June 30, 2006

Doa Selamat Ibu


Dulu sebelum balik Tawau ingat nak buat sikit majlis doa selamat untuk ibu supaya nanti dia kandungannya takder problem dan nanti masa bersalin nanti pun insya allah takder apa apa. Tapi time tu dah start cuti dan ramai pulak kengkawan yang balik kampung, so cancel jer majlis tu kat KK.

Hari ni ibu cadangkan untuk buat jer bacaan doa selamat tu kat rumah ni pastu sama sama family kami jer yang baca surah yassin dan baca doa selamat. Jadi hari ni keluar ngan ibu untuk beli ayam dan apa apa peralatan untuk makan malam nanti.

Nenek masak masakan special dia, soto jawa tu. Disamping tu ada la sikit lauk yang lain untuk dihidangkan bersama ngan nasik juga.

Lepas Isyak kami sama sama baca surah Yassin yang diketuai oleh Ustad dan kami kami semua, atuk, Rahman dan sorang Mas dari rumah sebelah.

June 27, 2006

Pusing Tawau


Pagi ni takder mender nak buat so bawak Syafique jenjalan pusing bandar Tawau. Tujuan asal dia nak gi isi minyak kereta jer, terlanjur dah tu, so pusing pusing jer la.

Bandar dia ni tak besar sangat, dalam 20 minit dah abis la pusing satu bandar. Tapi ok jugak la, banyak aktiviti yang ada kat sini.

Kat Tawau ada satu Port yang ulang alik ke Nunukan di Indonesia. So, ramai orang Indon yang masuk Sabah ni kebanyakan nya melalui pelabuhan ni. Nak cop passport pun kena ikut pelabuhan ni. Semalam bawak dua orang kerja dengan nenek Syfique balik chop passport ke Nunukan.

View pantai dia cantik, tapi bukan untuk mandi. Dah kotor kot sebab kat sebelah dia ada satu kampung nama dia kampung Icebox ( yer, peti sejuk), yang dibuat kat tepi laut, yang kebanyakan orang Indon ngan Filipin. Nama pantai tu dia orang panggil Highway jer. Ada tempat lepakjugak kat situ. Ok jugak la.

Sempat singgah ambik gambar Syafique kat situ.

Balik Tawau

Ini view dari belakang rumah Atuk

Dah lama tak balik Tawau. Sementara cuti ni bawak Syafique ngan Faeiz jumpa Atuk dan Nenek serta semua sedara dia kat kampung.

Bertolak dari KK jam 9.30am sampai kat Tawau dah dekat jam 6.00pm. Boleh tahan jugak drive.
Tak banyak plan yang nak dibuat kat Tawau. Cuma nak balik kampung pastu relax betul betul. Tapi tu la, sesampai jer banyak pula citer yang nak dibuat. Ok la, at least takder pulak terperuk kat rumah jer.

June 21, 2006

Tamu Tamparuli

Kat Belakang Faeiz Tu Jambatan Tamparuli
Hari Rabu ada tamu di Tamparuli. Kebetulan hari tu Hishamudin dari Politeknik Kuching datang nak naik Gunung Kinabalu pastu nak gi Rumah Anak Yatim kat Tuaran, so sementara dia naik gunung, dia pesan suruh cari anak pokok mangga ngan pokok jambu.

Semalam ada pergi cari kat nursery tapi semua pun besar besar punya pokok. Since hari ni ad tamu kat Tamparuli so carik kat sini la. Dapat pulak anak pokok mangga epal ngan satu lagi mangga Manila. Pokok jambu air kaler merah pun dapat jugak.

June 19, 2006

Tamu Jalan Gaya


Setiap hari minggu ada tamu kat KK, kat Jalan Gaya. Dah lama tak pergi sebab dulu dulu, time awal awal kawen dulu boleh dikatakan tiap tiap minggu pergi sana.

Minggu ni sebab takder apa nak dibuat dan wife pun dah lama tak keluar rumah, so dia mintak gi tamu. Semua nya pun masih macam dulu dulu jugak. Susah cari parking dan crowded. Kalau awal awal datang dulu syok datang sini sebab banyak benda pelik pelik yang ada, tapi sekarang dah jadi biasa pulak.

Tapi yang best sekarang, kalau dulu Syafique ngan Faeiz kena dukung, sekarang dua dua dah pandai jalan sendiri.

Tak lama tu, beberapa bulan lagi kalau datang sini, ada pulak adik dia orang yang nak kena dukung.

June 16, 2006

Sleep


Sleep is the regular state of natural rest observed in all mammals, birds, and fish. Sleep is not actually "unconsciousness," but rather, it is a natural state of rest characterized by a reduction in voluntary body movement, decreased reaction to external stimuli, an increased rate of anabolism (the synthesis of cell structures), and a decreased rate of catabolism (the breakdown of cell structures). Therefore, since consciousness is literally the awareness of the surroundings, being asleep is just an altered state of consciousness, as opposed to being unconscious. It is heavily influenced by circadian rhythms and by hormonal and environmental factors. Sleep performs a restorative function for the brain and body as evidenced by the myriad symptoms of metabolic dysfunction that result when animals are deprived of sleep.

From Wikipedia, the free encyclopedia

Semalam diaorang tidur awal, pukul 7.00pm, pastu Syafique bangun balik pukul 9.30, bukak Channel cartoon kat dia. Pukul 10.30, baru nak start tidur, Faeiz pulak terjaga, ikut abang dia layan cartoon. Pukul 1.00am, terkejut dengar dua dua ketawa mengilai, rupa rupa masih lagi layan cartoon. Dekat pukul 2.00 am, tersedar lagi sekali, bergaduh pulak dua orang tu.

Pagi tadi bangun, dua dua lentok. Tah pukul berapa bangun tak tau pagi ni.

June 13, 2006

Marking Paper


Marking paper ni pun dia ada sains dia tau. Setakat study ni dibuat, didapati brader kat atas ni mempunyai sistem marking yang paling best.

En. Syahrul Azmin: Work Study On Final Exam Paper's Marking

Arrangment paper kena ikut kat bawah, sila rujuk gambar kat atas, kategori dia:
1. Belum marking
2. Soalan
3. Skema Jawapan
4. Partially mark
5. Sedang marking
6. Ration.

Kaedah Marking.

1. Ambik paper yang belum marking pakai tangan kanan.
2. Rujuk Soalan kat depan
3. Rujuk Skema jawapan kat sebelah soalan
4. Marking dan kasi markah
5. Susun paper yang dah marking kat area partially mark
6. Ambik ration (air tin ker apa ker), minum.
7. Ulang langkah (1), sampai habis marking.

*Kalaula ada 150 paper yang nak kena marking, agak agak berapa kali kena pergi tandas eek?

June 11, 2006

Playground


Lately ni hujan pulak kalau sebelah petang. Hari ni kebetulan tak pulak hujan so bawak Syafique ngan Faeiz main kat playground kat depan rumah. Dah lama dia orang tak main kat situ. Hari hari main game kat CartoonNetwork.com, dari pagi sampai petang, kengkadang bawak ke malam.

Seronok la dia orang kalau bawak kat sini sebab ada ramai kawan-kawan. Kalau nak tengok camana Syafique bersosial ngan kengkawan dia, tengok kat playground ni la. Faeiz mengikut jer apa yang abang dia buat.

Hari ni tak sampai sejam main kat situ. Faeiz terkencing dalam seluar.

June 9, 2006

E.X.A.M


Minggu ni start final exam sampai minggu depan. Aku kalau ikut jadual kena jaga tiga kali. Dah abis dah dua kali, hari Rabu ngan hari Khamis hari tu. Tinggal sekali lagi next week.

