January 27, 2006

AGEL.COM

Dulu time kereta langgar Kembara orang dulu, call Runzi mintak recommend tempat untuk repair. Singgah sekejap rumah dia sementara tunggu tengahari. Lepak lepak ngan dia, dia pun memperkenalkan dengan AGEL punya product ni. Dapat lagi satu sampel free. Lepas dia promote promote, masuklaa register kat site dia ngan notebook dia kat rumah dia time tu jugak. Tapi masa tu tak mintak duit, register free.

Hari Selasa hari tu, Runzi call bagitau dia nak gi KL nak gi head office AGEL. So bayar la RM260 untuk pakej yang paling murah. Bila dah bayar tu, terasa macam nak kena la buat kijer. Lagipun Runzi tak renti renti promote, banyak yang bagus nyer, boleh cepat jadik orang kaya.

Bulan lepas ada laa sekali ikut dia pergi buat meeting kat Jalan Gaya, KK. Dapat laa menambahkan lagi ilmu AGEL kat dada. Semangat pun ada, tapi time tu tak bayar lagi.

Semalam call Uchop kat Tamparuli, ajak dia keluar, lagipun dia tinggal sorang sekarang, bini kat kampung bersalin (congrates dude). Ajak dia pergi kat opis yang akan jadi stokis AGEL kat KK. Dengar lagi sekali ilmu AGEL yang di present oleh Runzi. Uchop nampak berminat, even macam blurr pun ada pasal MLM. At last setelah diberi sikit paksaan, setuju laa dia nak masuk jugak. Pagi tadi datang opis terus register nama Uchop bawah aku. Setakat ni dah ada tiga orang kat "kaki kiri", bini aku, Aswadi dan Uchop, ramai lagi yang nak kena cari kalau nak kaya.

First time berjaya cari orang duduk kat bawah in this kind of affiliate program.
Web site AGEL kat sini atau yang Malaysia punya kat sini

No comments: