January 15, 2007

Sekolah


Hari ni first day Syafique masuk sekolah.

Sebelum balik cuti hari tu dah pesan kat opis mate untuk daftarkan sekali Syafique kat Taski tu bersama dengan anak dia. Pada 03/01/2007 hari tu dia gi daftar dan anak dia start sekolah. Syafique masa tu masih kat Kelantan.

Pagi tadi bila kejut dia untuk ke sekolah bukan main excited lagi dia. Breakfast pun tak mau sebab nak gi sekolah. Paksa jugak dia makan roti sekeping. Sambil makan pun beg sekolah dah disandang kat belakang. Tah apa barang yang ada kat dalam tu pun tak tau. Ibu dia yang prepare segala.

Bila masuk kereta nak gi hantar dia, rupanya dia ingatkan sekolah dia tu adalah nursery dia setahun yang dulu. Macam pelik dia bila masuk jalan lain dan jauh.

"Kita nak gi sekolah mana ni ayah?"
"Nak gi sekolah Syafique la. Syafique bukan lagi sekolah dengan teacher yang dulu. Ini sekolah lain" Aku cakap.

Sambil drive, aku terpikir pikir jugak, boleh ker aku tinggal dia kat sekolah yang baru ni dengan kawan kawan yang baru. Dibuatnya nak ikut balik, masalah jugak ni.

Bila sampai kat sekolah, dah ada ramai kawan kawan dia yang semuanya berpakaian sekolah, berbaju melayu hijau dan seluar hijau dengan kopiah putih. Dia nampak tercengang. Mungkin terpikir dalam kepala otak dia kot, "Ini ker sekolah baru aku?". Pimpin tangan dia bawak masuk jumpa cikgu dia, bagitau yang dia dah daftar, pastu mintak tukar baju sebab baju yang diberi dulu besar sikit saiz dia. Nasib baik ada yang saiz S, dan cikgu dia yang lain bawak ke dalam untuk tukar baju sekolah.

Dia keluar dengan pakaian seragam serba hijau serta berkopiah putih dan tersenyum kat aku. Cakap kat dia yang aku nak balik, nanti pukul 11.00 datang ambik balik. Dia angguk sambil cari tempat duduk kat meja bersama kawan kawan yang lain. Aku salam dan cium dahi dia, pastu terus balik.

Bila time gi ambik dia, dari luar pagar aku nampak dia bersama dengan kawan kawan dia. Nampak kebaru baruan, baru nak belajar sesuaikan diri. Dia tengok apa orang lain buat, pastu dia ikut. Dia tengok macam mana orang berbaris salam dengan cikgu, pastu baru dia ikut. Dia tengok pulak kawan dia bergerak ambik kasut, baru dia ikut ambik kasut. Dia tengok kawan dia dah ambik beg, baru dia ikut ambik beg. Bila ternampak jer aku kat pagar sekolah tu, terus dia lambai sambil terjerit jerit panggil ayah dia.

Masuk jer kereta, terus dia tunjuk kertas kerja yang dia buat kat kelas tadi. Sambung sambung garisan tu. Duduk kejap, terus menulis pulak kat kusyen belakang kereta. Cerita pasal apa yang dia buat kat sekolah selama tiga jam tadi tu, sampai sekarang tak abis abis lagi. Tak sabar sabar nak gi sekolah lagi esok.

Terasa macam baru minggu lepas aku hantar ibu dia dengan kereta Kancil gi Hospital Queen Elizabeth untuk bersalinkan dia. Dah masuk sekolah dah dia. Dah pandai berkawan dah. Dah lima tahun dah.

16 comments:

Am said...

tak sedar masa berlalu dengan cepat kan Mazudi. Sekarang anak Am dah darjah 1, tak lama nanti dah tingkatan satu pula.

hayad said...

perenggan terakhir tu...org yg ada anak selalu kata gtu,ehe.

weAr said...

makin bertambah lak umur kita neh ya..

MaNiQ KaYaNgaN said...

hehehe.. dah sekolah upernya shafique.. pas nih mesti teruja dia bercerita pasal sekolah dan kawan2.. hohoho.. ayah ngan ibu dia mesti tak menang tangan...

kingbinjai said...

dude, kau kene selalu bagi perangsang kat dia

"ingat! mesti dapat nombor satu!

ad3ck said...

elok ar excited nak blajo. yg anak2 sampai nak ibubapa dok skali ngn dorang kelas tuh yang susah hehe.

ad3ck said...

salah struktur ayat la plak.

elok ar excited nak blajo. yg anak2 sampai nak ibubapa dok skali ngn dorang dalam kelas tuh yang susah hehe.

yus said...

suka betul syafique yer...
ehh dia sebayalah dgn anak saya Aqil ekk?? tahun ni 5 tahun. Saya pun dok terfikir2 mcm manalah Aqil bila mula bersekolah di Malaysia nanti...boleh ker dia sesuaikan diri...harap2 mcm Syafique ni lah...cepat menyesuaikan diri.

Sikenit Comel-AminBakish said...

saya peratikan kalau budak2 tu dah biasa ke nurseri, dia cepat biasakan diri dengan sekolah. kalau yang dok dengan mak ayah, dia cam lambat skit...

nieys said...

dah besar shafique.. eh.. macam kenal pulak.. ye kenallah.. kenal kat dalam ni.. ;)

debikdebuk said...

Member2 aku pun slalu cakap gitu. Dah ada anak rasa macam cepat je tgk anak membesar...


Lain la atromen...boleh membesar ketika nak bunuh rasakse...

Mr PenyuBiru said...

syok kan bile tengok anak membesar depan mata,dari kecik kita tatang dia,pah2 meniarap,pahtu merangkak,berjalan,berlari.. pah2 masuk tadika,sekolah.. dan komitmen pun semakin lama semakin besar,seiring dengan tumbesarannya.hmm..begitulah putaran hidup..

err.. ad3ck tu kena masuk skolah balik tu.struktur ayat pun berterabur.hik..hik..

Mazudi said...

Am,
Yer. sedar sedar nanti kita dah ada cucu.

hayad,
Yer ker?

wear,
Ha'aa kan. Makin klasik la jadinya kita.

zac,
Tak abis abis citer dia ngan kawan kawan dia kat sekolah.

KingBinjai,
Aku ingat tu... haha.

ad3ck,
Sib baik anak aku tak jadi lagu tu. Nak pulak dia duk kat sekolah.

Yus,
Nanti mesti speaking abis laa dia ngan cikgu dia nanti.

Sikenit,
Pemerhatian ko memang selalu betul laa.

nieys,
Bila nak kenalkan saya ngan awak nyer pulak. Hahah.

debik,
Otromen tu ada tumbesaran macam budak budak jugakl ker. Kompius nih.

penyubiru,
Setuju. :)

blackpurple said...

Dah sekolah pun anak kau ekk..... kau ada rasa semakin tua tak zudi...?

Romantis Selatan said...

dan telah masuk ke sekolah anak itu, bererti sudah sekian lama aku dalam belenggu ini.

ann said...

seronok dpt baca kisah ni...smpi n teringat wak2 n tadika dulu2...parents&abg2 spupu kena gilir2 temankan n blaja smpi abis kelas tadika..kesian...dieorg semua terpaksa ganti2 ambik cuti...kalo xde sapa nak teman, n ikut balik umah..so cuti sekolah sendiri2 la..hehe...tp i2 kisah 20 tahun dulu2..hehe...indahnya kejadian Allah....