi nak turun opis dulu. Tak kisah la transit ker direct. So, setel, hari Jumaat tu tiket dah ada ngan Nizam.

Bila nak check in kat KK, tanya la kat counter check in tu, flight ni transit ker?, "Ya, dua kali, sekali dekat Labuan, sekali kat Miri". Dah nak tergelak.

Kat KK pun flight dah delay dalam 20 minit sebab computer breakdown, offline, so semua benda kena pakai manual, masa tu seat number pun tak der, main duduk mana mana macam AirAsia.

Di setiap tempat transit, paling paling pun ambik masa 45 minit. Kat Labuan dia tak kasi turun, mungkin takut lambat kot, mana yang nak turun situ lagi, mana yang nak naik, mana yang transit lagi. Dekat Miri semua kena turun sebab ada check imigresen kat situ.

Sampai Kuching kira on time jugak laa, dalam pukul 8.00pm. Tapi penat nya kalau sampai dua kali transit cenggini.

No comments: