May 31, 2006

Muzium Sabah

Ingat semalam ada apa apa kat Muzium tu sempena Kaamatan. Sampai sampai lengang jer. Adala jugak ornag tapi tak ramai. Apa apa pun masuk jugak la ke dalam bawak Syafique ngan Faeiz melawat muzium. Happy kan main dia ornag tengok mender pelik pelik kat dalam tu. Ada jugak tempat yang Syafique takut nak masuk. tempat yang macam lorong lorong tu, lighting pun dia kasik suram jer.

Bila keluar jer, tengok dah ramai budak sekolah yang cikgu dia bawak , rombongan la tu. Faeiz pulak mengamuk nak beli air.

Tak larat nak layan faeiz, terus balik jer.

May 29, 2006

Takziah Pada Said Ambotang

Utusan Malaysia, 29hb Mei, 2006

Guru maut, 3 cedera dilanggar kereta api

KOTA KINABALU 28 Mei - Seorang guru wanita terbunuh selepas kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dipandunya dirempuh kereta api ketika melalui sebuah lintasan kereta api di Putatan dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada 12.15 tengah hari itu, Siti Samiah Sailan, 37, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon, cedera parah di kepala dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (QEH) kira-kira jam 2.30 petang.

Dua anak mangsa yang turut berada dalam kenderaan berkenaan iaitu Ainon Nadiah Abdul Said, 8, dan Mohd Lokman, 3, cedera ringan manakala pembantu rumahnya yang cuma dikenali sebagai Ismawati, 18, seorang warga Indonesia terselamat.

Mereka menerima rawatan di QEH dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Suami mangsa yang bertugas sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam di sini, tidak berada dalam kenderaan itu semasa kejadian.

Suami dia tu Kawan lama aku, Said Ambotang. Dia pernah bertugas sama dengan aku kat Politeknik KK, seingat aku dari tahun 2000 sampai 2005 bila dia bertukar ke UMS. Kami pernah sama sama buat lawatan Latihan Industri kat Tawau dulu.

Takziah pada beliau dan semoga tenang dan kuat untuk melalui dugaan ni.

Alfatihah.

Update : Image Dari Daily Express .
Full Story...

May 27, 2006

Lawak Sepol Apek

Hari tu time mandi pagi nak gi kerja dengar Sepol Apek buat lawak kat radio Era. Dia kasik macam teka teki:

"Apa beza Sekretari baik ngan sekretari kurang baik?"

Kebetulan ada kelas hari tu, ingat nak buat lawak la kat budak budak kat dalam kelas. Ulang balik soklan yang Sepol Apek kasi kat radio pagi tadi. Dah abis jer soklan dan dengan respon yang macam macam dari student, lastly terpaksa kasi jawapan yang sama ngan jawapan yang Sepol Apek tu kasi:

"
Sekretari baik; Dia cakap "Selamat Pagi Boss"
Sekretari kurang baik; Dia cakap " Boss! Boss! Dah pagi ni boss!!
"

Sorang student pun tak gelak!!

May 15, 2006

Rombongan Kak Ann Ke Labuan

Sorry guys lambat sikit log pasal Lawatan Ke Labuan ni.

Akceli dari last semester lagi dah propose nak gi Labuan. Start awal sem nampak Ann dah sibuk dengan paper work, contact sana sini, pastu tah berapa kali nak minta confirm exact date. Last last jadi jugak. Booking Coaster PKK pastu gi Labuan ikut Menumbuk naik feri.

First day, travel. Dari KK ke Menumbok pun dah dekat dua jam. Feri jalan pukul dua. Sejam setengah jugak kat dalam feri baru sampai Labuan. Dalam pukul 3.00pm gitu kot sampai. Ann jugak yang manage pasal hotel.

Petang tu Ajmain bawak pusing pusing satu Labuan, dengan Menara apa tah ni, pastu gi Taman Burung, pastu gi Pantai tu. Tak ingat nama la beb. Nanti update la sini.

Second day, SESB Patau Patau dan shopping untuk yang mana tak sempat nak beli cekelat malam tadi tu.

Feri balik ke Menumbok pukul satu setengah. Sampai sana dah pukul 4.00 gitu. Singgah kat Beufort makan sebelum proceed balik KK. Sampai KK dah malam dah.

Over all, happening. Next semester KJ suruh buat gi Tawau pulak.
Full Album