January 18, 2006

Kampung

Nenek Mek tengah basuh daging korban



Nama kampung aku Kampung Peradong, Pulai Chondong, Kelantan.

Time cuti baru ni bawa family semua balik kampung. Start dari 6hb Januari - 14hb Januari 2006. Kebetulan raya Haji sekali. Lagipun adik pompuan yang ketiga tu, Ziela buat kenduri kawin dia.

Semua adik beradik balik pada kenduri Ziela, cuma Taufik yang duduk kat UiTM, Melaka tak balik sebab dia baru balik on new year hari tu. So, lambat lagi laa boleh jumpa dia. Yang lain, Imie, Zura, Hidayah dan semua ada kat rumah.

Imie bawak balik girlfrien dia. Nak tunjuk kat mak ngan ayah kot. Suruh komen. Rasa macam boleh onn jer tu. Lia, budak Kelang. Dia cakap kenal kat Internet. Lepas kenduri Ziela, malam tu Imie terus jalan, naik bas gi KL. Tak sempat tunggu raya haji, kedai dia takder orang nak jaga.

Jumaat, 13hb Januari, ada kenduri kawen jiran sebelah rumah, Tajri. Most of the family member dia ada balik. Lama sangat tak jumpa ngan dia orang. Semua tinggal kat JB. Yang sadis, sehari sebelum akad nikah Tajri eksiden. Motor dia langgar Kancil. Terpaksa kena akad nikah kat Hospital KB. Masa kenduri dia takder, masih kena warding.

Macam biasa, Syafique ngan Faeiz orang yang paling takleh duduk diam. Lebih lebih lagi si Syafique. Ramai sangat kawan dia kat sana.

14hb Januari ambik flight balik. Thanx to Sedi yang hantar gi airport. Sampai KK balik pukul 5.30pm.

No comments: