November 19, 2005

Langgar Kereta Orang


Hari ni kakak ipar kat Petagas buat open house. Pagi pagi lagi kena gi hantar Rahman ngan Syafique dan Faeiz pergi sana. Mak dia nak buka kedai jap pagi ni. Dah dekat nak sampai dah, tah macamana dekat satu traffic light tu ada Kembara slow kat depan, first tu memang kasi pelahan kereta, ikut belakang Kembara tu, lepas tu Kembara tu jalan, Syafique tertekan button bukak cermin pintu, sambil tercari cari button nak tutup balik, alih alih dah terlanggar belakang Kembara yang berenti lagi sekali kat depan.

Keluar tengok, Kembara orang tu tak apa apa sebab terlanggar spare tyre dia, yang teruk bonet Gen-2. Termasuk kedalam. Frust nyer tu bila tengok.

Lepas hantar budak budak, ada orang kerja kakak ipar tu bawak gi satu worksyop, tapi boss dia takder abis orang kerja dia tak pandai nak letak harga. Call Runzi tanya dia. Drive balik gi rumah Runzi, pastu bawak gi worksyop yang Runzi biasa dengan tokey dia tu. Lepas tengok tengok, tokey tu cakap kena tukar bonet dan ada frame enjin dekat letak water tank tu kena tarik kedepan sikit, dah bengkok. Harga bonet tu RM198. Campur semua sekali dia caj RM500.

Tinggal jer la kereta kat situ, hari Isnin baru ambik. Naik kereta Runzi pergi makan kat Inanam pastu balik rumah.

Budak budak ibu dia gi ambik pakai Kancil.

No comments: