May 31, 2006

Muzium Sabah

Ingat semalam ada apa apa kat Muzium tu sempena Kaamatan. Sampai sampai lengang jer. Adala jugak ornag tapi tak ramai. Apa apa pun masuk jugak la ke dalam bawak Syafique ngan Faeiz melawat muzium. Happy kan main dia ornag tengok mender pelik pelik kat dalam tu. Ada jugak tempat yang Syafique takut nak masuk. tempat yang macam lorong lorong tu, lighting pun dia kasik suram jer.

Bila keluar jer, tengok dah ramai budak sekolah yang cikgu dia bawak , rombongan la tu. Faeiz pulak mengamuk nak beli air.

Tak larat nak layan faeiz, terus balik jer.

1 comment:

koyo said...

wwBulan lepas saya sekeluarga ke muzium sabah.Sebelum ni saya ada beberapa kali ke sana ikut rombongan sekolah.Anak sulung saya yang berumur 6 tahun begitu teruja melihat tulang ikan paus yang dipamerkan di ruang depan muzium.Dia cuba membayangkan betapa besarnya ikan paus tersebut.Dia juga begitu berminat dengan alat2 muzik tradisional yang dipamerkan.Apa yang saya ingin utarakan di sini adalah mengenai SENARAI PERIBUMI DI SABAH yang terpampang jelas di 1 sudut.Dalam senarai itu tertulis juga beberapa suku kaum minoriti sabah seperti MINOKOK.Olehkerana saya sendiri berasal dari rumpun MINOKOK maka saya cuba mencari dimanakah kaum saya yang lain bermastautin tapi tidak dinyatakan di dalam peta Sabah yang terletak bersebelahan dengan senarai tersebut.Sepanjang pengetahuan saya suku ini tinggal di beberapa buah kampung dalam daerah Tongod seperti kg Entilibon 2,semundoh,linayukan,minusoh dan maliau.Selain itu ada juga yang menetap di kg Kabatang baru@Kipaliu dalam daerah Sook Keningau.Saya harap apa yang saya kongsikan ini dapat membantu anda semua.