Kalau nak tahu, boring sebenarnya jaga exam ni. Dua jam tercanguk kat situ.

Minggu ni jugak ada audit inventori untuk jabatan. Kena audit Jabatan Elektrik ngan Pentadbiran. Baru sekejap tadi abis kat Pentadbiran. Petang ni ada meeting untuk conclusion.

June 7, 2006

BAS


Awal awal datang KK dulu terasa peliknya jugak. Apa yang dipanggil bas kat sini kebanyakannya adalah van. Tapi dia ada tulis la kat badan bas tu "Bas Mini", pastu ada kawasan kawasan yang dia masuk. Bukan kat KK saja boleh jumpa ngan bas macm ni, almost semua town kat Sabah ni, inilah bas dia. Ada la jugak yang bas mini betul, tapi tak banyak, kalau ada pun kat area bandar KK tu jer.

Dalam hidup aku kat KK ni baru sekali jer naik bas mini ni, masa belum kawen dulu, time tinggal kat Kingfisher dulu. Terasa pelik jugak. Bas dia mana ada konduktor yang kutip tiket tu, tiket pun takder, main bayar kat drebar jer. Time tu aku pulak yang terasa kampung, tak pernah naik bas.

Anyway, gambar kat atas tu sebenarnya, view dari tingkap opis aku. Bus stand kat luar pagar Politeknik KK. Hari hari tengok gelagat drebar bas, tengok student poli yang naik bas dan tengok awek poli yang kalau keluar naik bas majoriti dia totally berbeza dengan apa yang kita kenal kat kelas, dengan dressing dia laa.

Tapi satu kena respek ngan abang drebar bas ni, dia orang pandai jaga tempat ni. Biasa pagi pagi tu ada la nampak sorang dua geng geng drebar bas ni yang sapu sampah kat area ni. Bus stand ni sebenarnya Politeknik KK yang buat, tapi ok la sebab dia orang boleh maintain kebersihan kat situ.

June 4, 2006

Pantai Dalit


Pantai Dalit tak jauh dari Politeknik KK. Apa yang menjadikan tempat ni famous sebab ada Shangri-La's Rasa Ria Resort kat situ.

Hari tu masa cuti Ka'amatan, pagi tu bawak Syafique ngan Faeiz pergi lepak lepak kat sana. Ada ramai jugak dah orang masa kami sampai tu. Seronok dia orang tengok orang tunggang kuda, dan yang best ada beberapa ekor lembu kat situ, pun dia orang panggil kuda.

Pergi tengok jer pantai, tak mandi sebab tak bawak tuala dan baju mandi. Nanti kalau mandi, abis kotor kereta kena air laut.

June 1, 2006

Rumah Terbuka Malaysia Tadau Kaamatan 2006


The state of Sabah invites the public to celebrate the National Level of the Tadau Kaamatan (Harvest Festival) at this Open House gathering, which will be held at the University Malaysia Sabah Chancellor's Hall in Kota Kinabalu.

This event will be graced by our beloved King, His Majesty Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Tuanku Syed Putra Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalulail and Her Majesty, the Queen Raja Permaisuri Agong Tuanku Fauziah binti Al-Marhum Tengku Abdul Rashid.


Wife ajak pergi petang semalam. Sampai kat UMS kereta dah penuh, tapi time tu masih ada lagi parking kosong. Sampai kat Dewan Chanselor tu memang dah tak boleh masuk dah, crowded sangat. Lepak kat luar jer tengok Syafique ngan Faeiz berlari lari main ngan screen wayang kat depan tu.

Tanya polis kat luar tu jam berapa baru start. Dia cakap pukul 9.00 baru DYMM Agong sampai. Masa tu belum pukul 7.00 lagi. Tanya wife , dia pun dah malas nak tunggu.

Duduk sekejap pastu balik rumah layan Akademi Fantasia.
Tah bila boleh nengok Siti Nurhaliza tah.