Hari ni takder aktiviti. Kena lagi driving lesen dah mati, semalam nak gi bayar lupa pulak yang JPJ tutup, so kat post office pun tak online ngan JPJ. Takder sangat mender nak buat, cari alat mancing, pergi kat bawah jambatan kat Kg. Salut, mancing kat situ sensorang. Bila sampai tu air baru nak surut. Orang lain ada la jugak, macam ada pat lima buah kereta kat situ.
Yang best mancing kat sini ialah dia nyer tempat ni macam cantik. Ni kira kuala kot. Ada background Gunung Kinabalu kat depan, pastu sungai dia pun besar jugak. Sebelah keri dia ada laut, nampak Karambunai.
Sampai pukul satu kat situ dapat la dua ekor ikan tah apa apa species. Umpan pulak abis dua ekor ikan kembung. Takper laa yang penting abis gak masa separuh hari hari ni dengan mancing.
Pukul dua sampai rumah, makan nasik dengan lauk ikan kembung balance yang beli untuk buat umpan tu.
No comments:
Post a Comment