February 3, 2006

R.O.C.K


Dua minggu lepas wife aku ada beli CD Rock Mamat khalid tu. Tah macam mana, apa hantu dia tah, dua hari sekali mesti tengok citer tu. Best giler. Tah ler, mungkin citer ni dibuat untuk orang yang remaja dia dalam era Rock dulu tu. Tahun 1985 sampai tahun 1992 tu kira time remaja aku la tu.

Bila citer ni di bikin, memang boleh buat kita recall balik semua mender time tu. Dressing dia, style cakap dia, tapi citer ni tak pulak cakap lu gua eek. Yang best, mana dia boleh dapat T-shirt Loudness, DIO, Search yang dulu dulu tu semua. Siap ngan poster Twisted Sister, Whitesnake pun ada. Kalau ada jual kat mana mana sure aku beli lagi tu.

Last week time keluar ngan Uchop gi AGEL tu, dia pun cakap ada beli citer ni jugak. Tergelak ngan dia atas kereta bila recall balik citer tu pastu compare dengan apa yang kami buat time tu. Masa tu kat ITM, Rock jugak laa. Memang ada pakai seluar dengan plastik baru boleh masuk. Tak caya tanya Smokey. Smokey...komen please.

Anak aku Syafique sampai boleh hafal dah lagu Dari Sinar Mata, BPR tu. Ada cd tu kat dalam kereta, kalau dah start pasang takleh tukar, lagu tu dari start naik kereta sampai turun kereta. Semalam wife aku beli gitar plastik mainan, balik rumah terus pasang lagi sekali citer ROCK. Jadi rock sekejap kat atas katil.

What a good old time huh!

1 comment:

imi said...

dah agak dah, mesti kalo tgk citer ni mesti teringat zaman tengkorak dulu tu....eleeeeeee,orang pun penah jadi mangsa tarik suar tu!!