Dah sebulan takder entry kat sini. Minta maaf kat kengkawan yang berkunjung.
Kenapa Balik.Memang takder plan pun awal awal tu nak balik kampung kat Kelantan. Nak jadi cerita tahun ni layak untuk apply tiket free. Awal bulan Disember hantar borang, dua minggu pastu dah dapat tiket. Hujung tahun, senang pulak dapat, nak kasik habis bajet.
Ingat nak balik awal lagi, tapi sangkut ngan exam PTK pulak pada 28/12/2006, so tukar date tiket, balik 29/12/2006. Tak bagitau pun dengan orang kampung yang kami anak beranak nak balik. Sesekali buat suprise, berbaloi jugak kena marah.
Buat apa kat kampung.Adik aku yang kat Kelang tu, dah lama bagitau yang dia nak buat korban raya haji ari tu. Besar sangat harapan dia kalau kami boleh balik dan berkumpul ramai ramai. Lagipun dorang nak sangat tengok Daniel. Tak pernah tengok lagi.
Jadi kami balik hari tu, sempat la sama sama kerjakan daging korban. Daging mentah jer yang sempat laburkan kat orang kampung, semua yang selebihnya tu kami anak beranak kendurikan. Tak sempat nak jemput sapa sapa, tetiba jer habis kami satu keluarga makan. Alhamdulillah sempat aku dan anak anak bertemu dengan semua adik adik yang lain. Dah besar rupanya keluarga kami bila berkumpul cenggitu.
Kebanyakan yang lain balik empat hari jer. Aku jer yang lantak pergi cuti kat sana sampai dua minggu. Bila semua orang dah balik tempat kerja masing masing, tinggal le kami tercongok kat rumah sendiri sendiri. Bila dah suasana cenggitu, timbul la keinginan di hati orang pompuan nak bershopping shopping. Bawak la jugak dia ke Rantau Panjang. Bukan sekali, dua kali kami turun Rantau Panjang.
Nenek dan Atuk anak anak aku paling suka bila dapat manja manja ngan Syafique, Faeiz dan Daniel. Syafique tak habis habis berjalan, dibawak oleh atuk dan pak sedara dia naik motor. Faeiz, mulut dia sentiasa ada jer makanan. Lepas ketupat tiga bucu tu, dihentam nya makan tapai beras sampai dua tiga bungkus pulak. Bangun pagi, habis biskut kering atuk dia makan dengan celup dalam air teh. Kalau kat rumah KK takder pulak dia buat perangai camtu. Daniel pulak pantang bunyi merengek sikit, ada jer sapa sapa yang ambik dukung. Mulut tu senyum jer sokmo bila atas dukung.
Beli Apa.Disebabkan balik kampung tanpa perancangan yang lama. Bajetpun tak la banyak. Tapi kalau dah dua kali gi Rantau Panjang tu, ok la jugak mender yang dibeli. Ibu beli kain tudung, kasut ngan kain baju dia kat sana. Untuk budak budak tu dia beli banyak kain baju. Kat aku pun ada jugak baju dua tiga helai pastu ngan sandal. Dan tak dilupakan juga ToTo tu dua bijik.
Bawak Balik Apa.Syafique bawak balik parut luka kat kepala lutut sebab terjatuh atas jalan hari tu. Berlari tak renti renti, tah berapa kali jatuh tak tau, pastu kena pulak luka kat tempat yang sama. Siang tadipun terlanggar apa entah berdarah pulak parut tu.
Faeiz balik KK dengan pipi yang agak besar dan bulat sikit berbanding sebelum balik hari tu. Makan tak pernah pandai berenti. Masa pagi nak balik tu pun sempat lagi makan ketupat untuk sarapan pagi yang nenek dia buat khas untuk dia. Bahkan, dibekalkan lagi dengan ketupat daun palas tu untuk dia makan kat KK ni.
Daniel juga bawak balik perangai dia yang tak mau duduk dan nak digendung. Pantang letak, sekejap menangis, pastu dah pandai jugak sekarang ni menangis kuat kuat sampai serak serak suara.
Ibu bawak balik parut yang banyak kat lengan dan tangan bekas kena gigit nyamuk. Orang tak pernah kena gigit nyamuk ni rupanya berparut kulit kalau sesekali kena gigit nyamuk.
Aku bawak balik akaun yang menghampiri "baki akaun anda tidak mencukupi" untuk dibuat pengeluaran.
Kesimpulan.Balik sekali setahun sayang orang akan jadi lebih kat kita. Daniel yang paling kaya sebab ramai sanak sedara, jiran jiran serta keluarga terdekat bersedekah kat dia.
Terima kasih semua.