May 29, 2006

Takziah Pada Said Ambotang

Utusan Malaysia, 29hb Mei, 2006

Guru maut, 3 cedera dilanggar kereta api

KOTA KINABALU 28 Mei - Seorang guru wanita terbunuh selepas kereta jenis Proton Wira Aeroback yang dipandunya dirempuh kereta api ketika melalui sebuah lintasan kereta api di Putatan dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pada 12.15 tengah hari itu, Siti Samiah Sailan, 37, yang bertugas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tebobon, cedera parah di kepala dan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (QEH) kira-kira jam 2.30 petang.

Dua anak mangsa yang turut berada dalam kenderaan berkenaan iaitu Ainon Nadiah Abdul Said, 8, dan Mohd Lokman, 3, cedera ringan manakala pembantu rumahnya yang cuma dikenali sebagai Ismawati, 18, seorang warga Indonesia terselamat.

Mereka menerima rawatan di QEH dan keadaan mereka dilaporkan stabil.

Suami mangsa yang bertugas sebagai pensyarah di sebuah institusi pengajian tinggi awam di sini, tidak berada dalam kenderaan itu semasa kejadian.

Suami dia tu Kawan lama aku, Said Ambotang. Dia pernah bertugas sama dengan aku kat Politeknik KK, seingat aku dari tahun 2000 sampai 2005 bila dia bertukar ke UMS. Kami pernah sama sama buat lawatan Latihan Industri kat Tawau dulu.

Takziah pada beliau dan semoga tenang dan kuat untuk melalui dugaan ni.

Alfatihah.

Update : Image Dari Daily Express .
Full Story...

No comments: